Pelawat

10 Perkara Solat Tidak Diterima

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu petunjuk dan jalan selamat dan barang siapa yang tidak memelihara solat maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya dan juga tidak menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya”.

Lima Perkara Perosak Hati

"Dan (ingatlah) hari (ketika itu) orang yang zalim menggigit dua tangannya seraya berkata, 'Aduhai (dulu) kiranya aku mengambil jalan bersama-sama Rasul. Kecelakaan besarlah bagiku, kiranya aku (dulu) tidak menjadikan si fulan itu teman akrab(ku). Sesungguhnya dia telah menyesatkan aku dari Al-Qur'an ketika Al-Qur'an itu telah datang kepadaku." (Al-Furqan: 27-29)

Peristiwa-peristiwa Di Hari Jumaat

Hari Jumaat sangat besar di sisi Allah, bahkan lebih besar dari hari raya Aidul Fitri dan Aidul Adha, kerana di antara malam dan siangnya tersimpan masa yang paling mustajab, tidak ada tabir penghalang doa insan terhadap Ilahi

SELAWAT SYIFA' PENYEMBUH PENYAKIT

Walaupun pernah dikatakan selawat ini boleh mendatangkan syirik, tapi ianya berlaku bila selawat ini disalahertikan dalam penterjemahannya. Menurut Dato’ Dr. Haron Din, memang terdapat sedikit kekeliruan sekiranya ianya diterjemahkan terus 'ayat by ayat'. Apa yang penting adalah kita perlu ingat bahawa segala penyakit dan musibah yang datang semua dari Allah SWT dan penyembuhnya juga dari ALLAH SWT.

Kelebihan Surah Al-Kahfi

Diriwayatkan oleh al-Hakim dalam al-Mustadrak dan dianggapnya sahih isnad, maksudnya: "Sesiapa yang membaca al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya Allah akan mengurniakan baginya nur antara Jumaat tersebut hingga ke Jumaat yang seterusnya." Hadis ini dinilai sebagai hasan, kata al-Albani

Ahad, 18 September 2011

FATWA DR YUSUF AL-QARDHAWI

Fatwa : SYEIKH DR. YUSUF AL QARADAWI

Di sini ada suatu kaedah yang menyeluruh dan telah diakuinya dalam syariat Islam, iaitu bahawa setiap muslim tidak diperkenankan makan atau minum sesuatu yang dapat membunuh, lambat ataupun cepat, misalnya racun dengan segala macamnya; atau sesuatu yang membahayakan termasuk makan atau minum yang terlalu banyak yang menyebabkan sakit. Sebab seorang muslim itu bukan menjadi milik dirinya sendiri, tetapi dia adalah milik agama dan umatnya. Hidupnya, kesihatannya, hartanya dan seluruh nikmat yang diberikan Allah kepadanya adalah sebagai barang titipan (amanat). Oleh kerana itu dia tidak boleh meneledorkan amanat itu. Firman Allah:

“ janganlah kamu membunuh dirimu, sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu.” (an-Nisa’: 29)

“Janganlah kamu mencampakkan diri-diri kamu kepada kebinasaan.” (al-Baqarah: 195)

Dan Rasulullah s.a.w. pun bersabda: “Tidak boleh membuat bahaya dan membalas bahaya.” (Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)

Sesuai dengan kaedah ini, maka kami berpendapat: sesungguhnya rokok (tembakau) selama hal itu dinyatakan membahayakan, maka menghisap rokok hukumnya adalah haram. Lebih-lebih kalau dokter spesialis sudah menetapkan hal tersebut kepada seseorang tertentu.

Kalaupun pun ditakdirkan tidak jelas bahayanya terhadap kesihatan seseorang, tetapi yang jelas adalah membuang-buang wang untuk sesuatu yang tidak bermanfaat, baik untuk agama ataupun untuk urusan dunia. Sedang dalam hadisnya dengan tegas Rasulullah s.a.w. melarang membuang-buang harta.

Larangan ini dapat diperkuat lagi, kalau ternyata harta tersebut amat diperlukan untuk dirinya sendiri, atau keluarganya.

Jumaat, 16 September 2011

Adakah Ilham Dikira Sebagai Dalil Atau Hujah ?


Mukaddimah

Pengertian Ilham

Ilham dari sudut bahasa : sesuatu yang dicampakkan ke dalam hati orang yang berakal dan membuatkan seseorang untuk beramal dengannya samada ianya hak ataupun batil. Seperti firman Allah S.W.T :

فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوَاهَا

Maksudnya : “Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya”. ( Surah As-Syams, ayat ke 9 ).

Ilham dari sudut istilah ulama Usul Fiqh :-

Menurut pendapat pengarang kitab Taqwim Adillah bahawa ia adalah sesuatu yang mengerakkan hati dengan ilmu dan ia membawa manusia untuk beramal dengannya tanpa mencari dalil dan meneliti pada hujah.

Takrif ini disokong oleh Imam As-Samarqandi dan mengatakan bahawa ini adalah takrif yang sahih. Maka daripada pengertian ini, ilham dari sudut pandangan manusia ialah sesuatu daripada Allah SWT dengan jalan hak.

Begitu juga Imam Az-Zarqasyi telah menaqal (mengambil) pandangan daripada sebahagian As-sufiyyah tentang pengertian ilham iaitu sesuatu yang dicampakkan ke dalam hati manusia daripada amal kebaikan maka ia adalah ilham. Sekiranya daripada amal keburukan maka ia bukanlah ilham akan tetapi was-was daripada syaitan.

Ilham Dari Sudut Perspektif Ulama Usul Fiqh.

Ulamak usul fiqh pada zaman salaf (terdahulu) tidak membahaskan permasalahan ilham ini secara mendalam, sehinggalah zaman khalaf (terkemudian) barulah dibahaskan permasalahan ini secara mendalam.

Disini kita akan membincangkan dua perbahasan mengenai mulhamin ( mereka-mereka yang diberikan ilham ) seperti berikut :-

1) Perbahasan Ilham Para Nabi Dan Hukumnya
2) Perbahasan Ilham Selain Para Nabi (Mukallaf ) Dan Hukumnya.


PERBAHASAN PERTAMA ( ILHAM PARA NABI )

Dalam bahagian yang pertama ini kita dapat membezakan diantara ilham dan wahyu secara jelas seperti pandangan daripada Imam Ibnu Qayim telah meletakkan ilham kepada kedudukan yang ke-9 daripada kedudukan dan bentuk-bentuk wahyu buat para Nabi. Iman Abdul Aziz Bukhari telah mengatakan bahawa ilham adalah sebahagian daripada wahyu dengan berdalilkan firman Allah SWT seperti berikut :-


وَمَا كَانَ لِبَشَرٍ أَنْ يُكَلِّمَهُ اللَّهُ إِلَّا وَحْياً أَوْ مِنْ وَرَاءِ حِجَابٍ أَوْ يُرْسِلَ رَسُولاً فَيُوحِيَ بِإِذْنِهِ مَا يَشَاءُ إِنَّهُ عَلِيٌّ حَكِيمٌ

Maksudnya : “Dan tidak mungkin bagi seorang manusiapun bahwa Allah berkata-kata dengan dia kecuali dengan perantaraan wahyu atau dibelakang tabir[1347] atau dengan mengutus seorang utusan (malaikat) lalu diwahyukan kepadanya dengan seizin-Nya apa yang dia kehendaki. Sesungguhnya dia Maha Tinggi lagi Maha Bijaksana”. (Asy-syuura, ayat 51).

Berdasarkan ayat diatas, ilham ialah sesuatu yang dicampakkan ke dalam hati manusia seperti yang berlaku keatas Nabi Musa a.s dan secara pastinya ilham tersebut datang dari Allah S.W.T, maka ia adalah hujah yang pasti dan benar.

Ulama telah bersepakat bahawa ilham para Nabi adalah wahyu dari Allah S.W.T samada wahyu secara batin atau zahir .


HUKUM MENGINGKARI ILHAM PARA NABI

Imam Jalaluddin Mahalli berpendapat dalam kitabnya ( جمع الجوامع ) :-

“Adapun Nabi yang maksum maka ilham adalah hujah bagi haknya dan juga hak orang lain jika berkaitan dengan hal mereka sepertimana wahyu”.

Maka secara ringkasnya, berdasarkan dari kefahaman firman Allah S.W.T dalam surah As-syuraa ayat 51 diatas menerangkan kepada kita bahawa sesiapa yang mengingkari ilham maka ia telah mengingkari wahyu. Dan sesiapa yang mengingkari wahyu maka dia telah kafir menurut ijmak ulama. Wallahualam.



PERBAHASAN KEDUA ( ILHAM SELAIN PARA NABI )

Melihat kepada perbahasan ulamak usul fiqh, bahawa mereka bersepakat bahawa ilham para nabi adalah hujah dan kafir bagi mereka yang mengingkarinya. Akan tetapi mereka berselisih pendapat pada ilham bagi seorang yang mukallaf selain daripada para nabi. Maka disini saya mengambil bagi pendapat yang paling rajih (kuat) yang dipelopori oleh kebanyakan ulama yang mutawassitin (mengambil jalan pertengahan) dalam permasalahan ini.

Menurut pandangan Syeikh Alauddin As-Samarqandi dalam kitabnya Al-Mizan :

“Sekiranya ilham itu berkaitan perkara-perkara syarak dan hukum-hakam maka wajib beramal pada haknya sahaja, bukan bagi orang lain. Begitu juga, tidak dijadikan sebagai hujah oleh orang lain dengan ilhamnya”.

Begitu juga kebanyakan dikalangan ulama telah menetapkan bahawa ilham adalah wajib diamalkan pada hak mulham ( yang diberikan ilham ) sahaja dan bukanlah sebagai hujah bagi orang lain untuk berdalil dan berhujah denganya. Maka tidak harus bagi mulham mengajak orang lain untuk beramal dan berhujah dengan ilhamnya.

Justeru itu, ilham tidak boleh diamalkan jika bersangkut paut dengan aqidah dan hukum-hakam yang berkaitan dengan perkara wajib, sunat, haram, atau makruh secara mutlak.

Oleh itu, ulama telah meletakkan panduan ( dhawabit ) dan prasyarat pengharusan beramal dengan ilham bagi seorang mukallaf :-

1) Tiada dalil syarak yang jelas bagi membolehkan sesuatu perkara diamalkan dengan ilham, samada dalil yang disepakati atau tidak disepakati.
2) Boleh beramal pada perkara harus yang tidak mempunyai dalil syarak sahaja. Adapun perkara yang wajib, sunat, haram atau makruh yang telah memiliki dalil-dalil syarak secara pasti, maka tidak boleh beramal samada dengan ilham ataupun dari kasyaf para wali.
3) Hanya diamalkan pada hak mulham ( yang diberikan ilham ) sahaja. Tidak boleh mengajak orang lain untuk beramal dan berhujah dengan ilhamnya.

Pendapat ini berdasarkan dalil dari firman Allah S.W.T dalam surah yang berbunyi :

وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجاً

Maksudnya : “dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya)”. (At-Talaq ayat 2 ).

Ayat diatas telah mengikatkan jalan keluar bagi orang yang bertaqwa dan menunjukkan kasyaf hukum-hukum syarak bagi sebahagian hamba Allah. Oleh itu, wajib bagi mulham ( yang diberikan ilham ) beramal dengannya. Akan tetapi tidak wajib bagi orang lain untuk beramal dan membenarkan.

Kesimpulannya, ilham mukallaf ( selain para nabi )adalah hak yang wajib beramal dengannya bagi mulham secara khusus berpandukan dawabit-dawabit yang telah ditetapkan dan bukanlah hujah bagi orang lain secara umum. Begitu juga tidak harus bagi mulham ( yang diberikan ilham) untuk mengajak manusia lain untuk berhujah dan beramal dengan ilham yang didapatinya. Waallahualam..


Rujukan


1) Kitab Ilham Wa Dalalatuhu Ala Ahkam, Dr Abd Fatah, Al-Azhar Tanta
2) Irsyad Fuhul, Imam Hafiz Muhammad 'Ali B Muhammad Shaukani.
3) Mizanusul, Syeikh 'Alauddin As-Samarqandi.

Sabtu, 10 September 2011

Tazkirah : Perang Ahzab



                                                   Wahai Rasulullah ,sewaktu kami di Persia,
Jika kami diserang ,kami membuat parit,
Alangkah baik jika kita juga membuat
Parit sehingga dapat menghalangi dari
Melakukan serangan.....





             Strategi peperangan khandak yang diutarakan oleh Salman Al-Farisi diterima baik oleh baginda Nabi SAW. Peristiwa yang menyaksikan jerih payah baginda dan umat islam dalam memerangi musuh laknatullah. Ditambah dengan kelaparan dan kedinginan yang menuntut kesabaran yang tinggi. Sementelahan kerendahan hati baginda turun sama menggali parit membakar semangat para sahabat untuk terus berjuang meskipun dengan perut diikat dengan batu kerana kelaparan yang teramat. Ternyata strategi yang digunakan tidak terjangkau dek akal pihak musuh sehingga mereka langsung tidak dapat menembusi pertahanan yang telah dibuat. Hanya segelintir yang mencuba dan berjaya melepasi pertahanan melalui parit yang sempit antaranya Amr bin ‘Abdi Wadd dan Ikrimah, namun berjaya ditewaskan oleh Saidina Ali. Natijahnya, mereka mengepung Kota Madinah selama sebulan lamanya. Peperangan yang memakan masa yang panjang menyaksikan kekuatan iman dan keteguhan hati kaum muslimin untuk tetap duduk bersama Rasulullah SAW disaat sukar dan di ketika baginda sangat membutuhkan mereka, sedangkan hakikatnya Nabi SAW boleh sahaja memohonkan kemenangan dengan segera di pihak islam, firman Allah dalam kitabnya menyatakan bahawa; “Apakah kamu mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan ,”Kami telah beriman,”dan mereka tidak diuji?”. Maka, yang demikian menunjukkan bahawa ujian yang dianugerahkan bukan bermaksud menyeksa bahkan ianya tidak lain sebagai bukti kecintaan dan keimanan kita yang dalam kepadaNYA hanya sahaja jika kita menjalaninya dengan penuh rasa takut dan meletakkan sepenuh harapan hanya padaNYA.

Kelaparan yang ditanggung kaum muslimin apatah lagi Rasulullah SAW yang mengikat dua biji batu diperutnya mengundang rasa sayu di hati sahabat antaranya Jabir yang menyediakan sedikit makanan buat Nabi SAW dan hanya beberapa orang sahabat sahaja memandangkan hidangan yang tidak mencukupi untuk menanggung jumlah kaum muslimin yang ramai. Namun ternyata Rasulullah SAW tidak sesekali membiarkan umatnya sedang baginda kekenyangan lantas seluruh kaum muslimin diajak ke rumah Jabir bagi mengisi perut yang kelaparan. Rahmat Allah sangat luas, keberkatan yang dilimpahkan menyebabkan anak kambing yang kecil dan sedikit gandum mencukupi untuk bilangan kaum muslimin yang ramai pada waktu itu. Justeru kebersamaan Nabi SAW dalam setiap gerak kerja, bermandi peluh dan berlumuran tanah bukan sahaja membuktikan kecintaan Nabi SAW kepada umatnya bahkan tidak lain kerana rasa tanggungjawab baginda terhadap risalah dan seruan yang dibawanya. Natijahnya, kaum muslimin sanggup berkorban apa sahaja bagi melengkapkan tuntutan dakwah meskipun nyawa yang menjadi korban. Malangnya, kini semangat perjuangan dan cintakan Nabi SAW tidak terbias pada perilaku dan akhlak remaja pada zaman yang serba canggih kini. Bahkan, semangat yang ada tidak memungkinkan empayar Islam mampu wujud sebagaimana dahulu. Tambahan pula, perpecahan dan perbezaan fikrah yang terjadi kini semakin memburukkan keadaan sebagaimana yang dikatakan oleh Saidina Ali, “Kebatilan yang tersusun mampu mengalahkan kebenaran yang tidak tersususun.” Jadi mana mungkin kita mampu menyahut seruan Nabi SAW hanya dengan semangat yang kian pudar dan jauhnya kita kini dengan Allah.

Tekanan yang dihadapi sepanjang peperangan benar-benar menguji keteguhan iman mereka, berbagai andaian yang bermain difikiran akan nusrah Allah yang tidak kunjung tiba. Sebahagiannya mula meragui akan kekuasaan Allah dan merasa lemah sepertimana kaum Bani Harithah yang meminta izin dari Nabi untuk pulang ke kota ,manakala kaum Bani Salim pula merasa semakin lemah ekoran peperangan yang tiada tanda-tanda mahu berhenti. Firman Allah dalam kitabnya ”Yaitu ketika mereka datang kepadamu dari atas dan dari bawahmu,dan ketika penglihatanmu terpana dan hatimu menyesak smpai ke tenggorokan oleh kerana rasa gentar dan takut pada waktu itu,dan kamu berprasangka yang bukan-bukan terhadap Allah.Disitulah diuji ,orang-orang mukmin dan digoncangkan hatinya dengan goncangan yang dahsyat .Dan ingatlah ketika orang –orang munafiq dan orang-orang yang hatinya berpenyakit berkata,’Yang dijanjikan Allah dan Rasul-NYA kepada kami hanya tipu daya belaka .”Dan ingatlah ketika segolongan di antara mereka berkata ,”Wahai penduduk Yasrib (Madinah)!Tidak ada tempat bagimu ,maka kembalilah kamu ,”Dan sebahagian dari mereka memeinta izin kepada nabi SAW (untuk kembali pulang)dengan berkata ,”Sesungguhnya rumah-rumah kami terbuka (tidak ada penjaga).”Padahal rumah-rumah itu tidak terbuka ,mereka hanyalah hendak lari.”

Kaum munafiqun mengambil kesempatan di tengah jerih payah kaum muslimin dengan melambat-lambatkan pekerjaan dan pulang ke rumah tanpa meminta izin dari Nabi SAW. Maka yang demikian menunjukkan keimanan kepada Allah dan Rasulullah tidak pernah wujud di dalam hati mereka, apatah lagi tiada belas kasihan di hati mereka melihatkan Nabi SAW yang berpenat lelah mempertahankan bukan sahaja Kota Madinah bahkan syiar Islam agar terus tertegak. Firman Allah: “Yang disebut orang mukmin hanyalah orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-NYA Muhammad, dan apabila mereka berada bersama-sama dengan dia (Muhammad) dalam suatu bersama ,mereka tidak meninggalkan (Rasulullah) sebelum meminta izin kepadanya .Sungguh orang-orang yang meminta izin kepadamu Muhammad mereka itulah orang-orang yang (benar-benar) beriman kepada Allah dan Rasul-NYA.”

Maka adakah kita tergolong dari mereka yang tidak beriman dengan Allah dan Rasul dengan sebenar-benarnya ? Mengaku Islam tetapi hati masih diselaputi kekufuran dan keraguan dengan kekuasaan Allah pada tiap perkara. Ketahuilah wahai sahabat sekalian, keyakinan kaum terdahulu terhadap pertolongan Allah membawa kemenangan Islam keseluruh pelosok dunia. Namun kini, ternyata perkara pokok terhadap hidup seolah-olah diambil enteng sedangkan mana mungkin buah yang ranum dapat dihasilkan sedangkan akarnya tidak cukup kuat mencengkam bumi . Hakikatnya keimanan kepada Allah, Rasul, kitab, malaikat, Hari Kiamat serta Qada’ dan Qadar diibaratkan seperti akar yang kuat mencengkam tanah, begitu juga peranan iman dalam menentukan hala tuju dan cemerlangnya hidup kita sebagai umat Islam khususnya.

Justeru, dalam melayari kehidupan yang penuh ranjau dan berliku, dan disaat ramainya umat manusia yang semakin tenggelam dalam kealpaan dan kelalaian semata, ketauhidan yang teguh di hati merupakan paksi dalam menentukan segala gerak geri agar tidak tersasar dari jalannya. Hal ini dapat dilihat ketika mana kaum muslimin tidak putus dalam mengharap rahmat Allah sentiasa memayungi mereka, akhirnya di suatu malam ribut melanda dan menerbangkan khemah kaum musyrikin hingga mereka mengalah dan pulang ke Kota Mekah pada keesokan harinya. Keajaiban Allah berlaku apabila ribut yang melanda hanya tertimpa ke atas kaum musyrikin sahaja sedangkan kaum muslimin yang berdekatan terselamat dari badai tersebut. Sungguh, keajaiban Allah hanya akan berlaku bagi sesiapa yang menyakini bahawa Allah akan sentiasa membantu mereka yang dekat dengan-NYA. Wahai sahabat sahabiah sekalian, iktibar dari peristiwa ini kita dapat lihat nusrah Allah tidak akan datang bergolek melainkan disertai usaha dan tawakal yang tinggi terhadap Allah . Dekatnya kita dengan sang pencipta menentukan wasilah kita dalam menghadapi segala ujian yang menimpa.


Ahad, 14 Ogos 2011

Keluasan Neraka yang amat dasyat





Untuk dikongsi, betapa kasihnya Rasulullah kepada umatnya....
Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang
kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah
mukanya, maka ditanya oleh nabi s. a. w. "Mengapa aku melihat kau berubah
muka?"

Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh
supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang
yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu
benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia
merasa aman daripadanya."

Lalu nabi s. a. w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat
Jahannam."

Jawabnya: "Ya.
Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan
selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun
sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam
gelap,tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau
dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan
dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah
yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu
digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi
kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak,
andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Qur'an
itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah
bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak,
andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar
orang-orang yang di hujung timur kerana
sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan
perhiasannya besi,
dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan
api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang
tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."

Nabi s. a. w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu
rumah kami?" Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya
di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000
tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota
kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s. a. w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"
Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan
orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa
a. s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua
tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, pintu ketiga tempat
orang shobi'in bernama Saqar.

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya
dari kaum majusi
bernama Ladha, pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.

Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir." Kemudian Jibrail
diam segan pada Rasulullah s. a. w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau
terangkan penduduk pintu ke tujuh?" Jawabnya: "Di dalamnya
orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum
sempat bertaubat."

Maka nabi s. a. w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu,
sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s. a. w. di pangkuannya
sehingga sedar kembali dan sesudah sedar nabi saw bersabda: "Ya
Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada
seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?" Jawabnya:
"Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu." Kemudian nabi s.
a. w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s. a. w. masuk
ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang
kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan
bila
sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari
kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai")

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat
sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari
Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi
lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159

" Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami
turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah
Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu
dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk."

Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita
semua.

Wallahua'lam.

Mengapa Kita Perlukan Kasih Sayang..??




Sepatutnya masyarakat manusia tidak hidup nafsi-nafsi, berkrisis dan huru-hara sebab sudah menjadi keperluan hidup manusia, saling bertolong bantu dan perlu memerlukan. Seseorang itu tidak boleh sempurna hidupnya tanpa orang lain. Pada orang lain ada keperluan untuk dirinya. Jadi sepatutnya dia menjaga hubungan baik dengan orang lain. Sebab di situ ada keperluan untuk dirinya. Ertinya, berkasih sayang antara manusia itu, selain merupakan keperluan batiniah insan, sebenarnya ia adalah keperluan kehidupan lahiriahnya juga. Kalau tidak berbaik-baik dengan orang lain, manusia akan hidup keseorangan dengan bermacam-macam masalah.

Contoh-contoh mengapa kita perlukan kasih sayang:

CONTOH 1

Dalam sebuah kampung, ada seorang kaya yang tidak bergaul dengan sesiapa pun dalam kampung itu kerana orang lain semua tidak kaya seperti dia. Bolehkah dia selamat dengan hidup seorang diri? Apa kata kalau satu hari terjadi kebakaran di rumahnya? Pada siapa dia hendak minta tolong? Atau terjadi kematian salah seorang anggota keluarganya, ke mana dia hendak mengadu? Atau kalau dia hendak adakan kenduri, siapa yang hendak tolong jayakannya? Atau di waktu sakit, bukankah dia memerlukan orang lain? Iaitu orang yang akan mengubatinya. Tanpa orang lain, kekayaan yang dimilikinya tidak akan memenuhi keperluan hidupnya. Dia akan menghadapi berbagai-bagai masalah. Yang penyelesaiannya tidak lain tidak bukan ialah berbaik-baik dan berkasih sayang dengan manusia yang lain.

Di Barat hari ini, kerana manusia memilih untuk hidup sendiri-sendiri, tidak mahukan orang lain, biasa berlaku, orang tua mati seorang diri dalam rumah; sudah berhari-hari baru orang tahu. Itu pun, jiran yang tahu tadi bukannya tolong uruskan, tapi sekadar tolong telefon pihak polis dan hospital minta dibereskan. Indahkah hidup dan mati yang begitu? Begitu juga kalau ada hal-hal kecemasan mereka yang datang menolong bukan masyarakat sekeliling, tetapi pihak berwajib yang saling tidak kenal-mengenal. Pertolongan yang diberi pun semata-mata atas dasar tugas yang terpaksa dibuat, bukan dengan hati. Terhiburkah kita menerima pertolongan yang diberi secara terpaksa?

CONTOH 2

Pemimpin perlukan rakyat. Buktinya dapat dilihat di waktu pilihanraya, betapa orang politik merayu-rayu agar rakyat mengundi mereka. Terpaksalah mereka membeli undi, menyogok wang dan menjanjikan itu dan ini demi mengharapkan belas kasihan dari rakyat. Tetapi pelik, selesai pilihanraya mereka lupakan rakyat. Sedangkan kalaulah mereka terus berbaik-baik, menghubungkan kasih dengan rakyat, pada pilihanraya akan datang tidak perlu teruk-teruk berkempen, tidak perlu beli undi dan tidak perlu janji itu dan ini. Sebab bila rakyat sayang, undi akan diberi secara sukarela. Sepatutnya para pemimpin sedar akan hal ini dan berusaha untuk menjaga hati rakyat lebih dari hati keluarga. Sebab rakyatlah yang menyebabkan dia jadi pemimpin.

Tetapi mengapa hari ini, hampir-hampir tidak ada rakyat yang sayangkan pemimpin dari hatinya? Yang ada Cuma ikatan tugas atau ikatan kepentingan dengan tujuan-tujuan hendak jaga periuk nasi dan poket. Di belakang pernimpin, rakyat mengata-ngata atau melupakannya. Terpaksalah pemimpin beli kasih dengan Wang untuk dia disanjung dan dipuji. Kasih wang namanya, bukan kasih sayang.

CONTOH 3

Bila kita berfikir lebih jauh, kita akan melihat adanya hubungan semulajadi antara manusia yang mewajarkan manusia saling mengasihi antara satu sama lain. Nasi yang kita makan, petani yang tanam. ikan yang kita hidang, nelayan yang tangkap dihantar ke rumah kita oleh peniaga kecil. Atau dibawa ke pasar oleh para peniaga. Rumah tempat kita tinggal, buruh yang bangunkan. Kereta yang kita naiki, ada pihak yang bersusah payah membuatnya. Demikianlah seterusnya. Antara kita dengan manusia lain, saling perlu-memerlu dan bantu-membantu secara sedar atau , tidak, secara langsung atau tidak langsung. Sama ada kita mahu atau tidak, kita harus terima juga. Hal ini tidak berlaku dalam masyarakat haiwan. Jadi kalau haiwan tidak bermasyarakat, tidaklah rugi dan tidaklah salah. Sebab mereka tidak perlu-memerlukan. Tapi manusia mesti bermasyarakat. Walaupun kita sudah bayar khidmat petani, nelayan, buruh dan lain-lain itu, tetapi bukankah elok kalau bayaran dibuat bersama rasa terima kasih. Hulurkan juga kasih atas kerelaan orang lain menjadi sumber rezeki pada kita. Wang yang diberi akan habis tetapi kasih akan membuahkan hubungan baik, timbang rasa dan rasa bersama.

Mana lebih indah, dua orang yang terhubung oleh mata, benda atau wang ringgit dan dua orang yang berhubung dengan kasih sayang? Bila manusia dihubungkan oleh benda, tidak wujud kemesraan, persaudaraan atau persahabatan. Tidak ada ziarah-menziarahi, saling menghibur serta sama-sama ketawa dan menangis. Apakah seronok tinggal dalam rumah yang tiada kawan yang hendak ziarah dan kesusahan terpaksa ditanggung sendiri hingga ketawa pun sendirian? Ya, hubungan yang diikat oleh bayaran, kaku dan tidak menghubungkan hati. Sebab itu marilah kita utamakan perhubungan hati daripada hubungan yang diikat oleh wang. Sebab kasih sayang lebih dinilai dan banyak hikmahnya dari wang.

CONTOH 4

Dalam pengalaman hidup kita, sekali-sekala kita akan ditimpa susah, sakit miskin, kemalangan dan lain-lain ujian hidup. Bukankah waktu itu kita perlukan orang lain untuk tolong kita? Jika orang tidak tolong, kita jadi dua kali susah dan sakit. Jadi ertinya, waktu orang lain susah, kita perlu tolong. Sebab dia sangat memerlukan kita sebagaimana kita perlukan dia. Jadi perlu-memerlukan tidak dapat dielak walaupun kita tidak berkehendak. Kalau begitu, bukankah lebih baik kita menganjurkan hubungan kasih sayang daripada hidup nafsinafsi. Sebab pertolongan yang disertai dengan kasih sayang ada ertinya. Sedangkan pertolongan yang diberi dengan masam muka dan mengejek akan menyakitkan hati. Jelas, kasih sayang amat perlu dalam hidup manusia. Tanpanya, manusia akan kesusahan.

CONTOH 5

Mengapa kita suka atau tergamak melakukan perkara-perkara yang menjadikan orang benci atau hilang kasih? Hingga timbul ketegangan dan huru-hara. Sebab kesannya, bukan saja orang lain yang susah, tetapi diri sendiri pun susah. Sebab suasana itu memberi kesan pada jiwa kita. Apakah kita suka kalau kita susah? Kalau tidak, mengapa kita biarkan diri kita melakukan perkara-perkara yang memutuskan kasih sayang dan keharmonian di tengah masyarakat, yang akan membuatkan orang lain susah? Seperti yang telah dibahaskan sebelum ini, fitrah manusia suka disayangi dan tidak suka dibenci. Manusia tentu sedar sifatnya ini. Dia faham dan dapat baca hatinya. Kerana setiap waktu dia mengalaminya. Bila ada orang tunjuk sayang, dia gembira sekali. Bila ada orang benci, dia terseksa.

Oleh itu sepatutnya manusia faham bahawa sebagaimana dia merasainya, begitulah juga orang lain. Kalau dia suka disayangi dan tidak ingin dibenci, orang lain pun begitu juga. Tetapi mengapa manusia tidak berusaha untuk memberi kasih? Mengapa memikirkan diri sendiri sahaja, tidak memikirkan orang lain sama? Dengan buah-buah fikiran yang tersebut tadi, saya tegaskan bahawa kasih sayang amat diperlukan oleh masyarakat manusia dalam hidup mereka. Kasih sayang mesti diperjuangkan dalam masyarakat. Manusia tidak boleh meniru masyarakat hutan (haiwan) yang hidup nafsi-nafsi, kerana di hutan kasih sayang tidak penting. Di kampung, di bandar, di dalam masyarakat manusia, kasih sayang amat perlu. Tanpa kasih sayang, manusia akan susah, resah, gelisah, payah dan runsing selalu.

Untuk mempejuangkan kasih sayang, kita perlu mulakan dengan mengorbankan sifat individualistik dan gila dunia. Kita perlu fikirkan perasaan orang lain sebagaimana kita fikirkan perasaan kita. Kita perlu kongsikan kekayaan yang kita perolehi, bukan bolot untuk diri sendiri sahaja. Inilah ajaran Islam. Ia mengutamakan nilai-nilai kasih dan sayang lebih dari harga dunia dan isinya. Tapi inilah yang telah dilupakan oleh umat Islam sendiri sekalipun ulama-ulamanya. Sebab keperluan kepada kasih dan sayang lebih dari keperluan pada mata benda. Orang yang berkasih sayang boleh hidup walaupun miskin. Tetapi berapa ramai orang kaya yang berkecamuk hidupnya kerana ketandusan kasih sayang? Satu ketika dulu, orang boleh hidup dengan kasih sayang, tanpa menggunakan banyak wang. Mereka gotongroyong buat rumah, tidak perlu upah tukang. Mereka gotong-royong tanam padi, tidak perlu upah penanam. Demikian seterusnya.

Tetapi sekarang, kerana kasih sayang sudah tiada, untuk uruskan mayat pun perlu ada duit banyak. Kalau tidak, mayat busuk tidak bertanam. Apalagi hendak buat rumah. Tidak ada wang upah, rumah takkan tertegak. Hendak kahwin pun tidak boleh kalau tidak ada duit. Sebab orang bukan lagi kahwin kerana cinta murni tetapi semata-mata kerana cinta nafsu, yang terpaksa dibayar dengan harga yang mahal. Kita tidak rugi kalau membeli atau menggantikan wang dengan kasih sayang. Sebab kasih sayang terlalu tinggi nilainya. Ia menyuburkan jiwa dan merupakan sumber ketenangan dan kebahagiaan. Moga-moga kita berjaya mengembalikan kehidupan berkasih sayang dengan menyelamatkan diri dari cengkaman nafsu kerana penyakit gila keduniaan dan kebendaan.

wallahu a'lam...

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More