Pelawat

10 Perkara Solat Tidak Diterima

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu petunjuk dan jalan selamat dan barang siapa yang tidak memelihara solat maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya dan juga tidak menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya”.

Lima Perkara Perosak Hati

"Dan (ingatlah) hari (ketika itu) orang yang zalim menggigit dua tangannya seraya berkata, 'Aduhai (dulu) kiranya aku mengambil jalan bersama-sama Rasul. Kecelakaan besarlah bagiku, kiranya aku (dulu) tidak menjadikan si fulan itu teman akrab(ku). Sesungguhnya dia telah menyesatkan aku dari Al-Qur'an ketika Al-Qur'an itu telah datang kepadaku." (Al-Furqan: 27-29)

Peristiwa-peristiwa Di Hari Jumaat

Hari Jumaat sangat besar di sisi Allah, bahkan lebih besar dari hari raya Aidul Fitri dan Aidul Adha, kerana di antara malam dan siangnya tersimpan masa yang paling mustajab, tidak ada tabir penghalang doa insan terhadap Ilahi

SELAWAT SYIFA' PENYEMBUH PENYAKIT

Walaupun pernah dikatakan selawat ini boleh mendatangkan syirik, tapi ianya berlaku bila selawat ini disalahertikan dalam penterjemahannya. Menurut Dato’ Dr. Haron Din, memang terdapat sedikit kekeliruan sekiranya ianya diterjemahkan terus 'ayat by ayat'. Apa yang penting adalah kita perlu ingat bahawa segala penyakit dan musibah yang datang semua dari Allah SWT dan penyembuhnya juga dari ALLAH SWT.

Kelebihan Surah Al-Kahfi

Diriwayatkan oleh al-Hakim dalam al-Mustadrak dan dianggapnya sahih isnad, maksudnya: "Sesiapa yang membaca al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya Allah akan mengurniakan baginya nur antara Jumaat tersebut hingga ke Jumaat yang seterusnya." Hadis ini dinilai sebagai hasan, kata al-Albani

Memaparkan catatan dengan label umum. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label umum. Papar semua catatan

Jumaat, 11 November 2011

6 CARA MUDAH MEMBUAT PAHALA DI FACEBOOK




Beberapa amalan MUDAH dan MAMPU dibuat oleh sesiapa sahaja untuk menjana kebaikan dan pahala melalui Facebook adalah seperti berikut:

1. UPDATE STATUS anda dengan pengisian yang bermanfaat. Contohnya, menulis di status anda beberapa potong maksud ayat al-Quran, hadith, kata-kata salaf, yang anda rasakan ia akan memberi kesan kepada orang yang membacanya. Jika anda mempunyai 1000 friends, andaikata hanya 10% yang membacanya, ada sudah dikira menyebarkan kebaikan kepada 100 orang dengan cara yang cukup mudah. Jika daripada 100 orang yang membacanya, hanya 10% yang terkesan dan mengamalkan kandungan status anda, anda sudah dikira menjadi PENYEBAB kebaikan kepada 10 orang, dengan cara yang tidak disangka-sangka.

TAPI AWAS, jangan terlalu boros dalam membuat pengisian, nanti friends anda akan boring membaca status anda, kerana sudah menjadi tabiat manusia cepat boring dan jemu dengan perkara yang berterusan dan sekata. Pilihlah pengisian yang betul-betul berkualiti dan berkesan. Dan variasikan ia samada dengan tulisan, gambar, video, dan lain-lain.

2. Jika anda terbaca status orang lain yang sangat bermanfaat dan boleh memberi kesan kepada orang lain, apa salahnya anda SEBARKAN STATUS tersebut. Gunakan kemudahan SHARE untuk tujuan perkongsian, atau COPY PASTE sahaja apa yang anda ingin kongsikan dengan friends anda. Lebih-lebih lagi, bagi pemegang akaun Facebook yang mempunyai list friends yang ramai, boleh membantu menyebarkan kebaikan yang ada pada status seseorang yang mempunyai bilangan friends yang ciput. Mudah-mudahan termasuk dalam bekerjasama dalam dakwah.

3. Anda yang mempunyai maklumat tentang program-program ilmu (yang real punya), bolehlah MENGIKHLANKAN PROGRAM tersebut di laman Facebook masing-masing dengan memberikan tajuk, nama penceramah, dan jadual pengajian. Manalah tahu, ada kalangan friends kita yang tinggal berhampiran dengan lokasi dan mempunyai kelapangan, boleh mengambil faedah dari majlis-majlis yang berkat.

4. Atas semangat silaturrahim dan atas kesedaran betapa besarnya kewajipan mengeratkan silaturrahim, alangkah baiknya jika SETIAP KELUARGA MEMPUNYAI GROUP tersendiri yang boleh menghimpunkan segala suku-sakatnya. Dalam group seperti ini, banyak kebaikan dapat dibuat, contohnya bertanya khabar antara ahli keluarga, mengupdate berita-berita keluarga, menyelesaikan permasalahan ahli keluarga secara tertutup dan macam-macam. Walaupun perkara kecil, namun siapa sangka dengan semangat silaturrahim, Allah Taala akan memberkati hidup seseorang.

5. Jika anda mempunyai KOMEN BERNAS dan bernilai terhadap sesuatu kandungan status orang lain, lakukanlah dengan penuh ADAB DAN SOPAN seolah-olah anda sedang bercakap dengannya. Mungkin anda yang berpengetahuan tinggi boleh membuat penambahan maklumat, pembetulan kesilapan, pencerahan terhadap kekeliruan, dan lain-lain. Malahan, mungkin komen-komen untuk tujuan tersebut boleh sampai ke tahap fardhu kifayah jika di sana terdapat keperluan mendesak dari sudut Syarak, dan tiada yang boleh melakukannya kecuali anda.

6. Jika mereka yang mempunyai kemusykilan agama, boleh juga menggunakaan laman Facebook sebagai TEMPAT PERBINCANGAN. Tulislah soalan anda, dan tag kan ustaz-ustaz Facebook yang dipercayai dan mempunyai masa untuk melayan soalan anda. Mudah-mudahan, ini sebagai satu cara melaksanakan arahan Tuhan supaya bertanya kepada ahli ilmu dalam perkara-perkara yang tidak diketahui.

Semoga dengan melakukan perkara-perkara kecil di atas ketika melayari Facebook, akan ada insan-insan yang beroleh kebaikan dari dakwah kita, akan ada pahala-pahala tercatat di buku amalan baik kita, akan ada dosa-dosa dihapuskan dari buku amalan jahat kita. Mudah-mudahan Facebook yang dicipta oleh seorang bukan Muslim menjadi satu sebab kebaikan kepada seseorang Muslim.

Abu Umair

Jumaat, 5 Ogos 2011

Bekalan Emas Berkurang Mendadak



Pemintaan emas fizikal meningkat secara mendadak tahun ini menyebabkan kekurangan bekalan di pasaran. Buat pertama kali sejak tahun 2008 permintaan emas fizikal melebihi jumlah simpanan emas sebenar yang dipegang oleh bank. Kekurangan bekalan emas tahun ini terutamanya disebabkan pembelian oleh Bank Pusat China.

Manakala Maybank pula membuat kenyataan tidak lagi menyediakan pengeluaran emas dalam bentuk wafer (kijang emas) mulai september tahun ini untuk pemegang account GSPA.



Kenyataan dari Maybank;


Discontinuation of Physical Gold Wafers

Dear Valued Customer,

With effect from 16 May 2011, Gold Savings Passbook Account (GSPA) has been renamed as Maybank Gold Investment Account (MGIA). In line with MGIA's enhanced features, existing GSPA accountholders who wish to withdraw from their account in a form of gold wafer may do so, subject to availability as per Clause 16.2 of the GSPA Agreement with a premium charge applicable. Accountholders have until2 September 2011 to withdraw in the form of wafers, after which the available options of payment will only be in the form of cash or credit into their accounts.
For GSPA accountholders who are holding Maybank gold wafers, you may convert the gold wafers to cash or credit them to your account at the prevailing market price at selected Maybank branches from now till 2 September 2011.




Rujukan:
http://www.morgangold.com/news/20110721-physical-gold-in-short-supply-as-central-banks-increase-purchases.html

Selasa, 19 Julai 2011

Fenomena azan di dunia



Azan merupakan lafaz khusus yang disyariatkan oleh Islam sebagai tanda masuknya waktu solat fardhu dan menyeru seluruh umat Islam supaya berkumpul untuk mengerjakannya.

Azan mula disyariatkan pada tahun pertama Hijrah. Hal ini telah terkandung di dalam sebuah hadith yang telah diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Umar r.a. Pada mulanya, ketika umat Islam berhijrah ke Madinah, mereka berkumpul dan menunggu untuk mengerjakan solat. Ketika itu tiada orang yang menyeru iaitu melaungkan azan untuk menunaikannya. Pada suatu hari, Nabi Muhammad s.a.w. telah mengumpulkan para sahabat untuk bermesyuarat tentang cara untuk memberitahu masuknya waktu solat serta mengajak orang ramai agar ke masjid mengerjakan solat secara berjemaah. Dalam mesyuarat tersebut, terdapat beberapa cadangan. Antara cadangan-cadangan tersebut :

1. Mengibarkan bendera sebagai tanda masuknya waktu solat.
2. Meniup trompet seperti yang biasa dilakukan oleh penganut agama Yahudi.
3. Membunyikan loceng seperti yang dilakukan oleh orang-orang Nasrani.
4. Menyalakan api di atas bukit.

Umat Islam solat berjemaahNabi Muhammad s.a.w. menolak kesemua cadangan yang diberikan. Kemudian, Umar al-Khattab mencadangkan agar diteriakkan ucapan “Telah masuk waktu solat“. Cadangan beliau ini telah diterima oleh Nabi Muhammad s.a.w. tetapi Baginda menukar lafaz itu dengan lafaz “Assolatu jami’ah” yang bererti “Marilah solat berjemaah“.

Pada suatu malam, Abdullah bin Zaid telah bermimpi tentang seorang lelaki yang datang kepadanya dengan membawa loceng. Abdullah memohon agar loceng itu dijual kepadanya. Pembawa loceng bertanya, “Untuk apakah tuan gunakan loceng ini?“. Abdullah menjawab, “Kami akan bunyikan loceng ini untuk memberitahu orang ramai bahawa telah masuknya waktu solat“. Apabila mendengar jawapan tersebut, pembawa loceng itu berkata, “Mahukah tuan jika saya tunjukkan cara yang lebih baik untuk memberitahu masuknya waktu solat?“. Abdullah menjawab, “Itu baik sekali“. Lalu pembawa loceng itu berkata, “Kumandangkanlah Allahu Akbar dan lafaz-lafaz azan yang seterusnya“. Pada keesokan harinya, Abdullah bin Zaid menemui Nabi Muhammad s.a.w. memberitahu perihal mimpinya itu. Kemudian Baginda bersabda, “Mimpimu itu mimpi yang benar“. Nabi Muhammad s.a.w. kemudiannya memerintahkan Bilal bin Rabah melaungkan kalimah-kalimah azan tersebut. Ketika Bilal hendak melaungkan azan, Umar pula datang kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan menceritakan bahawa beliau juga bermimpi seperti yang dialami oleh Abdullah bin Zaid.



Lafaz-lafaz azan yang didengar oleh Abdullah bin Zaid dan juga Umar bin al-Khattab dalam mimpi masing-masing sama dengan lafaz-lafaz azan yang diajarkan oleh Nabi Muhammad S.A.W.. Namun begitu, mimpi-mimpi tersebut bukanlah menjadi dasar pensyariatan azan kerana secara kebetulan sahaja lafaz-lafaz azan yang diajarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. mempunyai persamaan dengan mimpi kedua-dua sahabat tadi.

Perihal azan bukan sahaja melalui mimpi bahkan ia diperkuatkan lagi dengan penerimaan wahyu. Al-Bazzar meriwayatkan bahawa:

“Nabi Muhammad s.a.w. pada malam isra’ mikraj telah diperlihat dan diperdengarkan azan kepadanya di atas langit yang ketujuh. Kemudian Jibril mendatanginya, lalu dia menjadi imam kepada ahli langit. Antara mereka yang turut sama berjemaah ialah Nabi Adam a.s. dan Nabi Nuh a.s.. Allah s.w.t. menyempurnakan kemuliaan baginya ke atas penduduk langit dan bumi“.

Menurut pendapat sesetengah ulama’, terdapat beberapa adab dan tertib dalam melaksanakan azan. Antaranya ialah:

1. Mu’azzin tidak harus menerima upah apabila melaksanakan tugasnya
2. Mu’azzin harus suci daripada hadas kecil, hadas besar dan najis
3. Mu’azzin hendaklah mengadap kiblat ketika melaungkan azan
4. Ketika membaca “hayya ‘ala as-salah“, mu’azzin hendaklah mengadapkan muka dan dadanya ke sebelah kanan dan ketika membaca “hayya ‘ala al-falah“, mengadapkan muka dan dada ke sebelah kiri
5. Mu’azzin hendaklah memasukkan dua jarinya ke dalam kedua telinga
6. Suara mu’azzin hendaklah nyaring
7. Mu’azzin tidak boleh bercakap ketika melaungkan azan
8. Orang-orang yang mendengar azan hendaklah menyahutnya secara perlahan-lahan dengan lafaz yang diucapkan oleh mu’azzin, kecuali pada lafaz “hayya ‘ala as-salah” dan “hayya ‘ala al-falah“. Kedua-duanya disahut dengan “la haula wala quwwata illa bi Allah” yang bermaksud “tiada daya dan kekuatan kecuali daripada Allah“.
9. Setelah selesai azan, mu’azzin dan yang mendengar azan hendaklah berdoa: “Allahumma rabba hazihi ad-da’wah at-tammah wa as-salati al-qa’imah, ati Muhammadan al-wasilah wa al-fadhilah wab’athhu maqaman mahmudan allzi wa’adtah” yang bermaksud “Wahai Allah, Tuhan yang menguasai seruan yang sempurna ini dan solat yang sedang didirikan, berikanlah kepada Nabi Muhammad kurnia dan keutamaan serta kedudukan yang terpuji yang telah Engkau janjikan untuknya” (Riwayat Bukhari)

Terdapat satu fenomena yang luar biasa tentang azan. Azan di dunia ini bersahutan tanpa henti dan akan terus berkumandang sehingga ke akhir zaman. Ada yang mengatakan bahawa jika berhentinya sambungan azan (salah 1 tanda besar kiamat), maka akan keluarlah yakjuj dan makjuj yang dikatakan akan menghancurkan dunia pada akhir zaman. Selagi azan berkumandang, tembok yang mereka gali akan tertimbus balik.

Wallahualam. Hayatilah


Rabu, 13 Julai 2011

Punca Sakit Kepala

Sakit kepala adalah gejala yang paling biasa di dalam kebanyakan penyakit. Adalah penting untuk mengenalpasti punca sakit kepala dan belajar untuk menanganinya, supaya sakit dapat dikurangkan.




1. Sakit Kepala Yang Tegang

Ia merupakan bentuk sakit kepala yang paling biasa. Ia merupakan sakit kepala yang berterusan dan yang meneruk pada waktu pagi. Sakit terhasil dari pengecutan berterusan otot-otot pada bahagian kepala dan leher yang menyebabkan rasa berat pada dan di belakang leher. Pesakit terasa seperti adanya pemberat di kepala atau pita di sekeliling kepala. Biasanya, stres dan kegelisahan dikaitkan dengan sakit kepala jenis ini. Selain daripada sakit semasa pemberian tekanan pada otot di leher, pemeriksaan-pemeriksaan lain adalah normal.

2. Migrain

Ia merupakan sakit kepala yang tenat dan yang berpanjangan sehingga 6-24 jam. Ia diklasifikasikan kepada dua jenis.

Migrain klasik
Sakit kepala dengan kehilangan selera makan, mual dan muntah, yang didahlui oleh "aura" - kesan visual seperti pancaran petir, perasaan mencucuk dan perubahan fikiran.

Migrain biasa
lebih kurang sama kecuali tiada kehadiran.

Bentuk migran lain yang lebih jarang
Migrain biasanya didapati di kalangan 5% populasi. Kebanyakan pesakit mendapat serangan pertama mereka sebelum berumur 30 tahun. Sakit kepala ini biasanya berlaku pada sebelah kepala tetapi kerap kali menyeluruh, dan berlaku kurang dari sekali dalam sebulan.

3. Sakit Kepala Berkelompok

Ia mengakibatkan sakit menikam yang tajam yang menumpu pada sebelah mata. Biasanya pesakit akan terjaga dengan sakit kepala ini dalam beberapa jam sahaja selepas tidur. Gejala-gejala seperti keluarnya air mata, kelopak mata yang melentok dan hidung berhingus mungkin juga hadir. Jangkamasa serangan adalah biasanya pendek, selama 30-90 minit.

4. Sakit Kepala Disebabkan Oleh Penyakit Yang Memberi Kesan Terhadap Salur-salur Darah

Ini adalah disebabkan oleh kesan salur-salur darah di dalam tengkorak, misalannya pendarahan, gumpalan darah, kelemahan dan penipisan dinding pada salur-salur darah dan tekanan darah yang tinggi.

5. Peningkatan Tekanan Pada Otak

Tekanan di dalam kranium mungkin ditingkatkan oleh ketumbesaran, bengkak bernanah, keradangan selaput otak dan kecederaan dengan pembengkakkan pada otak.

6. Keradangan Pada Selaput Otak

Ia mungkin dihubungkan dengan rasa mual dan sakit atau kekakuan pada leher.

7. Sakit Kepala Selepas Dilanggar Pada Bahagian Kepala

Ini mungkin menunjukkan kerosakan yang serius seperti tengkorak yang patah atau pendarahan dalaman.

8. Penyakit Pada Tengkorak Atau Pada Rongga Tulang (Sinus)

Penyakit seperti sinusitis, tengkorak yang patah dan tumor tulang boleh menyebabkan sakit kepala.

9. Penyakit Telinga

Penyakit-penyakit telinga yang tertentu boleh menyebabkan sakit kepala.

10. Penyakit-penyakit Mata Dan Orbit

Tumor orbital dan glaukoma (peningkatan tekanan dalam mata) boleh menyebabkan sakit kepala.

11. Punca Toksik Dan Metabolik

Jangkitan dengan demam, aras gula yang rendah dalam darah dan rasa kurang senang selepas memiium arak, juga boleh menyebabkan sakit kepala.



Faktor-faktor Pencetus

* Stres
* Corak tidur yang berubah
* Alkohol
* Senaman fizikal yang bersungguh-sungguh
* Cahaya yang terang
* Kelaparan
* Makanan-makanan tertentu, contohnya wain, coklat
* Pengawet-pengawet makanan, misalannya nitrat dalam sosej
* Kesan pengunduran dari kopi (kafein)
* Ubat-ubat tertentu - runding dengan pegawai farmasi anda
* Perubahan hormon, misalannya semasa haid, pengambilan pil perancang keluarga
* Persekitaran yang sesak, misalannya bilik yang berisi asap


Pengendalian

1. Mengelakkan dari faktor-faktor yang merangsangkannya
2. Ambil ubat penahan sakit yang mudah (runding dengan doktor ataupun pegawai farmasi anda).
3. Sakit kepala Sinus - Ambil ubat antihistamin atau yang melegakan penyumbatan hidung (runding dengan doktor ataupun pegawai farmasi anda).
4. Letakkan tekanan yang panas pada bahagian sinus.


Berjumpa dengan doktor jika

* sakit kepala tidak dilegai oleh penjagaan kendiri yang mudah.
* Sakit kepala hadir bersama demam, kekakuan pada leher, masalah penglihatan dan perubahan keperibadian ataupun jika ia berlaku selepas kecedaran di bahagian kepala.
* Sakit kepala yang berulang-ulang dan bertambah tenat.


Tabiat Baru

* Belajar untuk beristirehat
* Singkirkan stres dengan merancang aktivit-aktiviti anda terlebih dahulu dan biarkan keluarga anda membantu anda.
* Senam selalu dan jadilah bertenaga.
* Makan makanan yang berkhasiat dan seimbang selalu.
* Dapatkan tidur yang tetap dan secukupnya.
* Pakai cermin mata gelap untuk mengurangkan silau.
* Minum air yang secukupnya, terutamanya semasa cuaca panas.
* Jangan ambil ubat penahan sakit yang terlampau banyak.
* Periksa mata anda dengan seorang doktor pakar.


Perubahan dalam gaya hidup boleh melegakan atau menghapuskan kebanyakan dari sakit kepala yang biasa.

Kesan Buruk Jika Kerap Makan Makanan Segera



Makanan segera memang sebati ngan hidup sebagai seorang student. tapi kalau selalu sangat makan makanan segera takut jugak bagi kesan buruk kat badan. macam-macam makanan segera ada kat pasaran. tapi pengguna cuma tahu beli tapi tak tahu apa kesan yang akan diorang dapat kalau selalu sangat makan benda-benda camni. so aku pun menggoogle untuk mencari kesan buruk yang berlaku kat badan kalau selalu sangat makan makanan segera. dan jumpa lah artikel kat bawah ni :-

Makanan segera banyak aditif / bahan campuran

Salah satu sebab mengapa makanan segera kurang baik untuk kesihatan ialah kerana kandungan aditifnya yang berlebihan. Aditif adalah bahan kimia yang dicampurkan ke dalam makanan dan ubat-ubatan bagi tujuan meningkatkan kualiti, menambahkan keenakan dan memantapkan kesegaran. Penggunaan aditif sebenarnya bermula sejak ratusan tahun lalu. Aditif yang bertindak sebagai pewarna telah digunakan untuk memberi warna kuning kepada mentega sejak kurun ke-14 lagi.

Contoh lain aditif ialah bahan-bahan campuran yang diberi nama huruf awal "E", seperti E101 (Riboflavin), E123 (Amaranth), E211 (Natrium Benzoate), E249 (Kalium Nitrit), E322 (Lesitin) dan sebagainya. Selain itu, makanan segera ini lazimnya banyak mengandungi perasa seperti monosodium glutamate (MSG). Pada asalnya, bahan ini diasingkan daripada sejenis rumpai laut. Sekarang MSG boleh diperoleh daripada kanji, gula, jagung, tebu atau lobak bit. Kesan sampingan yang sering dikaitkan dengan MSG adalah pelbagai. Tanda-tanda sindrom ini termasuk panas badan di bahagian tengkuk dan belakang tubuh, serta perasaan tertekan di bahagian dada dan muka. Walaupun demikian, kajian saintifik gagal membuktikan bahawa kesemua gangguan-gangguan ini disebabkan secara langsung oleh MSG. Sebaliknya kajian tersebut mendapati kesan sampingan buruk hanya dialami segelintir pengguna yang alah terhadap MSG. Justeru itu MSG tetap dianggap selamat dan sesuai digunakan sebagai aditif makanan.

Lemak Berlebihan

Selain itu, makanan segera sangat terkenal dengan kandungan lemaknya yang berlebihan. Sebagai contoh, sebiji burger mengandungi sebanyak 35% atau mungkin lebih lemak. Manakala, kentang goreng dikatakan lebih baik dari segi khasiat daripada ban yang diperbuat daripada tepung putih halus tetapi ia direndam dalam lemak, biasanya lemak tepu yang menggalakkan penyakit jantung di antara 11 dan 16 g lemak. Bagi keju yang dihiaskan di atas makanan, ia bermakna lebih banyak lemak. Malahan ia bukanlah keju sebenar tetapi cebisan-cebisan keju bercampur garam, gula, pengemuisi, asid laktik, pengawet, pewarna dan bahan penambah lain. Lemak dan garam yang berlebihan pula boleh menyebabkan tekanan darah tinggi dan penyakit-penyakit lain yang berkaitan dengannya.

Tiada Zat

Ramai yang tidak menyedari bahawa makanan segera hanya mengandungi hanya sedikit kalori dan tiada zat. la mampu mengenyangkan perut dan memberi bahan bakar untuk digunakan oleh tubuh. Bagi kanak-kanak, pengambilan kalori kosong sebagai makanan snek boleh menyebabkan kurang selera terhadap makanan lain yang mempunyai khasiat yang banyak dan sangat diperlukan oleh badan. Kanak-kanak perlu dielakkan memakan makanan yang manis seperti kek, gula-gula dan air sirap, air berkarbonat kerana ia tidak mengandungi kalori. Makanan begini hanya mengisi ruang perut mereka sahaja dan ini menyebabkan mereka menolak manakan berkhasiat lain.

Untuk menunjukkan kepada anda kandungan sebenar makanan segera, di sini disenaraikan makanan ringan (snek) yang biasa anda pesan di sesebuah restoran:

Burger daging
Mengandungi 4 gram lemak tulen. la membekalkan protein, zat besi, vitamin B12. Sedikit serat tetapi banyak penambah kimia.

Ayam goreng
Kaya dengan lemak (hampir 60% kalori diperoleh dari lemak). Banyak garam. la membekalkan protein, niasin dan vitamin B6. Bahan yang menyalutkannya mengandungi MSG dan pewarna kimia.

Kentang goreng
Ubi kentang membekalkan protein dan vitamin C. Terlalu banyak lemak dan garam. Warna keemasannya adalah tiruan.

Susu kocak
Susu ini bercampur udara dan air. Proses ini memerlukan bahan pemekat kimia, penstabil dan pengemuisi. la juga mengandungi perisa dan pewarna kimia. Susu membekalkan protein dan kalsium dan lapan sudu teh gula di dalam bekas yang sederhana besarnya.

Minuman berasaskan Kola
Amat kaya dengan gula (bekas besar mengandungi 14 sudu teh gula. Pewarna kimia dan kafein. Nilai makanannya kosong.

Garam
Secara purata seseorang itu memeriukan tidak lebih daripada lima gram atau satu sudu teh sehari. Kebanyakan jumlah ini terdapat di dalam makanan secara semula jadi. Menurut satu kajian oleh Suruhanjaya Makanan London, sebiji burger boleh mengandungi dua hingga tiga gram garam.

Gula
Kebanyakan makanan segera amat manis. Bahan pemanis berkalori rendah aspartam, pernah dilaporkan membawa kesan sampingan mudarat
kepada pengguna. Tetapi pemerhatian berterusan pihak Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat selama lebih sepuluh tahun gagal memperoleh bukti kukuh tentang kesan bahaya bahan ini. Demikian juga halnya dengan sesetengah aditif makanan yang dicampurkan ke dalam makanan ringan untuk kanak-kanak dan remaja.

Serat
Serat terkandung di dalam buah-.buahan, sayur-sayuran, bijirin dan kekacang yang memainkan peranan penting di dalam perut. Sesetengah serat melegakan sembelit atau baik dalam penyerapan kolesterol, dengan itu membantu mengurangkan kolesterol di dalam darah. la juga membantu mencegah penyakit jantung dan sesetengah kanser terutamanya usus. Makanan segera begitu banyak diproses dan ia hampir tidak mengandungi serat. Serat tidak terdapat di dalam burger ikan dan ayam. Ban biasanya kurang serat, jika ia berwarna putih dan manis. Hanya ban yang mengandungi kepingan-kepingan salad sahaja yang mengandungi sedikit serat.

Vitamin dan zat galian
Jangan terpedaya dengan dakwaan tentang vitamin dan zat galian di dalam makanan segera. Memang benar bahan-bahan itu terdapat di dalamnya tetapi tidak mencukupi memandangkan sejumlah besar lemak, garam dan kalori anda makan pada masa yang sama. Terdapat sedikit zat besi di dalam burger, kalsium di dalam keju dan susu, vitamin C di dalam kentang goreng. Namun, kandungan semua zat pemakanan ini tidak mencukupi dan terlalu sedikit.

Kesimpulannya, makanan segera bukanlah pilihan makanan yang terbaik kerana kandungannya yang tidak berkhasiat. Sebaliknya, kita semua digalakkan memakan makanan yang segar seperti buah-buahan dan sayur-sayuran yang tidak dimasak lama. Ini lebih menyihatkan dan baik untuk kesihatan manusia dalam jangka masa yang panjang.

wallahu a'lam...

10 Sumber Makanan Untuk Meredakan Stress




Otak yang tenang dapat diatasai dengan beberapa jenis makanan yang boleh membantu masalah tekanan supaya menjadi lebih efektif.

Ayam bakar dan daging yang membekalkan protein yang baik terhadap tubuh badan. sejumlah 200 gram akan membantu otak menghasilkan doparnin dan norepinefrin, iaitu sebatian kimia semula jadi di dalam otak yang akan mengekalkan kewarasan anda, demikian menurut Judith Wurtman, penulis buku The Serotonin Power Diet,daging mengandungi lemak yang juga mengandungi vitamin B, zat besi yang dapat membantu mengurangkan stress

Kacang badam sangat lazat dan mempunyai khasiat antistress luar biasa yang dilengkapi vitamin B2, vitamin E dan magnesium yang membantu menenangkan dan mengendalikan emosi dengan baik, manakala vitamin E yang terkandung di dalamnya kaya dengan antioksidan yang boleh menghalang radikal bebas menjadi penyebab stress, sekali gus melawan penyakit jangtung. Makan segenggam badam setiap hari sudah mencukupi untuk mengekalkan kesihatan dan mengawal stres anda.

Bertih jagung juga dapat membantu menghindari perasaan gelisah sehingga menyebabkan tidur terganggu.Pilihlah makanan seperti bertih jagung kerana karbohidrat akan membuat badan kita melepaskan serotonin, iaitu sebatian kimia didalam otak yang menyebabkan kita berasa lebih tenang.

Penggemar-penggemar makanan Jepun seperti ‘sushi’ tentunya bakal mendapat manfaat kerana rumpai laut mempunyai khasiat mirip ikan yang terdapat di dalam campuran sushi. Asid pantothenic yang terdapat di dalamnya penting bagi kelenjar adrenalin yang memainkan peranan penting bagi pengurusan stres tubuh. Kekurangan asid ini boleh menyebabkan jangkitan lelah dan rasa gelisah yang berlebihan.

Coklat membantu anda menenangkan emosi. Coklat dipenuhi dengan nadamin dan feniletilamin yang membantu saraf dan membuat perasaan lebih tenang dan gembira. Nanas dan buah beri mempunyai antioksidan yang banyak membantu anda melawan radikal bebas menghasilkan memori segar dan kuat. Ini kerana "otak menyerap lebih banyak oksigen, maka antioksidan akan membantu mengurangkan kerosakan otak disebabkan oksidan yang ada.

Hampir kesemua jenis ikan mengandungi vitamin B lengkap, terutama B6, dan B12 yang diketahui amat penting bagi meredakan stres. Kekurangan vitamin B12 boleh menyebabkan depresi. Selain itu, makanan yang kaya dengan omega 3 seperti ikan salmon, boleh melindungi diri daripada penyakit jantung.

Sayuran hijau seperti brokoli, kangkung dan sayuran lain yang berwarna hijau tua merupakan sayuran yang amat bermanfaat untuk menurunkan stres. Ini kerana, kandungan vitaminnya yang begitu banyak dapat dijadikan sebagai sumber tenaga tubuh yang semakin berkurangan ketika fikiran dalam keadaan tertekan.

Roti, nasi putih atau kuih-muih boleh mengenyangkan, tetapi setelah menikmatinya anda akan berasa mengantuk dan tak kurang boleh menyebabkan anda lebih berisi dan gemuk. Namun, gandum memberi kesan yang lain, Iaitu boleh mengenyangkan sekali gus dapat mengendalikan stres dalam jangka waktu yang lama.

Sebelum mengambil susu, carilah jenis susu yang paling sesuai dengan keperluan anda. Apa yang penting, minuman ini mengandungi antioksidan yang dapat menghancurkan radikal bebas yang menjadi punca stres. Minumlah susu pada waktu pagi atau malam ( sebelum anda tidur)

Binatang Yang Dijadikan Perisik Tentera

Seekor burung pemakan bangkai baru-baru ini "ditangkap" di Arab Saudi, dituduh sebagai perisik untuk agen asing Mossad Israel inteligen. Meskipun mungkin nampak seperti kejadian biasa, burung nasar ini hanyalah salah satu dari banyak binatang yang telah dituduh sebagai perisik.

Dari serangga sehingga ke tupai, binatang telah dituduh berbagai bentuk penyamar selama bertahun-tahun. Seiring perkembangan teknologi, nampaknya kecenderungan ini akan terus meningkat.

Apakah tuduhan ini hanya ketakutan tak beralasan atau kebenaran yang aneh ?, kami telah menyenaraikan binatang yang digunakan sebagai perisik yang unik dan aneh.

1. Burung nasar




Arab Saudi baru-baru ini menuduh burung nasar sebagai perisik setelah ditemui membawa gelang pemancar di kaki yang dipasang pensyarah Universiti Israel. Para pengkaji memberitahu bahawa penandaan itu digunakan untuk mendapatkan pola migrasi.


2. Kucing




Pada tahun 1960-an, CIA dilaporkan melakukan pembedahan untuk memasukkan mikrofon dan pemancar ke dalam seekor kucing, projek ini dipanggil "Acoustic Kitty." Mantan petugas CIA Victor Marchetti memberitahu akhbar The Telegraph tentang projek itu "dengan membedah kucing, memasukkan bateri ke dalam dirinya, kabel . Ekor digunakan sebagai antena, Mereka membuat suatu keburukan.. " Kucing kabel pertama , menurut Guardian, dilepas untuk menjadi perisik dan dengan hanya beberapa langkah menuju sasaran sebelum kucing dilanggar teksi. Lalu CIA menyimpulkan bahawa projek ini tidak praktikal untuk mengumpulkan data - data inteligen.

3.Tupai




Polis Iran dilaporkan menangkap 14 tupai di atas dipercayai dijadikan perisik pada tahun 2007.Menurut Mental Floss, badan inteligen asing menemui tupai telah dilengkapi dengan peralatan untuk merisik.

" Sementara itu, sumber Luar Negeri melaporkan kepada Sky News bahawa "cerita ini adalah samar."

4. Merpati




Iran mengesahkan telah menemui "perisik merpati" berhampiran kawasan operasi nuklearnya pada tahun 2008.Tuduhan ini bukanlah yang pertama. Menurut Wired, merpati pembawa kamera mungkin telah ada sejak tahun 1903, ketika seorang jurutera Jerman membuat eksperimen dengan idea tersebut. Merpati telah memainkan peranan yang begitu penting dalam masa perang. Seekor merpati Cher Ami, memenangi anugerah kerana menyelamatkan nyawa tentera AS semasa Perang Dunia I.


Dalam Dunia Perang Dunia ke-II, Inggeris menggunakan dua ekor helang dari luar negeri untuk menangkap merpati perisik dari Jerman, dan beberapa kejayaan telah dilaporkan.

5.Singa Laut dan Lumba-Lumba




Angkatan Laut AS telah melatih singa laut dan lumba-lumba untuk program Marine Mammal. Nampaknya tentera mendapat ilham latihan "Navy Seal," tetapi lebih memilih binatang ini kerana kemampuan mendengar dan melihat di bawah air dengan cahaya rendah. Jadi, mamalia telah dilatih untuk membawa kamera malah bertindak di bawah air. Kumpulan pencinta haiwan kurang bersetuju menggunakan binatang ini dalam pertempuran. "Perang adalah untuk manusia semasa orang-orang dan parti politik dapat memutuskan perang diperlukan, haiwan tidak boleh," kata Dawn Carr kepada BBC.

6.Helang




Helang dicurigai menjadi perisik setelah sebuah jabatan di India menemui burung membawa apa yang nampak seperti kelengkapan untuk pengawasan berteknologi tinggi. Menurut BBC, India awalnya megesyaki helang itu perisik dari Pakistan, seorang polis senior menjelaskan, dia menyatakan bahawa burung-burung itu hanya digunakan untuk membantu dengan ekspedisi berburu. Dengan kata lain, kelompok helang ini memang merisik tetapi merisik burung lain, bukan orang.

7. Serangga




Para ilmuwan dilaporkan melakukan eksperimen terhadap serangga untuk merisik. Telegraph menjelaskan bahawa elektroda, bateri, dan kamera video dipasang kepada serangga. US Defense Advanced Research Projects Agency (DARPA) dapat memasukkan otak dengan pemancar ke dalam ngengat dan kumbang semasa masih kepompong. Perkara ini diyakini bahawa makhluk yang secara alami akan menggabungkan bergabung dalam tubuh serangga ketika membesar.

8. Ayam



Mungkin boleh dinamakan operasi "KFC," adalah singkatan dari Kuwait Field Chicken, semasa tentera AS merancang untuk menggunakan ayam semasa pertempuran, lapor BBC Rancangannya adalah ayam akan digunakan untuk mengesan gas beracun, tapi 41 ekor mati kerana penyakit di Teluk seminggu setelah sampai.

Kenapa komputer hang?



Kenapa komputer hang?

Banyak puncanya seperti perkara-perkara yang disebut di atas;

1. Hardware conflict – mungkin tidak diinstall dengan baik

2. RAM

3. BIOS – pergi ke web pembuat BIOS komputer dan update

4. Hardisk – jarang membuat degrag. Jangan lupa membuat disk clean up sebaiknya sebulan sekali

5. Fatal OE exception – VGA card yang tidak support

6. Virus – kadang-kadang virus yang membuat komputer kita hang. Oleh itu gunakan anti virus yang dan sentiasa update selalu dengan real time protection

7. Printer. Kadang-kadang semasa kita mau print file yang besar, sering membuat pc kita hang. Hal ini disebabkan kerana setiap kita hendak print, dokumen PC mengirimkan file tersebut ke memori yang ada di printer. Printer tuh cuma punya memori yang kecil. Kalau hal ini terjadi cabut dahulu kabel printer yang menyambungkan ke pc, kemudian offkan printer dan tekan butang reset pada printer.

8. Software. Masalah yang sering membuatkan komputer hang. Sebelum install sesuatu software check dulu apakah dia support dengan sistem operasi pc kita

9. Terlalu panas. Sering terjadi hardware tidak bekerja karena terlalu panas, tambahkan kipas lebih banyak lagi atau untuk laptop pasang cool keypad atau swith off dahulu PC mu dan minum kopi dulu (hi..hi..hi..)

10. Power Supply. Supply elektrik yang kurang juga dapat membuat PC jadi kurang berfungsi dengan baik. Sesuaikan daya pada Power Supply dengan keperluan elektrik dari PC itu sendiri

Kenapa Komputer Anda Lambat.?




Komputer slowww?? tentu segala sesuatunya membuat kita tension. Terutama semasa kita ingin membuat kerja-kerja yang urgent. Apa yang menjadi penyebab komputer kita lambat ? apakah masalahnya yang sering menjadi penyebabnya adalah diri kita sendiri yang lupa tidak membersihkan file-file sampah yang sudah tidak terpakai, baik yang berupa temporary file maupun yang ada di Recycle Bin. Namun jika kita sudah melakukan pembersihan tetapi komputer kita masih lambat bagaimana? Mungkin ada penyebab lain yang menjadi penyebabnya ?

1. Terlalu banyak aplikasi yang terinstall. Jika ingin install software sebaiknya yang penting dan diperlukan saja, jangan terlalu banyak menginstall software yang tidak digunakan. Hal ini secara otomatik akan mengambil resource/space komputersehingga pada akhirnya akan mengganggu kerja komputer itu sendiri. Jika sudah terlanjur terinstall, Anda dapat menghapusnya dengan cara meng-un-install aplikasi tersebut dari komputer

2. Banyak file sampah. Ini mungkin yang sering dilupakan, banyak orang yang tidak mengetahui file-file sampah yang seharusnya dibuang, diantara file-file sampah adalah :

* File pada Recycle Bin, ketika kita menghapus file yang tidak digunakan, maka akan secara otomatik akan tersimpan di Recycle Bin (sebenarnya belum terhapus) dan masih mengambil space harddisk. Pastikan Anda memilih file-file yang memang sudah tidak digunakan lagi, karena jika kita mengosongkan file pada Recycle bin maka akan terhapus secara permanent tetapi ada software tertentu yang boleh digunakan untuk recover semula fail tersebut

* File Cookies dan File History, file ini akan selalu muncul ketika sedang melakukan browsing internet. Anda boleh menghapus file ini dalam Internet Option pada masing-masing browser

* Ada beberapa aplikasi yang secara otomatik menyimpan file backup seperti file backup (*.bak), temporary (*.tmp), dll. Jadi ketika kita menyimpan sebuah file, maka file lama akan tetap ada dengan format yang berbeza iaitu file *.bak atau file *.tmp. Bersihkan file-file ganda yang tidak digunakan, bisa juga menggunakan software Disk Cleanup

- Dicadangkan menggunakan software CC Cleaner

3. Di Start Up banyak aplikasi yang berjalan. Beberapa software ketika pertama kali di-install menyediakan pilihan diataranya icon ditambahkan pada Desktop, Taskbar, dan Quick Launch. Memang secara spontan akan memudahkan kita menjalankan program tersebut kerana tinggal mengklik icon-nya saja, namun sebenarnya menjadi beban komputer karena harus menyediakan memory tersendiri.

Hal ini akan memperlambatkan kerja komputer. Aturlah beberapa aplikasi yang memang diperlukan dengan cara mengatur konfigurasi. Klik Start- Run, ketikkan “msconfig”, nonaktifkan aplikasi yang tidak diperlukan pada tab Startup

4. Tidak membuat rutin Scandisk dan Defrag. Komputer yang sering digunakan juga perlu penyegaran, salah satunya adalah melakukan scandisk dan defragmentag secara rutin minima satu bulan sekali. Hal ini merupakan benda mudah namun sering dilupakan banyak orang

5. ‘Perfomance option’ yang tidak tepat. Bagi pengguna Windows, sebaiknya melihat hal ini agar perfomance kerja komputer lebih cepat. Windows XP menyediakan dua pilihan yaitu “Adjust for best appereance” dan “Adjust for best performance”

Jika memilih Adjust for best appereance maka akan lebih mengutamakan penampilan sehingga prestasi komputer akan memerlukan memory yang lebih, hal ini berpengaruh pada perfomance komputer. Adjust for best performance maka akan lebih mengutamakan perfomance komputer dibandingkan penampilan sehingga penampilan Windows akan nampak seperti biasa tanpa efek bayangan ataupun bersinar

6. Kesalahan Shutdown. Komputer yang sangat lambat bekerja membuat kita tension dibuatnya, makin hari makin lambat saja. Terkadang komputer ‘hang’ secara mendadak ketika sedang asyik bekerja. Secara emosinya, biasanya kita langsung menggunakan jurus jari sakti dengan menekan tombol power atau tombol reset.

Hal ini kononnya kerana kita tidak boleh mematikan komputer melalui proses Shutdown karena semua tombol keyboard dan mouse tidak berfungsi.

Apabila Anda sering melakukan hal ini, lama-lama bisa mengakibatkan sistem operasi tidak berjalan secara normal, dan terjadi bad sector pada harddisk, seram kan? Hal ini akan memperparah keadaan karena file-file sistem yang ada pada bad sector tidak dapat terbaca, sehingga komputer sering mengalami hang.

Tips Hilangkan Rasa Sunyi Di Hati




Bila bersendirian hati sering dilanda sunyi dan sayu, bahkan tidak keruan jadinya. Sepi barangkali menghantui diri apabila terkenangkan seseorang yang pernah menghuni di hati.

Khusus untuk kekasih, isteri atau suami yang baru ditinggalkan atau yang masih membujang, kesepian itu sering mengundang perasaan bukan-bukan.

Puas melakukan sesuatu diharap mampu melupakan hal menyakitkan, pedih yang masih bersisa di ulu hati dan 1,001 gelodak di jiwa ada kalanya membuatkan diri hilang fokus dalam pelbagai perkara.

Jika masih sukar menepis rasa sepi, cuba kaji diri untuk melakukan perkara berikut:

Maha Pencipta

Kembalilah kepada Pencipta. Mohonlah petunjuk daripada-Nya supaya perkara lalu itu dapat mematangkan diri. Kita juga lebih berhati-hati dalam menjalani hidup ini dengan lebih tabah dan kuat.

Ingatlah setiap kejadian yang Tuhan cipta mesti bersebab dan jadikan ia sebagai kayu pengukur keimanan kita terhadap-Nya.

Perbaiki diri

Jangan sesekali anda berubah kerana ingin memenuhi tuntutan bekas kekasih, tetapi apa yang wajar dilakukan adalah memperbaiki diri daripada pelbagai aspek misalnya kerjaya dan kewangan serta bina keyakinan diri yang mantap demi masa depan lebih stabil.

Ketahuilah apabila anda sudah takluki semua perkara yang dinyatakan dengan keadaan yang baik, di situ juga anda mungkin akan mudah dikelilingi ramai teman wanita atau lelaki yang suka mengambil kesempatan ke atas diri anda. Awas!

Bercuti

Semasa berpasangan, percutian biasanya perkara yang agak merumitkan. Untuk bercuti bersama, terdapat pelbagai perkara yang perlu diambil kira seperti cuti tahunan, pakaian pasangan, perbelanjaan dan destinasi.

Semua ini harus menepati cita rasa anda, pasangan dan anak. Lazimnya, hanya beberapa hari saja dalam setahun yang sesuai untuk anda berdua atau anak. Namun, ketahuilah ketika anda berseorangan, bila-bila masa saja anda boleh pergi bercuti tanpa perlu merujuk sesiapa.

Jumpa kawan

Seperti kebanyakan lelaki atau wanita, apabila bercinta mereka akan meninggalkan kawan rapat. Bukan lupa, tetapi tidak cukup masa sebenarnya. Sekarang waktu paling sesuai untuk anda mengambil peluang ini menggamit kembali saat bebas ketika bersama mereka.

Sudah pasti anda tidak akan dikecewakan malah anda juga akan mendapat layanan mesra daripada mereka kerana mereka sudah lama tidak bersua muka dengan anda. Tidak percaya? Cubalah!

Bersenam

Ketika bercinta, tengok wayang, membeli-belah, jalan-jalan, minum dan makan malam itu antara sebahagian besar yang memenuhi diari kehidupan lalu. Namun, ketahuilah perkara yang lepas mungkin tidak akan sama dengan perkara yang sedang anda alami ketika ini.

Apa kata anda lakukan senaman? Ketahuilah ini masanya anda membuang toksik dan lemak yang sudah lama terkumpul di dalam badan.

Aktiviti riadah juga memungkinkan anda berpeluang bertemu dengan wanita atau lelaki yang lebih baik.

Kembali nakal

Zaman kanak-kanak adalah saat yang paling indah dan menyeronokkan. Bagi orang dewasa yang sudah melupakan zaman kanak-kanak, kebiasaannya mereka tidak ceria dan tidak mempunyai nilai jenaka.

Sesetengah wanita pula tidak suka lelaki yang nakal kerana rasa dirinya tercabar. Sebab itu ramai lelaki biasanya cuba mengawal perasaan mereka dan bersifat kaku seketika apabila bersama teman wanita.

Apabila kembali solo, peluang untuk anda melakukan aktiviti sewaktu bujang dulu boleh dilakukan. Bagi wanita, apabila keadaan emosi sudah stabil kembali, kebanyakan mereka suka membeli-belah.

Bermesra bersama keluarga

Hubungan dengan keluarga biasanya tidak seerat dulu lebih-lebih lagi apabila kita sudah berumah tangga atau bersama kekasih.

Keluarga pula mula jatuh pada ranking kedua manakala pasangan diberi lebih tumpuan. Ketahui masa yang anda miliki ini elok digunakan sepenuhnya untuk mengeratkan hubungan anda dan keluarga.

Terokai dunia baru

Elak daripada melakukan aktiviti yang tidak membuka minda. Sebaliknya, terokai dunia baru yang lebih mendamaikan dan bermakna.

Sukarela

Untuk mengurangkan rasa bosan, kunjungi rumah anak yatim, orang tua atau pusat pemulihan untuk melakukan kerja sukarela.

Tempat sebegini biasanya mampu membuka dimensi baru dalam pemikiran. Malah anda akan sedar, masalah anda sebenarnya jauh lebih kecil daripada masalah mereka.

Pandang ke hadapan

Buang memori bekas pasangan anda jauh daripada fikiran. Berikan perhatian pada apa yang akan berlaku kemudian misalnya bersama bakal kekasih. Capai angan-angan dengan usaha gigih bersama keyakinan diri yang tinggi

50 Tahun Kita Tertidur..??




1 hari 24 jam
Satu TAHUN ?
12 Bulan
52 Minggu
365 Hari
8760 Jam
525600 Minit
31536000 Detik

Distribusi normal manusia meninggal dunia (tahun)
<> 70th
60th – 70th
(65th)
Chart
Kebanyakan manusia meninggal dunia antara usia 60 thn-70thn (majoriti) Puratanya manusia meninggal ± 65 th
“Baligh: Start untuk seseorang di perhitungkan amal baik atau buruknya selama hidup di dunia”
Laki-laki Baligh ± 15 tahun
Wanita Baligh ± 12 tahun
Usia Yang ada untuk kita beribadah kepada-Nya, puratanya:

Mati – Baligh = Baki Usia, :~ 65 – 15 = 50 tahun

50 tahun digunakan untuk apa?

Catatan:

50 tahun=18250 hari=458000 jam
12 jam siang hari
12 jam malam hari
24 jam satu hari satu malam

Gambaran kasarnya:
Mari kita muhasabah bersama….. ….!

Waktu kita tidur ± 8 jam/hari ;
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai tidur 18250 hari x 8 jam=46000 jam=6 tahun 7 bulan; dibulatkan jadi 17 tahun
Logiknya: Alangkah sayangnya waktu 17 tahun habis di gunakan untuk tidur, padahal kita akan tertidur dari dunia untuk selamanya… …

Waktu aktiviti kita di siang hari ± 12 jam
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai untuk aktiviti:
18250 hari x 12 jam = 19000 jam = 5 tahun
Aktiviti disiang hari: Ada yang bekerja, atau bercinta, ada yang belajar atau mengajar, ada yang sekolah atau kuliah, ada yang makan sambil jalan-jalan, dan banyak lagi.

Waktu rehat ± 4 jam
Dalam 50 tahun waktu yang dipakai untuk rehat 18250 hari x 4 jam = 3000 jam = tahun
Rehat: menonton tv, atau mungkin dihabiskan termenung di buai khayalan…. …

17 tahun + 25 tahun + 8 tahun = 50 tahun

Lalu Bila Nak Beribadah???
Padahal Allah ada berfirman yang bermaksud; “Tidak KUciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKU”.
Maut datang menjemput tak pernah bersahut,
Malaikat datang menuntut untuk merenggut,
Manusia tak kuasa untuk berkata-kata,
Allah Maha Kuasa atas syurga dan Neraka,
Terimalah habuanmu seadanya..
Memang benar!!! Menuntut ilmu itu ibadah, kalau niatnya untuk ibadah, tetapi kebanyakannya belajar agar mudah mencari pekerjaan. Sekiranya belajar itu tidak membantu menambah pendapatan kita, kita tidak akan belajar…
Memang benar!!! Bekerja cari nafkah itu ibadah, tapi bekerja yang bagaimana? Ramai orang bekerja untuk hidup bermewah-mewahan dan amat kurang sedekahnya.
” Jarang ada yang menolak untuk dipuji dan dipuja tatkala berjaya “

Lalu Bila Nak Beribadah???
Oh! mungkin solat 5 waktu itu dianggap sudah mencukupi… !
Karena kita fikir; solat wajib besar pahalanya, solat amalan pertama yang dihisab, solat jalan untuk membuka pintu syurga…
Benarkah solat kita itu mencukupi dan diterima !!?

Berapa banyak solat kita dalam 50 tahun???
1 solat = 10 minit ….. 5x solat = 1 jam
Dalam waktu 50 tahun waktu yang terpakai utk solat =8250 hari x I jam 250 jam= tahun

Kesimpulan: waktu yang kita manfaatkan dalam 50 tahun di dunia cuma 2 tahun untuk solat (ini kalau yg solat 10minit! Kalau solat macam ayam patuk tanah..amacam? ) 2 tahun dari 50 tahun kesempatan kita….itupun belum tentu solat kita bermakna berpahala dan di terima.
Dan sekiranya pahala solat kita selama 2 tahun tidak sebanding dengan perbuatan dosa-dosa kita selama 50 tahun; dalam percakapan kita yang selalu dusta, baik yang sengaja ataupun tidak, dalam pertuturan kita yang sering mengguris orang tua kita, dalam harta kekayaan kita yang selalu kedekut terhadap orang faqir, dalam setiap perbuatan kita yang selalu bergelumang dosa…

Logiknya:
Bukan satu yang mustahil kita umat akhir zaman akan berhamburan di neraka untuk mendapatkan balasan kelalaian… ………
Terlalu banyak masa yang terbuang percuma selama manusia hidup di dunia dan semuanya itu akan menjadi bencana….. …….

Penyelesaian:
Tiada kata terlambat walaupun waktu berlalu cepat, isilah ia dengan sesuatu yang bermanfaat!! !!!!!
Ingatlah negeri kita…Akhirat

Pelbagai Kegunaan Cuka




Cuka sering digunakan sebagai penambah rasa masam dalam masakan dan menghilangkan bau hamis. Selain itu juga ia boleh digunakan sebagai pembersih atau pencuci yang berkesan untuk menghapuskan bakteria berikutan paras asid yang terkandung di dalamnya. Membersih menggunakan cuka adalah kaedah bijak untuk mengelak penggunaan bahan kimia selain ia mesra alam dan menjimatkan. Terdapat beberapa kegunaan cuka sebagai bahan pencuci yang hendak dikongsikan bersama dengan para pembaca:

1. Buat sendiri bahan pencuci dengan mencampurkan 1/4 cawan soda bikarbonat, 1 sudu cecair pencuci dan cuka. Bersihkan permukaan dapur menggunakan bahan tersebut.

2. Bersih dan harumkan tong sampah dengan campuran 1/2 cawan soda bikarbonat dan cuka. Biarkan selama lima minit dan curahkan air panas.

3. Bersihkan ketuhar gelombang dengan campuran 1/2 cawan cuka dan 1/2 cawan air. Didihkan campuran tersebut dalam ketuhar gelombang, memudahkan kekotoran yang melekat tanggal dan menghilangkan bau.

4. Hilangkan kesan kopi pada cawan. Caranya gosok garam atau soda bikarbonat bersama cuka pada cawan tersebut dan bilas bersih. Hilangkan kesan hitam pada teko aluminium dengan didihkan campuran 1 cawan cuka dan 1 cawan air panas. Gunakan semburan cuka untuk elak semut di kawasan luar rumah terutama berhampiran jajaran pintu dan tingkap.

5. Hilangkan bau akibat makanan lama dalam peti sejuk. Mula-mula bersihkan bahagian yang berkenaan dengan sabun dan air. Sembur di bahagian permulaan dengan cuka dan lap dengan kain. Isi soda bikarbonat dalam bekas dan letak di dalam peti sejuk. Biarkan beberapa hari.

6. Harumkan tandas anda dengan memasukkan tiga cawan cuka ke dalam mangkuk tandas kira-kira setengah jam, kemudian pam tandas.

7. Untuk menjadikan mangkuk tandas bersinar, tuangkan secawan atau lebih cuka yang dicampur air, biarkan beberapa jam atau semalaman, bersihkan menggunakan berus tandas dan bilas.

8. Tanda pada permaidani boleh dihilangkan dengan campiran dua sudu cuka dan 1/4 cawan garam atau soda bikarbonat. Gosok bahan tersebut pada kesan kotoran dan keringkan.

Saya Mahu Berubah, Tapi Saya Tidak Tahu Bagaimana.




'Saya nak berubah jadi baik'

'Saya tahu. Semua orang nak jadi baik'

'Tapi saya tak tahu bagaimana dan dari mana saya harus mula...'

'Dari saat ini. Sekaranglah'.

'Susah'

'Susah kerana kamu tak tahu caranya'

'Habis tu, bagaimana?'

Begini...

Sebab Apa Perlu Berbaik-baik Dengan Allah.
Pertama sekali, kita perlu tahu sebab apa kita perlu menjadi manusia yang baik di sisi Allah. Ini ialah perkara yang paling asas, iaitu mengenali siapa itu Allah.

"Aku dah baik. Buktinya, aku selalu bersedekah. Aku selalu beri makan orang miskin. Aku selalu buat rumah terbuka. Pendek kata, aku memang selalu tolong orang tak kiralah dia miskin atau kaya pun. Aku sudah cukup baik".

Syaitan telah berjaya mengelirukan kita. Kita tersalah faham tentang konsep 'baik' itu.

Baik kepada Allah, barulah baik kepada manusia


Selepas kita mati, lain hal nya. Dimana anak-anak kita? isteri-isteri kita? atau orang-orang yang pernah makan budi kita? Dimana mereka?

Mereka hanya ada saat kita dikuburkan. Selepas itu, mereka pulang. Siapa yang akan membantu kita saat itu?

Tiada sesiapa, selain Allah semata-mata. Maka, percayalah cakap saya. Kita memerlukan Allah. Kita sangat-sangat memerlukan Dia. Kita perlu jadi baik di mata Allah, barulah Allah akan berbaik dengan kita.

Maka, jelas. Kita perlu jadi baik kerana kita mengharapkan Allah. Kita perlu baik kerana kita tidak mahu dimurkai oleh Allah di akhirat kelak.

Beginilah. Kita perlu tahu bahawa agama ialah seumpama oksigen. Kita memerlukan ia. Kita boleh memilih untuk bernafas atau tidak, tapi kita tahu kesudahannya. Sama halnya. Kita boleh memilih samada mahu berbaik-baik ataupun menyombong dengan Allah. Tapi, pesan saya, jangan terjerit-jerit pula nanti...

Atas Dasar Apa Kita Perlu Berubah?

Saya selalu jumpa, manusia berubah kerana 'semangat'. Maknanya, dia datang surau, belajar agama, tapi tidak ikhlas. Dia datang, kerana ajakan kawan-kawan. Lalu, kerana niat yang 'tidak berapa murni' ini, mereka akan mudah futur, jemu, putus asa dan terus kembali kedalam 'kegelapan'.

Kerana itulah, saya lebih suka jika manusia berubah sedikit demi sedikit. Dan saya juga suka kepada dakwah yang 'slow and steady'. Seorang saudara pernah berkata, 'manusia yang berubah jadi baik sekelip mata, berkemungkinan besar akan berubah menjadi jahat balik dengan sekelip mata juga'.

Saya setuju walaupun bukan 100% kerana terlalu banyak buktinya. Berubahlah kerana Allah.

Pesan Saya.

Saya tidak salahkan anda kerana dosa yang anda lakukan (jika ada). Tapi saya akan salahkan anda, jika anda tiada niat mahu berhenti dan tiada usaha untuk mencapai matlamat berhenti itu. Saya akan sungguh-sungguh salahkan anda!

Berubah jadi baik itu sukar, tidak dinafikan. Tapi kita tetap perlu berubah. Saya sendiri sudah banyak 'dilukakan' kerana mahu 'keluar' dari jalan itu. Tapi percaya cakap saya, ia sangat-sangat berbaloi. Sangat berbaloi untuk 'sakit' sebentar, kerana bahagia yang menanti tidak berpenghujung.

Trust me. Percayalah cakap saya ini.

Kata-kata orang yang paling bijak di dunia ini ialah 'aku mahu berubah'.

Dan kamu pasti akan mendapati saya akan menyokong perubahan kamu, setiap saat.

Kesimpulan

Berubah sikit-sikit. Take time. Jangan lupa kisah pembunuh yang membunuh 100 orang yang mati dalam perjalanan mahu bertaubah lalu masuk syurga. Dia belum bertaubat lagi, cuma sedang berusaha bertaubat dan dia tak sempat pun. Tapi Allah ampunkan dia.

Jika Allah pun ampunkan orang yang berdosa, apa hak saya untuk benci kepada orang yang berdosa.

Saya sayang anda, kerana itulah saya mahu ajak anda semua sama-sama berubah. Kita impikan hidup yang lebih baik. Biar hidup kita tidak mewah, asalkan Allah sayang kita dan manusia beriman sayang kita. Itulah kebahagiaan sebenar...

Nota Penting

Jangan bertangguh-tangguh untuk berubah. Jangan beralasan nak tunggu jadi ikhlas (konon-kononnya), sebab kalau kita nak tunggu ikhlas, sampai mati pun kita tidak akan berubah. Percaya cakap saya. Ikhlas ini hanya akan datang SELEPAS kita berubah. Ikhlas ialah step 2 manakala step 1 ialah berubah. Kita tak akan mampu untuk skip the steps.

5 Sebab Mengapa Pelajar Mengantuk Di Kelas?



Sebut sahaja ceramah, semua akan mengantuk. Benar? Ya, saya percaya anda semua turut mengalaminya. Bukan saya seorang, bukan kepada ibu-ibu, tidak hanya golongan remaja bahkan semua di dunia ini pasti mengalami.

Bagi yang sedang berada di alam persekolahan atau pun universiti, suasana di dalam kelas dan dewan kuliah sudah tentu membuatkan anda semua mengantuk, terutama ketika guru dan pensyarah sedang mengajar. Mengapa boleh jadi begini?

Kali ini, saya akan bawakan 5 sebab utama mengapa pelajar-pelajar mengantuk di dalam kelas.

Tiada Persediaan

Ya, ramai di kalangan pelajar tidak kira di alam persekolahan atau pun ketika di alam universiti yang tidak membuat persediaan yang cukup sebelum ke kelas. Apabila anda tidak membaca dahulu apa yang akan diajar oleh guru dan pensyarah pada hari tersebut, anda akan cepat hilang tumpuan. Yalah, apa yang diajar oleh guru anda tidak pernah pun tahu. Bagaimana mahu rasa seronok? Macamana ingin merasa mudah ketika guru mengajar? Justeru, pastikan anda membaca dahulu apa yang akan disampaikan oleh guru atau pensyarah pada hari tersebut sebelum ke kelas.

Kurang Tidur

Ramai yang beranggapan bahawa, tidur lewat adalah jalan penyelesaian terbaik untuk score di dalam peperiksaan. Ya, benar. Ramai orang berjaya yang berbuat demikian. Tidur lewat untuk mengulangkaji pelajaran. Tapi lebih ramai orang berjaya yang tidak mengamalkan kaedah sedemikian. Apabila anda tidur lewat, anda akan mengantuk di dalam kelas. Dan apa yang cikgu dan pensyarah ajar anda akan kurang faham. Justeru mengapa tidur lewat?

Tidak Fokus

Percayakah anda kalau saya katakan bahawa lebih separuh peratus pelajar-pelajar yang tidak memberikan perhatian ketika guru atau pensyarah mengajar di kelas. Kelas dan dewan kuliah bukan tempat untuk anda berangan atau membiarkan fikiran anda bebas menanar ke mana-mana. Pensyarah, guru perasan kalau anda berangan. Pensyarah nampak. Justeru, sebelum ke kelas, ikhlaskan hati. Betulkan semula niat. Ya, aku hendak ke kelas untuk mengutip seberapa banyak ilmu. Buat begitu, insyaAllah segala yang diajar akan lekat di minda.

Kurang Minat

Mengapa tidak minat? Bosan? Kalau anda ingin berjaya, anda harus minat. Ya, anda wajib untuk menyukai setiap pelajaran dan subjek yang anda ambil. Apa guna anda belajar subjek berkenaan jika anda sendiri tidak minat subjek itu. Ingat, sesuatu yang sukar itu seringkali bermula dengan yang sukar-sukar. Kuatkan hati, tanamkan azam yang jitu. Tambahkan minat terhadap mata pelajaran yang kurang diminati. Lakukanlah apa sahaja untuk memastikan anda minat dan seronok terhadap tajuk dan subjek berkenaan.

Fizikal dan Mental

Ya, kekadang itu kita tidak sedar bahawa mental dan fizikal kita juga perlu rehat yang mencukupi. Dapatkah anda bayangkan sebuah kereta yang bergerak 24 jam tanpa henti dan ia terus bergerak lagi untuk 24 jam yang seterusnya tanpa henti. Apa akan terjadi? Ya, begitu juga tubuh kita. Manusia bukannya robot. Robot juga kalau tidak digunakan dengan sebaiknya akan rosak. Justeru, pastikan anda mendapat rehat yang secukupnya. Rehat fizikal, rehat juga minda. Buanglah segala masalah yang sedang melanda dan mengusutkan anda. Semoga anda menjadi manusia paling berjaya!

Sabtu, 25 Jun 2011

Mukjizat Mawar Merah






Gambar ini diambil oleh Satelit IKONOS milik Space Imaging Inc. Amerika Syarikat.

Amerika Syarikat 'mengintai' kota Mekkah dan sekitarnya. Ternyata Kompleks Masjidil Haram nampak lebih bersinar dibanding bangunan-bangunan lain di sekelilingnya. Adakah ini merupakan bukti dari janji Allah dalam Surah Ar-Rahman 37 dan Al-Fushilat. Subhanallah.

Kita melihatnya kini apa yang telah diucapkan 1400 tahun lalu oleh Nabi Muhammad SAW, firman Allah dalam Al-Quran Surah Ar-Rahman 37:

"Maka apabila langit telah terbelah dan menjadi MAWAR MERAH seperti(kilapan) minyak. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?" [QS. Ar-Rahman55:37-38]

Subhanallah, Maha Suci Tuhanku dan sungguh benar Muhammad adalah Rasul-Mu! Sungguh benarlah firman-MU:

"Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segala wilayah bumi dan pada diri mereka sendiri, hingga jelas bagi mereka bahawa Al-Quran itu adalah benar. Tiadakah cukup bahawa sesungguhnya Tuhanmu menjadi saksi atas segala sesuatu?" [QS. Al- Fushshilat]

wallhu 'alam

Lelaki Mengandung..???




Pelik bin ajaib. Bagaimana pula seorang lelaki boleh mengandung? Nak kata tak pernah berlaku, ada pula gambar dan buktinya sekali. Selepas dicari makna "Transgender" barulah tahu bahawa lelaki ini adalah seorang "khunsa". Nak terang secara terperinci tiada maklumat penuh tentang lelaki ini.. Nak tergelak pula sebab perut lelaki yang macam ni memang banyak kat tempat kita. Lihatlah betapa manjanya suami ini dilayan oleh isterinya. Tapi betulkah lelaki ini boleh mengandung atau digembar gembur oleh media yang belum pasti kebenarannya. Jika ikut lumrah alam, mana ada lelaki atau khunsa yang boleh mengandung??











Kisah Langit Dan Bumi.





Kisah Bumi Dan Langit


Adapun terjadinya peristiwa Israk dan Mikraj adalah kerana bumi merasa bangga dengan langit. Berkata dia kepada langit, "Hai langit, aku lebih baik dari kamu kerana Allah S.W.T. telah menghiaskan aku dengan berbagai-bagai negara, beberapa laut, sungai-sungai, tanam-tanaman, beberapa gunung dan lain-lain."

Berkata langit, "Hai bumi, aku juga lebih elok dari kamu kerana matahari, bulan, bintang-bintang, beberapa falah, buruj, 'arasy, kursi dan syurga ada padaku." Berkata bumi, "Hai langit, ditempatku ada rumah yang dikunjungi dan untuk bertawaf para nabi, para utusan dan arwah para wali dan solihin (orang-orang yang baik)."

Bumi berkata lagi, "Hai langit, sesungguhnya pemimpin para nabi dan utusan bahkan sebagai penutup para nabi dan kekasih Allah seru sekalian alam, seutama-utamanya segala yang wujud serta kepadanya penghormatan yang paling sempurna itu tinggal di tempatku. Dan dia menjalankan syari'atnya juga di tempatku."

Langit tidak dapat berkata apa-apa, apabila bumi berkata demikian. Langit mendiamkan diri dan dia mengadap Allah S.W.T dengan berkata, "Ya Allah, Engkau telah mengabulkan permintaan orang yang tertimpa bahaya, apabila mereka berdoa kepada Engkau. Aku tidak dapat menjawab soalan bumi, oleh itu aku minta kepada-Mu ya Allah supaya Muhammad Engkau dinaikkan kepadaku (langit) sehingga aku menjadi mulia dengan kebagusannya dan berbangga."

Lalu Allah S.W.T mengabulkan permintaan langit, kemudian Allah S.W.T memberi wahyu kepada Jibrail A.S pada malam tanggal 27 Rejab, "Janganlah engkau (Jibrail) bertasbih pada malam ini dan engkau 'Izrail jangan engkau mencabut nyawa pada malam ini."

Jibrail A.S. bertanya, " Ya Allah, apakah kiamat telah sampai?"

Allah S.W.T berfirman, maksudnya, "Tidak, wahai Jibrail. Tetapi pergilah engkau ke Syurga dan ambillah buraq dan terus pergi kepada Muhammad dengan buraq itu."

Kemudian Jibrail A.S. pun pergi dan dia melihat 40,000 buraq sedang bersenang-lenang di taman Syurga dan di wajah masing-masing terdapat nama Muhammad. Di antara 40,000 buraq itu, Jibrail A.S. terpandang pada seekor buraq yang sedang menangis bercucuran air matanya. Jibrail A.S. menghampiri buraq itu lalu bertanya, "Mengapa engkau menangis, ya buraq?"

Berkata buraq, "Ya Jibrail, sesungguhnya aku telah mendengar nama Muhammad sejak 40 tahun, maka pemilik nama itu telah tertanam dalam hatiku dan aku sesudah itu menjadi rindu kepadanya dan aku tidak mahu makan dan minum lagi. Aku laksana dibakar oleh api kerinduan."

Berkata Jibrail A.S., "Aku akan menyampaikan engkau kepada orang yang engkau rindukan itu."

Kemudian Jibrail A.S. memakaikan pelana dan kekang kepada buraq itu dan membawanya kepada Nabi Muhammad S.A.W. Wallahu'alam.

Buraq yang diceritakan inilah yang membawa Rasulullah S.A.W dalam perjalanan Israk dan Mikraj.

wallahu'alam

Jumaat, 17 Jun 2011

Senarai Gaji Perdana Menteri Malaysia & Gaji Menteri Malaysia serta MB dan exco




Senarai Gaji Perdana Menteri Malaysia & Gaji Menteri Malaysia :

* Perdana Menteri – RM 22,826.65 sebulan
* Timbalan Perdana Menteri – RM 18,168.15 sebulan
* Menteri-Menteri Kabinet – RM 14,907.20 sebulan.
* Timbalan Menteri-Menteri – RM 10,847.65 sebulan
* Setiausaha Parlimen - RM 7,187.40 sebulan
* Ahli Dewan Negara – RM 6,508.59
* Ahli Dewan Rakyat – RM 4,112.79
* Elaun-elaun Menteri? Elektrik, minyak, majlis-majlis keramaian, bil telefon, bil air, bil elektrik, bercuti, driver, kereta dan lain-lain lagi. Semuanya ditanggung

Formula untuk pengiraan elaun mantan Ahli Parlimen:

* Pencen: 1/144 x tempoh perkhidmatan (bulan) x Gaji
Minimum pencen dapat ialah separuh dari gaji MP. Bermakna kalau jadi MP satu penggal pun akan dapat pencen paling sikit pun RM 2,056.40. Lagi lama berkhidmat sebagai MP, lagi banyak pencen dia akan dapat.
* Ini tidak termasuk elaun perjalanan, penginapan dan peribadi yang boleh dipinta sekiranya Ahli Parlimen menghadiri penggal sessi persidangan Dewan Rakyat atau Dewan Negara.
* Gratuiti: 1/48 x Gaji x 12 x tempoh perkhidmatan (bulan)

Saya sambung pula gaji Menteri Besar, Exco di negeri-negeri lain. Jikalau gaji Perdana Menteri, Menteri Kabinet dan Ahli Parlimen adalah tertakluk di bawah peruntukan kerajaan persekutuan, tetapi untuk Menteri Besar, gaji Exco negeri-negeri adalah di bawah peruntukan kerajaan negeri.

Setiap negeri ada enakmen mereka dan gaji ni semua adalah di bawah Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan). Di bawah ini adalah contoh gaji Menteri Besar dan exco di sebuah negeri.

* Menteri Besar – RM14,175.15
* Anggota Exco kerajaan negeri – RM6,109.29
* ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) – RM4,112.79

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More