Pelawat

10 Perkara Solat Tidak Diterima

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu petunjuk dan jalan selamat dan barang siapa yang tidak memelihara solat maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya dan juga tidak menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya”.

Lima Perkara Perosak Hati

"Dan (ingatlah) hari (ketika itu) orang yang zalim menggigit dua tangannya seraya berkata, 'Aduhai (dulu) kiranya aku mengambil jalan bersama-sama Rasul. Kecelakaan besarlah bagiku, kiranya aku (dulu) tidak menjadikan si fulan itu teman akrab(ku). Sesungguhnya dia telah menyesatkan aku dari Al-Qur'an ketika Al-Qur'an itu telah datang kepadaku." (Al-Furqan: 27-29)

Peristiwa-peristiwa Di Hari Jumaat

Hari Jumaat sangat besar di sisi Allah, bahkan lebih besar dari hari raya Aidul Fitri dan Aidul Adha, kerana di antara malam dan siangnya tersimpan masa yang paling mustajab, tidak ada tabir penghalang doa insan terhadap Ilahi

SELAWAT SYIFA' PENYEMBUH PENYAKIT

Walaupun pernah dikatakan selawat ini boleh mendatangkan syirik, tapi ianya berlaku bila selawat ini disalahertikan dalam penterjemahannya. Menurut Dato’ Dr. Haron Din, memang terdapat sedikit kekeliruan sekiranya ianya diterjemahkan terus 'ayat by ayat'. Apa yang penting adalah kita perlu ingat bahawa segala penyakit dan musibah yang datang semua dari Allah SWT dan penyembuhnya juga dari ALLAH SWT.

Kelebihan Surah Al-Kahfi

Diriwayatkan oleh al-Hakim dalam al-Mustadrak dan dianggapnya sahih isnad, maksudnya: "Sesiapa yang membaca al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya Allah akan mengurniakan baginya nur antara Jumaat tersebut hingga ke Jumaat yang seterusnya." Hadis ini dinilai sebagai hasan, kata al-Albani

Memaparkan catatan dengan label Sejarah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sejarah. Papar semua catatan

Jumaat, 25 November 2011

Sejarah Kalendar Islam





Permulaan penggunaan Kalendar Tahun Hijrah / Hijriah adalah hasil dari ilham Khalifah Ar-Rasyidin yang kedua iaitu Saiyidina Umar Al-Khattab radhiyallahu `anhu. Ini adalah turutan dari Kesatuan Arab yang ditubuhkan di bawah naungan Islam pada zamannya.

Ada satu riwayat lain yang mengatakan bahawa Gabenor Abu Musa Al-As'ari telah mengirimkan surat kepada Saidina Umar r.a minta beliau menjelaskan tentang tahun bagi tarikh surat/arahan Umar yang telah dihantar kepadanya. Maka dengan ini beliau (Umar r.a) mahukan satu kalendar / taqwim Islam yang khas untuk menggantikan tahun rujukan kalendar yang berbagai-bagai yang digunakan oleh bangsa-bangsa Arab dan bangsa-bangsa lain pada zaman itu.

Di kalangan bangsa Arab sendiripun ada berbagai-bagai kalendar yang digunakan seperti Kalendar Tahun Gajah, Kalendar Persia, Kalendar Romawi dan kalendar-kalendar lain yang berasal dari tahun peristiwa-peristiwa besar Jahiliah. Maka Umar telah memilih tahun yang terdapat di dalamnya peristiwa paling agung dalam sejarah Rasullullah s.a.w untuk dijadikan asas permulaan tahun pertama bagi kiraan kalendar / taqwim Islam.

Peristiwa tersebut adalah peristiwa hijrah Rasullullah saw dari Makkah ke Madinah. Ini adalah kerana dengan hijrah inilah permulaan pertolongan Allah kepada RasulNya dan agama Islam ditegakkan. Hasil dari itu, Kesatuan Arab lebih sistematik, bersatu dan tersusun serta mendapat berbagai-bagai kejayaan besar dan bertambah kuat hasil dari pilihan Umar itu.

Di antara kejayaan besar Islam waktu itu ialah kerajaan Kisra dapat ditumbangkan, Baitul Muqaddis dibebaskan dari Rom dan Masjidil Aqsa dibangunkan. Setelah Umar membandingkan kalendar tersebut dengan kalendar-kalendar Persia dan Romawi, didapati bahawa kalendar ini ternyata lebih baik. Maka dengan itu Umar mengisytiharkan Kalendar Tahun Hijrah adalah Kalendar / Taqwim Islam yang rasmi.

Sumber : Mohd Fauzi Ismail, Unit Sumber Maklumat JMM
Dibangunkan oleh Jabatan Mufti Negeri Melaka

Jumaat, 29 Julai 2011

Puasa Dalam Sejarah Umat Lampau dan Islam


Firman Allah yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa (al-Baqarah, 2:183).

Terdapat dua perkara yang disentuh di dalam ayat tersebut, pertamanya, puasa adalah ibadat lama. Ia diwajibkan ke atas umat-umat lampau. Justeru, jika merujuk kepada sejarah, kita akan dapati hampir setiap bangsa di dunia ini mengamalkan puasa di dalam kehidupan mereka, walaupun mungkin ianya berbeza dari segi tujuan dan niat masing-masing.

Dalam mentafsirkan maksud: orang-orang sebelum kamu, kita dapati ulamak telah berbeza pendapat, antaranya:

Ada yang mengatakan bahawa ia bermaksud: orang-orang Nasrani sahaja.

Ada pendapat mengatakan, mereka adalah Ahl al-Kitab (iaitu orang Nasrani dan Yahudi).

Ada pendapat lain mengatakan bahawa ia bermaksud seluruh umat terdahulu yang menjadikan puasa sebagai amalan dalam kehidupan mereka sama ada kerana tuntutan keagamaan, kemasyarakatan atau kerana menolak sesuatu bencana dan sebagainya.

Berdasarkan pembacaan saya, didapati bahawa bangsa-bangsa lama seperti India, China, Jepun, Parsi, Mesir Purba, Greek, Rom, Yahudi, Nasrani dan Arab Jahiliyyah, masing-masing telah mengamalkan puasa pada hari atau bulan tertentu dalam setahun.

Secara ringkasnya dapat kita lihat kepada beberapa fakta berikut:

India:

Dalam sejarah bangsa ini memang terdapat amalan puasa yang mempunyai pelbagai matlamat, antaranya sebagai persembahan kepada bulan yang mereka puja. Penganut kepercayaan ini, selain mempersembahkan makanan, minuman dan susu, mereka juga berpuasa selama setengah bulan dan berbuka ketika bulan mengambang pada waktu malam. Mereka akan berhenti amalan ini apabila muncul anak bulan baru (Dr. `Ali Al-Khatib, 62).

Puasa juga di kalangan bangsa India bertujuan melepaskan diri dari kesiksaan akidah tanasukh dan bercamtum dengan tuhan mereka yang disebut sebagai Brahma dan akhirnya mencapai kebahagiaan sejati. Seseorang tidak akan sampai kepada Brahma kecuali apabila dia sudah sampai kepada hakikat dan melepaskan diri dari segala macam ikatan kebendaan. Dengan itu kehidupan secara zahid amat terkenal di kalangan bangsa India. Dalam konteks ini mereka akan berpuasa selama 14 hari tanpa memakan sebarang makanan, kecuali dengan diselang-seli minuman air sahaja selama masa tersebut (Dr. A. Al-Khatib, h. 65).

Dalam pegangan kumpulan Sinata, ahli agama mereka dikehendaki berpuasa setiap hari bermula sejak jatuh matahari sehingga ke waktu naik fajar merah, tanpa makan dan minum sepanjang-panjang masa itu (Dr. A. Al-Khatib, 66)

Selain dari ahli agama kumpulan Sanita, ahli agama secara umumnya dikehendaki berpuasa pada awal musim gugur dan sejuk, dan permulaan musim bunga dan panas, dan pada waktu berlaku gerhana matahari.

Puasa yang mereka amalkan ini kebiasaannya akan berpanjangan jika tujuannya untuk melepaskan diri dari kekuasaan tanasukh atau menghapus akidah ini dari menguasai roh mereka. Berdasarkan kepada akidah tanasukh ini, roh seseorang itu tidak akan mati selama-lamanya, tetapi ia akan berpindah dari satu jasad ke jasad yang lain atau akan berpindah ke jasad binatang, biasanya ia akan berpindah dari yang baik kepada yang lebih buruk. Sepanjang-panjang perpindahan ini mereka akan tersiksa, dengan itu mereka sanggup melepaskan diri mereka dari ikatan keduniaan dan berpuasa sehingga mereka bercamtum dengan tuhan mereka Brahma ataupun menamatkan hidup mereka supaya mereka terlepas dari kekuasaan tanasukh. Kepercayaan ini menyebabkan ramai rakyat India purba yang berpuasa atau mengkuburkan diri di bawah tanah semasa mereka berpuasa (op. cit, 67).

Kepercayaan Budha yang lahir di India tidak terlepas dari amalan ini. Kita lihat Budha sendiri mengamalkan cara hidup berpuasa selama 6 tahun. Dalam pegangan salah satu mazhab Budha, seorang ahli agamanya dikehendaki berpuasa sepanjang masa selama hidupnya, tanpa mengambil apa-apa makanan kecuali sebiji beras sahaja pada waktu duha setiap hari. Dalam peraturan keagamaannya, para pengikut Budha dihendaki berpuasa 4 hari dalam masa sebulan, iaitu pada hari pertama awal bulan, hari kesembilan, kelima belas dan hari kedua puluh dua (op.cit. 72-74)

Tujuan amalan ini ialah untuk sampai kepada hakikat atau mencapai kebahagiaan sejati atau navarna.

China dan Jepun:

Agama Budha kemudiannya berkembang di China dan Jepun. Di negara China ia menjadi agama rasmi negara pada masa pemerintahan Maharaja Fu Ti (58 - 71M.). Di negara Jepun, agama Budha mula bertapak pada pertengahan kurun ke enam Masihi. Dan akhirnya ia juga menjadi agama negara bagi negara itu. Di sini agama ini telah berpecah kepada beberapa aliran yang drastik. Apa yang pentingnya bagi kita ialah dengan berkembangnya agama Budha di kedua-dua negara itu, maka amalan puasa turut diamalkan oleh rakyat kedua-duanya (op.cit, h. 79-81).

Parsi:

Dari bukti bahasa, budaya dan acara keagamaan, dapat dipastikan bahawa orang-orang Parsi sebenarnya adalah berketurunan campuran India-Eropah. Dikatakan sejak abad keempat belas SM., Parsi merupakan sebuah negara yang menganut agama Hindu lama. Dengan itu terdapat di kalangan mereka nama-nama pinjaman seperti Andra, Matra, Faruna dan Vida yang kesemuanya merupakan nama-nama tuhan dalam kepercayaan orang-ornag India. Dan dengan itu sekaligus terdapat di kalangan mereka acara-acara keagamaan orang-orang India purba, seperti pengorbanan, puasa dan lain-lain (op.cit, h. 82).

Kemudian pada abad kelima SM, Parsi mula menerima pengaruh Yahudi. Ekoran kepada pengaruh ini terdapat sebahagian penduduk negara ini yang mengamalkan beberapa acara keagamaan orang-orang Yahudi seperti sembahyang dan puasa.

Hasil percampuran pelbagai kepercayaan di kalangan penduduk Parsi, kita dapati mereka mempunyai program puasa seperti berikut:

1. Berpuasa selama 7 hari pada tiap bulan.

2. Berpuasa selama 2 hari berturut-turut tanpa berbuka apabila bulan purnama.

3. Berpuasa selama 2 hari berturut-turut tanpa berbuka apabila terbit anak bulan.

4. Berpuasa selama 2 hari apabila bulan perpindah kepada garisan jaddi.

5. Berpuasa pula selama 30 hari dan berbuka pada ketika matahari jatuh apabila ia berpindah pada garisan dalwu.

6. Berpuasa pada hari Ahad dan Isnin kerana memberi penghormatan kepada matahari dan bulan (op.cit, h. 82-85).

Mesir Purba:

Puasa di kalangan orang-orang Mesir purba dilakukan sebagai memberi khidmat kepada rumah ibadat dan protokolnya. Seseorang pembantu rumah ibadat sebelum memulakan khidmatnya dikehendaki berpuasa selama 2 hari tanpa memakan apa-apa makanan kecuali air sahaja. Kadang-kadang puasa itu berlanjutan sehingga 42 hari.

Orang-orang awam akan berpuasa pada beberapa waktu yang terdekat kerana berlaku mala petaka seperti banjir besar, mereka akan berpuasa selama 4 hari dan mereka juga berpuasa pada hari-hari berlaku peristiwa sedih yang lain, seperti hari kematian lembu suci mereka dan lain-lain. Kesemuanya diatur oleh ahli-ahli agama mereka (op.cit, h. 104-105).

Greek dan Rom:

Penduduk kedua-dua negara ini tidak banyak berbeza dari segi cara berpuasa dan matlamatnya.

Di Greek, rakyatnya berpuasa dalam pelbagai bentuk ketika berlaku mala petaka dan bala bencana agar segala macam kesiksaan itu akan tamat segera. Ada juga mereka berpuasa kerana mensyukuri tuhan mereka kerana terlepas dari bala atau kerana berlaku perubahan kepada undang-undang negara.

Rakyat negara ini juga akan berpuasa selama 10 hari sebelum melakukan peperangan kerana bertujuan memohon kemenangan.

Di Rom, rakyat negara ini sangat percaya dengan kekuatan puasa sehingga mereka mempercayai bahawa seorang yang berpuasa mampu membunuh ular tedung dengan ludahnya sahaja. Seorang tukang tilik perempuan biasanya berpuasa selama 3 hari disamping beberapa amalan pelengkap yang lain sebelum melakukan apa-apa tilikan. Rakyat terpaksa memberi upah kepadanya jika mereka memohon apa-apa khidmat tilikannya (op.cit, h. 111-113).

Yahudi:

Bangsa Yahudi adalah pengikut syari`at Musa. Sebelum menerima kitab Taurat, Musa AS. berpuasa selama 40 hari di Saina'. Tetapi orang-orang Yahudi menganggapnya sebagai puasa khusus Nabi Musa. Ulamak Tafsir mengatakan bahawa Musa berpuasa 40 hari ini tanpa diselangi sama sekali dengan berbuka.

Bagi orang-orang Yahudi, mereka berpuasa sehari sahaja, sebagai puasa wajib, iaitu pada hari ghufran (pengampunan). Mereka mendakwa hanya itu sahaja puasa wajib yang dikenakan ke atas mereka. Puasa-puasa lain adalah puasa sunat yang dilakukan beberapa kali yang tidak tersusun.

Puasa sehari ini mereka lakukan pada satu perempat jam sebelum jatuh matahari hari ke 9, bulan Tashri, iaitu awal tahun Ibri (tahun Yahudi) dan berterusan sehingga selepas satu perempat jam jatuhnya matahari pada hari ke sepuluh. Iaitu kira-kira selama 25 jam berturut. Sepanjang-panjang masa berpuasa itu mereka dilarang memakan, meminum dan melakukan hubungan perkelaminan. Puasa ini menjadi amalan mereka sehingga ke hari ini. Hari kesembilan ini mereka namakan juga sebagai hari kabur, iaitu hari `asyura' mereka.

Tentang puasa-puasa sunat mereka, kita dapati ada beberapa kali mereka berpuasa di sepanjang tahun kerana beberapa perayaan atau peristiwa yang telah berlaku, seperti perayaan kerana mengenangkan mereka terlepas dari gerakan penghapusan atnik di negara Parsi yang dilakukan oleh seorang menteri di negara itu bernama Haman. Untuk perayaan ini, mereka berpuasa selama 3 hari. Perayaan ini dinamakan sebagai Hari Raya Forim. Begitu juga mereka berpuasa kerana peristiwa sebuah rumah ibadat mereka di negara Mesir yang dibakar oleh ahli agama negara itu di bawah pengaruh Parsi. Terdapat 19 hari-hari perayaan mereka sepanjang tahun yang digandingkan dengan amalan berpuasa. Sebahagiannya, mereka berpuasa selama sehari dan ada juga mereka berpuasa selama 7 hari. Perayaan yang paling penting bagi mereka ialah perayaan hari mereka dilepaskan dari buruan tentera Fir`aun dibawah pimpinan Nabi Musa menyeberangi laut Merah yang mereka namakan sebagai hari Fash (op.cit. h. 118-122).

Nasrani:

Orang-orang Nasrani sama seperti orang-orang Yahudi merupakan penganut agama Ahl Al-Kitab, mereka juga turut berpuasa sebagai salah satu amalan agama mereka.

Orang-orang Nasrani terbahagi kepada tiga mazhab atau aliran, iaitu Katholik, Othordok dan Protestin. Ketiga-tiga mazhab ini mempunyai cara amalan puasa yang sebahagiannya berbeza di antara satu dengan yang lainnya.

Bagi pengikut mazhab Katholik, mereka mula berpuasa pada pertengahan malam sehingga ke waktu pertengahan siang esoknya. Pada masa berpuasa, mereka dilarang mengambil makanan dan minuman sahaja. Seseorang lelaki diwajibkan berpuasa sejak berumur 15 tahun sehingga ke umurnya 60 tahun dan seorang perempuan pula diwajibkan memulakan puasanya pada umur yang sama dengan lelaki, tetapi ia berakhir pada umur 55 tahun. Menurut mazhab ini, pengikutnya dikehendaki berpuasa hanya pada Hari Puasa Besar sahaja. Gereja mazhab ini membatalkan kesemua puasa-puasa yang lainnya. Hal ini dikatakan kerana tiada nas di dalam Injil.

Mereka juga dilarang memakan daging, susu dan telur pada hari Rabu dan Jumaat pada setiap minggu, begitu juga pada hari-hari Puasa Besar. Larangan ini melibatkan kesemua penganut mazhab ini sejak berumur 7 tahun sehingga ke akhir hayatnya (op. cit., h. 151-152).

Pengikut mazhab Othordok pula, mereka mempunyai program puasa yang tersendiri. Pada mereka, puasa ialah menahan diri dari memakan makanan dalam masa yang tertentu. Masa ini hanya ditentukan oleh padri mazhab mereka yang mempunyai hak berbuat demikian.

Dalam mazhab ini, Puasa Besar dianggap sebagai puasa yang paling penting, masanya selama 50 hari dan berakhir pada kebiasaannya pada hari Raya Kiamat. Mereka juga berpuasa selama 40 hari yang dinamakan Puasa Kelahiran, bermula dari 25hb. Nov. sehingga 6 Januari, iaitu sebelum berlangsung Raya Kelahiran.

Pihak gereja mazhab ini juga turut berpuasa pada hari Rabu dan Jumaat dan sehari puasa yang lain dinamakan dengan Puasa Rasul-rasul.

Selain dari itu, pengikut mazhab ini juga berpuasa selama 15 hari untuk Mariam yang bermula pada awal Masri (bulan kiraan orang-orang Nasrani).

Mereka juga berpuasa tiga hari seperti puasa Nabi Yunus AS., puasa Paramont di antara sehari sehingga ke tiga hari (op.cit., h. 156-158).

Dalam mazhab Protestin pula, puasa menjadi amalan galakan sahaja kerana tiada nas Injil yang mewajibkannya. Dengan erti tiap pengikutnya akan berpuasa mengikut selera masing-masing sahaja. Mazhab ini juga tidak menentukan masa untuk berpuasa dan ia juga tidak menentukan umur seseorang untuk berpuasa, malah segala-galanya diserahkan kepada pilihan atau kemahuan pengikutnya, bila mereka ingin berpuasa dan bila pula mereka ingin berbuka.

Sebahagian yang lain pula menggantikan amalan puasa dengan sesuatu pekerjaan seperti memberhentikan memakan makanan yang mereka suka disamping menyimpan harganya untuk diberikan kepada fakir miskin.

Sebagai kesimpulannya:

1. Kesemua mazhab orang-orang Nasrani menganggap hubungan sex tidak ada kaitan dengan amalan puasa dan tidak membatalkannya.

2. Tidak ada persepakatan pendapat di antara mereka tentang menentukan puasa fardu/wajib.

3. Tidak ada persefahaman di antara mereka tentang masa permulaan puasa dan juga masa akhirnya. Tiap orang boleh menamatkan puasanya pada bila-bila masa yang dikehendakinya.

4. Puasa hari Sabtu diakui oleh Katholik, tetapi tidak disetujui oleh Othordok kecuali Sabtu yang jatuh sebelum hari Raya Kiamat (op. cit. h. 161-163).

Dengan itu jelas kepada kita bahawa puasa orang-orang Yahudi adalah lebih tersusun dari puasa-puasa yang diamalkan oleh orang-orang Nasrani.

Semenanjung Tanah Arab:

Sebelum kedatangan Islam, negara itu sudahpun mengenali agama Hanif yang dibawa oleh Nabi Ibrahim AS., agama Ahl Al-Kitab (Yahudi dan Nasrani), Brahma, Sabi'ah, agama berhala, Majusi, penyembahahan cakrawala dan jembalang. Dengan itu amalan puasa merupakan sesuatu yang tidak asing di kalangan mereka. Sekurang-kurangnya mereka akan terpengaruh dengan orang-orang Yahudi dan Nasrani yang hidup bersama-sama mereka di Semenanjung mereka.

Disebutkan bahawa orang-orang Arab Quraish, khasnya Quraish Makkah, berpuasa pada hari `Asyura' sebagai penebus dosa mereka pada masa Jahiliah. Ada pendapat lain yang mengatakan bahawa puasa `Ashura' itu adalah mengambil sempena hari dipasang kelambu pada Ka`bah. Mereka berpuasa pada 10hb. Muharram. Puasa ini sama seperti puasa orang-orang Yahudi yang juga dinamakan sebagai puasa hari `Asyura' atau puasa hari Pengampunan (op. cit., h. 172).

Selain dari itu, orang-orang Arab yang berada di bawah pengaruh orang-orang Nasrani, ada di antara mereka yang mengamalkan amalan puasa fardu selama 30 hari yang kemudiannya bertukar menjadi 50 hari pada waktu yang tertentu setiap tahun (op. cit., h. 178).

Zaman Islam:

Dalam Islam, puasa terbahagi kepada tiga:

1. Puasa Ramadan.

2. Puasa Khas, seperti puasa nazar dan kaffarah.

3. Puasa Sunat.

Dari segi pusingannya pula, puasa terbahagi kepada dua peringkat, peringkat sebelum Ramadan dan kemudian hanya puasa Ramadan.

Puasa Sebelum Ramadan:

Puasa sebelum Ramadan, terbahagi kepada dua jenis, pertama: puasa `Ashura' dan kedua: puasa tiga hari pada setiap bulan.

Menurut pendapat yang terkuat, puasa `Ashura' sebelum difardukan puasa Ramadan merupakan puasa wajib ke atas orang-orang Islam. Terdapat beberapa buah Hadis yang menunjukkan hukum berkenaan, antaranya Hadis riwayat `Aishah RA. yang menyebut bahawa baginda telah mengarahkan supaya ditunaikan puasa `Ashura', tetapi selepas difardukan puasa Ramadan, seseorang itu bebas sama ada ingin berpuasa puasa `Ashura' ataupun tidak.

Demikian halnya dengan puasa tiga hari setiap bulan, ia juga merupakan puasa wajib sebelum difardukan puasa bulan Ramadan (op.cit., h. 181-186).

Beberapa Aspek Penting Dalam Puasa `Ashura':

1. Ia menunjukkan kaitan di antara Nabi Muhammad SAW. dengan umat-umat sebelumnya dalam ketaatan kepada Allah.

2. Mengagungkan hari-hari bersejarah kerana pada hari itu Allah telah berkenan memenangkan yang benar ke atas yang batil (dengan menyelamatkan Nabi Musa AS. bersama-sama pengikutnya menyeberangi Laut Merah).

3. Merupakan kesempatan untuk memberitahu kepada orang-orang Yahudi tentang adanya hubungan agama di antara syari`at Nabi Musa AS. dengan syari`at yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW., di samping adanya hubungan di antara umat Muhammad dengan umat-umat yang sebelumnya, terutamanya setelah adanya beberapa peristiwa yang menunjukkan mereka menolak ajaran Nabi SAW.

4. Dan yang utamanya ialah melatih kaum muslimin mengenai kewajipan berpuasa pada masa-masa tertentu yang dilakukan secara bersama. Sebab, puasa yang dijalankan oleh Nabi Muhammad SAW. pada hakikatnya adalah satu penerusan kepada puasa yang telah lama berjalan di kalangan orang-orang Makkah, tetapi tidak dalam bentuknya yang serentak dan bersama. Puasa yang dilakukan baginda ini sebagai langkah awal untuk menerima puasa Ramadan yang akan difardukan. Kerana itulah ketika puasa Ramadan difardukan maka puasa `Ashura' tidak diwajibkan lagi (Atiyyah Muhammad Salim, h. 13-14).

Puasa Ramadan:

Puasa Ramadan difarjukan pada 2hb. Sya`ban, tehun ke 2H. menerusi 4 ayat dari surah Al-Baqarah, iaitu ayat-ayat 183-187. Ayat-ayat ini tidak diturunkan serentak, malah ia diturunkan satu demi satu yang dipisahkan dengan jarak masa yang tertentu.

Keempat-empat ayat tersebut telah memberi penjelasan terperinci tentang masa, cara dan apa-apa tegahan semasa berpuasa. Ia tidak membiarkan baginda menjelaskannya, tidak seperti ibadat-ibadat lain yang memerlukan Hadis Amali dari baginda yang menjelaskan cara perlaksanaannya dengan betul.

Sebagai contohnya, ayat pertama menunjukkan hukum melakukan puasa yang difardukan ke atas orang-orang Islam, ia juga ke atas umat-umat lampau.

Pada peringkat ini, puasa orang-orang Islam tidak berbeza dengan cara berpuasa orang-orang Yahudi, iaitu selama 23 jam, bermula selepas seseorang itu sembahyang isha` atau selepas dia tidur sesudah waktu maghrib. Ia berterusan sehingga ka waktu jatuh matahari pada hari berikutnya.

Cara berpuasa pula di dalam bentuk pilihan, iaitu sesiapa yang tidak mahu berpuasa, maka dia boleh menggantikan hari dia berbuka itu dengan memberi makanan kepada seorang miskin bagi setip hari. Kedudukan ini berlanjutan sehingga turun ayat yang merobahnya, iaitu firmanNya yang bermaksud: ...sesiapa yang melihat anak bulan, maka hendaklah dia berpuasa. Dengan itu puasa Ramadan sudah bertukar corak, dari bentuk di mana orang-orang Islam diberikan pilihan sama ada berpuasa atau memberi makanan kepada orang miskin, kepada hukum berpuasa sahaja (tanpa pilihan) sepanjang-panjang bulan itu. Walaupun begitu masa berpuasa tetap seperti asalnya, iaitu bermula dari selepas sembahyang `Isha' atau selepas tidur sesudah waktu maghrib sehingga ke waktu jatuhnya matahari pada hari berikutnya. Kedudukan ini berlanjutan sehinggalah turunnya ayat yang berikutnya: ...diharuskan bagi kamu melakukan persetubuhan dengan isteri-isteri kamu pada malam bulan Ramadan dan firmanNya: ... makanlah dan minumlah sehingga jelas kepada kamu benang putih dari benang hitam menerusi cahayat matahari. Kedua-duanya menjelaskan kepada orang-orang Islam bahawa mereka diharuskan makan, minum dan bertamattu` dengan isteri-isteri mereka pada malam Ramadan. Mereka hanya dikehendaki menahan diri dari perkara-perkara tersebut dan lainnya yang membatalkan puasa bermula dari sejak naik fajar sehinggalah ke waktu jatuhnya matahari hari yang sama.

Dari pembentangan ini kita dapat melihat:

1. Puasa Ramadan berlangsung pada peringkat awalnya dalam kadar masa hampir sehari, iaitu selama hampir 23 jam.

2. Pada permulaannya orang-orang Islam diberi pilihan, sama ada mereka berpuasa atau berbuka, dan mereka dibenarkan menggantikannya dengan memberi makan kepada seorang miskin bagi setiap hari puasa yang mereka tinggalkan atau berbuka.

3. Kemudian, mereka diwajibkan berpuasa sahaja tanpa pilihan dengan kelamaan masa yang sama, seperti puasa Ahl Al-Kitab, iaitu dari waktu sesudah sembahyang `Isha' atau sesudah tidur selepas waktu maghrib sehingga ke waktu jatuhnya matahari pada hari berikutnya.

4. Kemudian, mereka dibenarkan berbuka (makan, minum dan bertamattu` dengan isteri) selepas waktu jatuhnya matahari sehinggalah ke waktu naik fajar siangnya.

Dari pendedahan ini kita dapati bahawa masa untuk berbuka puasa pada peringkat awalnya adalah sama dengan apa yang telah diamalkan oleh Ahl Al-Kitab ketika mereka berpuasa, iaitu bermula dengan jatuhnya matahari dan berakhir dengan: sama ada selepas orang yang berpuasa itu sembahyang `Isha' atau dengan berlangsungnya tidur sesudah jatuhnya matahari pada hari berkenaan sekalipun sebelum melakukan sembahyang `Isha'. Dengan itu, seseorang yang ingin melanjutkan masa berbukanya, dia akan melewatkan sembahynag Isha' dan tidak tidur selepas jatuhnya matahari.

Kedudukan tersebut memberi gambaran jelas kepada kita bahawa puasa Ramadan juga telah difardukan ke atas pengikut Ahl Al-Kitab sebelum Islam. Inilah pendapat sebahagian ulamak seperti Qatadah, al-Tabari dan al-Sudi. Dengan itu maksud firmanNya: .... seperti ia difardukan ke atas mereka sebelum kamu (Ahl Al-Kitab) pada beberapa hari tertentu ialah bulan Ramdan.

Begitulah, antara perkembangan yang berlaku dalam sejarah kefarduan puasa bulan Ramadan sehingga seperti yang kita lakukan pada hari ini. Dan begitu jugalah kedudukan amalan puasa di kalangan umat-umat lampau.

wallahu a'lam...

Selasa, 5 Julai 2011

Atikah binti Zaid Setiap Suaminya pasti Syahid


ATIKAH BINTI ZAID SETIAP SUAMINYA PASTI  SYAHID.




Atikah adalah seorang wanita cantik rupawan dan seorang gadis dari keluarga sangat kaya raya. Atikah adalah seorang puteri Zaid bin Amr, salah seorang yang telah menghina berhala-berhala kaum quraisy pada zaman jahiliyyah, seseorang yang belum sempat bertemu Nabi Muhammad SAW, tetapi hatinya telah menanti dan mencintai beliau, hingga Rasul pun melihatnya sedang di syurga. Keluarganya pun dirahmati Allah, saudara Atikah, Said bin Zaid disebutkan Rasul sebagai ahli syurga di depan para sahabat dan isterinya Said, adalah Fatimah bin Khattab, adik Umar bin Khattab yang menyebabkan Umar masuk Islam. Subhanallah.. semoga karunia Allah dicurahkan bagi keluarga ini...

Kelebihan Atikah

Dengan mewarisi cara berfikir ayahnya dan akhlak-akhlak mulia, ‘Atikah binti Zaid tumbuh menjadi besar. Ia telah mewarisi kefasihan, kemampuan bersyair, kelembutan perasaan, ketajaman hati, kesucian jiwa untuk beriman dari ayahnya. Karena ketika Islam mulai memancarkan cahayanya di Makkah, ‘Atikah mempercayainya. Kemudian, beliau memeluk Islam dan berbai’at kepada Rasulullah. Ketika perintah berhijrah datang, ia ikut keluar berhijrah. Syairnya banyak berkisar menggalakkan Muslimin berjuang, terutama memberi semangat kepada suaminya yang keluar berperang. ALLAHU AKBAR!

Pernikahan Atikah

Atikah menikah dengan Abdullah, anak dari Abu Bakar Ash Shiddiq. Abdullah sangat memuliakan, menghormati dan menjaganya. Terlena dengan kecantikan dan cintanya kepada Atikah, Abdullah melalaikan tanggungjawabnya kepada Allah. Masjid tidak lagi dikunjungi tiap kali waktu shalat, meninggalkan shalat berjamaah yang sebelumnya sering dilakukannya, meninggalkan peperangan dan perniagaan.

Pada suatu hari, Abu Bakar lewat di depan rumah Abdullah untuk pergi bersama-sama shalat di masjid. Namun apabila terlihat olehnya anaknya sedang bermesraan dengan istrinya dengan lembut dan romantis, Abu Bakar membatalkan niatnya dan meneruskan perjalanan ke masjid. Setelah selesai menunaikan shalat, Abu Bakar sekali lagi melalui jalan di rumah anaknya . Alangkah kesalnya Abu Bakar apabila beliau mendapati anaknya masih bersenda gurau dengan istrinya sebagaimana sebelum menunaikan shalat dimasjid. Kemudian Abu Bakar segera memanggil Abdullah. Dia Bertanya

Wahai Abdullah, apakah kamu shalat berjamaah?

Tanpa berhujjah panjang Abu Bakar berkata
,
Wahai Abdullah, Atikah telah melalaikan kamu dari kehidupan dan pandangan hidup, malah dia juga telah melupakan kamu dari shalat fardhu, ceraikanlah dia!”
.
Demikianlah perintah Abu Bakar kepada Abdullah. Suatu perintah ketika mendapati anaknya melalaikan hak Allah. Ketika beliau melihat Abdullah terpesona keindahan dunia sehingga menyebabkan semangat juangnya luntur. Tanpa membuat dalih, Abdullah mengikuti perintah ayahandanya dan menceraikan istri yang cantik dan dicintainya. Subhanallah!

Perceraian ini membuat Abdullah sakit. Lalu dia merangkum sebuah syair untuk Atikah. Kemudian Abu Bakar pun menyuruhnya untuk rujuk kembali. Atikah dan Abdullah pun belajar dari kesilapan lalu, supaya tidak meletakkan cinta antara mereka melebihi cinta kepada Allah. Tatkala mereka sudah rujuk, Abdullah menghadiahkan sebidang tanah (kebun) dengan syarat agar Atikah tidak menikah lagi dengan orang lain jika Abdullah telah meninggal.

Abdullah sendiri adalah sahabat yang paling berjasa dalam hijrah Rasulullah ke Madinah. Ia lah orang yang memberikan khabar tentang kaum musyrikin Mekah kepada nabi dan beliau juga akhirnya wafat dalam medan juang, syahid selepas Perang Tha'if, semoga Allah merahmatinya.

Selepas daripada pada kematian suaminya,Atikah menerima lamaran Sayidina Umar al-Khatab r.a,penerimaan itu beliau terima  dengan hati kurang ceria.Pesan almarhum suaminya,Abdullah bin Abu Bakar dahulu sangat menganggu minda dan jiwanya.Kadang-kadang dia berasa sangat tertekan.Kadang-kadang dia berasa sangat bersalah.

Sayidina Umar al-Khatab r.a. menyuruh Atikah binti Zaid adukan masaalahnya itu kepada Sayidina Ali serta meminta fatwanya.Ali bin Abi Talib pun mengemukakan pendapatnya,”Kembalikan kebun itu kepada keluarga Abdullah, sesudah itu menikahlah lagi.”

Kehilangan Paling Dirasai


Tidak disangka dan lebih-lebih lagilah tidak diminta,kematian sayidina umar r.a juga ditangan pembunuhnya.Kembali Atikah binti Zaid mengenakan pakaian perkabungan.Kehilangan kali ini paling dirasai kerana bukan dia seorang yang mengalaminya, bahkan seluruh kaum muslimin juga.Berakhir sudah khidmat Amirul Mukminin yang adil dan sangat merendah diri.

Selepas kematian Sayidina Umar,Lama atikah bersendiri sebelum bertemu jodoh sekali lagi .Dia diperistrikan oleh Zubir bin Al-Awwam.Semasa kerisis kepimpinan kaum muslimin memuncak (selepas kematian Sayidina Uthman) hingga menyeret kepada peperangan saudara,Zubir Al-Awwam r.a turut terbabit.Zubir terbunuh dalam pertempuran (36 H) di Lembah Sibak,suatu tempat antara Makkah dan Basrah.

Tmat iddah,datang Sayidina Ali k.wh. meminang Atikah.Namum kali ini dia menolak.Bukan kerana tidak sukakan sepupu Rasullullah SAW itu,tetapi menolak kerana tidak sanggup melihat nasib bakal yang bakal mendatang.Seperti Atikah sudah dapat meneka takdir yang akan bakal menimpa lelaki yangmenjadi suaminya.Dirinya tidak ubah bagaikan sebuah pintu gerbang untuk menuju syahid.

Namun tanggapan begitu bukan bermaksud menyesali takdir.Sebaliknya lebih kepada luahan tekanan kesedihan yang amat sangat selepas semua suaminya mati dibunuh musuh.Atikah binti Zaid r.h.a memerlukan lebih banyak masa untuk menenangkan gelora perasaannya yang bukan mudah untuk didamaikan.

Abdullah Bin Umar berkataBarangsiapa yang menghendaki mati syahid hendaklah mereka menikah dengan Atikah.
Beberapa lama menjanda,Atikah akhirnya berkahwin lagi .Kali ini dengan Hussain bin Ali,cucu Rasulullah SAW.Gembira hati Atikah apabila dapat menjadi ahli keliarga Rasulullah SAW yang paling rapat itu.Dipertengahan perjalanan ke Basrah bersama suami serta ahli keluarga yang lain, rombongan mereka telah diserang musuh.Di hadapan matanya sendiri,Atikah menyaksikan suaminya dibunuh selepas seharian bertempur  mempertahankan diri.

Selepas kewafatan Sayidina Hussain r.a.,Atikah tidak pernah berkahwin lagi.Masih ada kalangan sahabat yang mahu mengambil Atikah menjadi teman hidup tetapi dia menolak.Mahu menghabiskan baki-baki usia dengan beribadat sepenuhnya kepada Allah SWT.Sememangnya Atikah cukup dikenali sebagai seorang sahabiyah yang cukup setia mengerjakan solat berjemaah di masjit.Hidupla dia sebatang kara sehinggalah ke hujung nyawa.

Renungilah kisah srikandi ‘Atikah binti Zaid ini yang terkenal sebagai wanita yang ahli ibadah dan kuat akalnya, sebagai pedoman dan pengajaran dalam hidup kita.

Wassalam..

Rabu, 29 Jun 2011

Sejarah Al Imam Hasan Al Banna

Al Imam Hasan Al Banna dilahirkan pada tahun 1906 di kampung AL Mahmudiyah dari daerah AL Bahriah kira-kira sembilan puluh batu dari Kaherah. Bapanya Ahmad Abdul Rahman Al Banna adalah seorang ulama dan seorang pengarang yang telah mendapat pelajaran di Azhar di zaman Al Imam Muhammad Abduh.
Hasan Al- Banna merupakan anak sulung dari lima orang adik-beradik.

Dalam usia lapan tahun beliau memulakan pelajaran permulaannya di sebuah sekolah rakyat di kampungnya, dan dalam usia dua belas tahun beliau memasuki sekolah rendah, dimana beliau terus menggabungkan dirinya dalam badan “Latihan Akhlak” atau “Jama’ah Al Suluk Al Akhlaki” yang dikelolakan oleh gurunya sendiri. Di antara kegiatan badan ini ialah mengenakan tatatertib dalam bentuk denda-denda ke atas ahlinya yang mengeluarkan kata-kata cacian dan maki hamun kepada teman-teman sejawatnya atau melakukan perbuatan yang menyalahi Agama. Dalam masa yang pendek sahaja beliau memperlihatkan sifat-sifat kepimpinan yang baik dan muncul sebagai pemimpin badan itu.

Dalam peringkat usia persekolahan rendah ini, Hasan Al Banna mula menghadiri majlis-majlis zikir yang diadakan oleh “Al Ikhwan Al Hasafiah” sebuah pertubuhan sufi yang banyak mempengaruhi jiwanya. Di sana beliau berkenalan dengan seorang belia yang masih muda bernama Ahmad Al Sakri yang kemudiannya menjadi tokoh yang memainkan peranan penting di dalam pertubuhan Jama’ah Al Ikhwan Al Muslimon.

Sewaktu berada di tahun akhir sekolah rendah, pemberontakan 1919 telah tercetus dan beliau turut menyertai pelajar-pelajar yang lain dalam demonstrasi-demonstrasi di perkarangan dan di luar sekolah di samping menggubah dan mendeklamasi sajak-sajak yang berkobar-kobar dengan semangat nasionalisme.



Pada tahun 1922 beliau di terima selaku anggota I dalam pertubuhan Jamaatul Al Safiah yang sebelum ini terkenal dengan nama “Al Ikhwan Al Safiah”. Pertubuhan ini mempunyai dua tujuan dua hala iaitu :

(i) berjuang untuk memelihara prinsip-prinsip akhlak Islam.
(ii) Menentang gerakan da’yah Kristian di Bandar Kahirah.

Semasa di dalam pertubuhan ini beliau terpengaruh dengan ajaran Al Imam Al Ghazali. Pada waktu itu beliau bukan sahaja terkenal rajin dengan pelajarannya, malah beliau melakukan penelahan di luar yang luas. Beliau sangat gemar membaca buku-buku Tasauf, Sejarah Rasulullah (s.a.w.), kisah-kisah perjuangan pahlawan yang mempertahankan tanah air dan agama dan kisah-kisah perjuangan menuju jalan Allah.

Pada tahun 1923 dalam usia 16 tahun beliau telah lulus sekolah perguruan rendah dan pada tahun yang sama juga beliau memasuki kuliah Darul Ulum satu yayasan pengajian tinggi yang merangkul pengajian tradisional dan pengajian moden dan merupakan satu institusi pengajian tinggi di masa itu.


Semasa berada di kota Kaherah beliau dengan pandangan mata seorang anak desa yang berpendidikan agama dapat melihat dengan jelas pergolakan parti poltitik dan aliran-aliran yang menentang agama yang dicetuskan oleh gerakan Kamal Arttaturk. Beliau juga melihat aliran Non Islamic di Universiti Mesir. Ketika itu ramai beranggapan bahawa Universiti Mesir tidak akan dapat menegakkan sekularismanya melainkan dengan menentang agama dan memerangi tradisi-tradisi sosial yang berbentuk agama. Ia melihat denagn sedih bagaimana persekutuan-persekutuan, pari-parti politik, himpunan-himpunan sasterawan dan pertubuhan-pertubuhan sosial yang sekular semuanya menuju satu haluan iaitu melemahkan pengaruh agama. Ketika itu beliau mengeluh merorong "Allah sahaja yang tahu berapa lama kami tidak kerana memikirkan nasib umat, menganalisakan penyakit-penyakit yang dihadapi dan cara-caran untuk mengatasinya. Kami begitu risau hingga sampai kami menangis.”

Pada tahun berikutnya beliau memasuki satu pertubuhan Agama yang lain iaitu “Jama’atul Makram Al Akhlak Al Islamiah” atau Persekutuan Budi Utama Islam, iaitu sebuah pertubuhan yang giat mengaturkan ceramah-ceramah Islam, beliau dan rakan-rakan seperjuangan telah menjalankn dakwah bukan sahaja di masjid-masjid, tetapi di segala tempat perhimpunan orang ramai terutama di kedai-kedai kopi rakyat di merata pelusok desa. Usaha beliau membawa dakwah di kedai kopi telah memberikan hasil yang amat besar. Di peringkat ini beliau banyak membuat perhubungan denagn tokoh-tokoh pemimpin Islam yang terkenal di zaman itu seperti Mahyudin Al Khatib, Muhammad Rashid Reda, Farid Wajdi dan lain-lain tokoh yang memperjuangkan Islam.



Pada tahun 1927 beliau mendapat Ijazah dari Darul Al Ulum dalam usianya 21 tahun. Kemudian beliau menjadi guru bahasa Arab di salah sebuah sekolah rendah di Bandar Isma’iliah di wilayah Terusan Suez dan terus berkhidmat di bidang perguruan Islam sembilan belas tahun dan meletakkan jawatannya sebagai guru pada tahun 1946. Beliau menyusun kegiatan da’wah dengan berkesan dalam masyarakat bandar Isma’iliah, beliau juga telah membawa da’wah ke kedai kopi yang dilakukan di kota Kaherah, dan di sanalah dapat mencungkil bakat-bakat manusia yang baik untuk diberikan pendidikan selanjutnya yang lebih teratur.
Walaupun beliau tinggal di Isma’iliah, namun beliau tetap mempunyai hubungan yang rapat dengan badan-badan dan tokoh-tokoh pejuang Islam di Kaherah. Beliau ikut serta menyokong pertubuhan Persekutuan Belia Islam, pada tahun 1927 dan menjadi wakil majalah Al Fatah, sebuah majalah yang bertugas selaku jurucakap badan-badan dan pertubuhan Islam di masa itu. Majalah itu dipimpin oleh Mahyuddin Al Taib salah seorang ulama pejuang Islam dan pengasas Persekutuan Belia Islam.



Pada bulan Mac 1928 beliau telah menubuhkan organisasi Al Ikhwan Muslimon di Bandar Isma’iliah. Pertubuhan itu telah berkembang pesat. Pada tahun 1923 beliau telah berpindah ke kota Kaherah dan membuka cawangan Pertubuhan Ikhwan Muslimon di Kaherah bersama adik bongsunya yang sehaluan dan seperjuangannya Abdul Rahman Al Banna. Pertubuhan itu telah berkembang subur di masa tercetusnya perang dunia yang kedua dan berjaya menjadi salah satu kuasa politik yang bertarung di masa itu.

Beliau telah mengatur Ikhwan Muslimon dalam tiga peringkat. Peringkat pertama, memperkenalkan gagasan Ikhwan Muslimon dan menyebarkan da’wah asas melalui ceramah-ceramah dan mengadakan kegiatan-kegiatan kebajikan masyarakat. Kedua, peringkat membentuk keperibadian anggota-anggota Ikhwan sebagai persediaan untuk melancarkan jihad. Ketiga, peringkat melaksanakan cita-cita perjuangan Islam yang tegas.

Dalam tahun 1948 Pertubuhan Ikhwan Muslimon telah diharamkan oleh pemerintahan Al Nukrasyi dari parti al Sa’di kerana dituduh merancangkan satu pemberontakan untuk menumbangkan kerajaan. Berikutan dengan pengharaman itu, ibu pejabat organisasi itu dikepung polis dan semua anggota yang ada di bangunan itu ditangkap kecuali Al Imam Al Sheikh Hasan al Banna. Semua cawangan organisasi itu dibubarkan dan harta bendanya diletakkan di bawah pentadbiran Kementerian Dalam Negeri. Organisasi itu seterusnya dituduh sebagai musuh ketat kerajaan yang cukup lengkap dengan persediaan senjata, hospital-hospital, sekolah-sekolah, kilang-kilang dan syarikat perniagaan yang kukuh.

Al Imam Hasan Al Banna yang masih bebas itu terus berusaha dengan segala dayanya, untuk menyelamatkan organisasi itu tetapi ia tidak dapat menemui jalan-jalan damai dengan perdana menteri Al Nukrasi Bassa.

Di waktu Zohor 12 Februari 1949 Al Imam Syed Hasan Al Banna telah ditembak ketika beliau keluar dari bangunan Al Ikhwan Muslimon untuk menaiki kereta sewa dan beliau telah meninggal dunia di Hospital beberapa minit selepas itu. Kematian beliau telah dirancang oleh polis rahsia kerajaan kerana menuntut bela atas kematian perdana menteri yang telah dibunuh oleh seorang mahasiswa yang bertindak atas daya-usahanya sendiri kerana marahkan pembubaran Al Ikhwan Al Muslimon.



Jenazahnya telah dikebumikan di bawah kawalan kereta-kereta kebal dan kereta-kereta perisai dan tidak dibenarkan disaksikan oleh orang ramai kecuali keluarganya sendiri.
Demikian tamatnya kisah seorang pendakwah dan pejuang Islam yang ulung di abad dua puluh dan langkah-langkah perjuangan beliau telah menjadi sumber inspirasi gerakan-gerakan yang dinamis di merata bumi masyarakat Islam.

wassalam...

Sabtu, 4 Jun 2011

Kisah Hidup Kamal Altaturk



Kematian Kamal Attartuk yang menyeksakan.Di saat kematiannya, Allah SWT telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia. Antaranya ialah:


1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.


2. Sakit jantung.


3. Penyakit darah tinggi.


4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24jam.


Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau. Maha suci Allah SWT, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung-jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk. Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang!



Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan. Pada 9 November 1938,beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau. Mayat ini diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.



Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan di tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (saya tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya).



Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke muzium yang diberi nama Etna Grafi (kalau tak silap dengar) Ankara selama 15 tahun (sehingga tahun 1953).



Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar,mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa "jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!" Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Fikirkanlah.......!





IDEOLOGI KAMAL ATARTUK DI TURKI



1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.


2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tie dan topi (sesuai dengan kehendak    barat)

3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai.Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama diAnkara.


4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden"


5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.


6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki


7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.


8. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya diseluruh bandar Turki.


9. Satu ucapan beliau di bandar belikesir dimana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.


10. Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.


11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan


12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.


13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.


14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.


15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.


16. Membatalkan undang-undang waris,faraid secara islam


17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.


18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan dimana tuhan tinggal?" oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah tuhan" beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.



Sekian , semoga mendapat iktibar yang sewajarnya......

wallahu'alam...

Rabu, 1 Jun 2011

Ucapan Kamal Attaturk Laknatullah.


Pada 20 Mei 1923, Mustaffa Kamal Attaturk laknatulLah telah memberi ucapan di hadapan ribuan tentera Turki dan kumpulan kaum-kaum sekular, munafiqin dan musyrikin, yang digerakkan oleh kaum freemason di bawah naungan Persepakatan Yahudi Dunia (Zionis) di hadapan Ayasofia dan dengan penuh samseng dan murtad Kamal Attaturk berkata:

“Wahai bangsa Turki mari kita ke depan melepaskan bunyi tembakan dan peluru kemenangan dan meruntuhkan dan memusnahkan segala kejahatan dan kezaliman Khalifah serta penipuan dan pembohongan yang diperlakukan oleh kumpulan manusia iblis yang menyamar sebagai ulamak, cerdik pandai, cendekiawan, dan penerus ajaran Muhammad dan kita lihat bagaimana ajaran ini yang dipanggil oleh mereka sebagai Islam adalah ajaran yang dipenuhi dengan tipu helah, tipu daya dengan melaungkan slogan-slogan yang entah dari mana bukti kesahihannya hanya semata-mata untuk membohongi kita agar kita takut kepada neraka dan kita semua terpedaya dengan janji syurga yang mungkin tidak pernah wujud. Namun kenapa kaum yang menyamar di sebalik janggut dan jubah, bacaan dalam bahasa Arab yang kita tidak fahami sepenuhnya, berkumpul di masjid menghabiskan masa, dan kemudian keluar menipu sedangkan mereka merampas harta dan hidup bermewah".

"Wahai kaum Turki, nah! Kami akan membawa kamu ke jalan baru di mana kita akan bebas dari koleksi kaum penipu ini dan sesungguhnya merekalah yang sekian lama berbuat jahat dan khianat, berbohong dan berdusta yang akan masuk neraka dan kita yang berkumpul hari ini untuk berjuang membinasakan mereka akan menuju ke syurga dan sudah pastinya syurga itu ada dalam ciptaan kita.”

(Terjemahan dari teks ucapan Kamal Attaturk yang disalin dalam bahasa Russia oleh Peter Ivanov, The Last Day of Islam Khalifa (terjemahan), Uzbekistan Library).

Wallahu'alam....

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More