Pelawat

10 Perkara Solat Tidak Diterima

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu petunjuk dan jalan selamat dan barang siapa yang tidak memelihara solat maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya dan juga tidak menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya”.

Lima Perkara Perosak Hati

"Dan (ingatlah) hari (ketika itu) orang yang zalim menggigit dua tangannya seraya berkata, 'Aduhai (dulu) kiranya aku mengambil jalan bersama-sama Rasul. Kecelakaan besarlah bagiku, kiranya aku (dulu) tidak menjadikan si fulan itu teman akrab(ku). Sesungguhnya dia telah menyesatkan aku dari Al-Qur'an ketika Al-Qur'an itu telah datang kepadaku." (Al-Furqan: 27-29)

Peristiwa-peristiwa Di Hari Jumaat

Hari Jumaat sangat besar di sisi Allah, bahkan lebih besar dari hari raya Aidul Fitri dan Aidul Adha, kerana di antara malam dan siangnya tersimpan masa yang paling mustajab, tidak ada tabir penghalang doa insan terhadap Ilahi

SELAWAT SYIFA' PENYEMBUH PENYAKIT

Walaupun pernah dikatakan selawat ini boleh mendatangkan syirik, tapi ianya berlaku bila selawat ini disalahertikan dalam penterjemahannya. Menurut Dato’ Dr. Haron Din, memang terdapat sedikit kekeliruan sekiranya ianya diterjemahkan terus 'ayat by ayat'. Apa yang penting adalah kita perlu ingat bahawa segala penyakit dan musibah yang datang semua dari Allah SWT dan penyembuhnya juga dari ALLAH SWT.

Kelebihan Surah Al-Kahfi

Diriwayatkan oleh al-Hakim dalam al-Mustadrak dan dianggapnya sahih isnad, maksudnya: "Sesiapa yang membaca al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya Allah akan mengurniakan baginya nur antara Jumaat tersebut hingga ke Jumaat yang seterusnya." Hadis ini dinilai sebagai hasan, kata al-Albani

Khamis, 20 Oktober 2011

Malam Pertama Di Alam Kubur




Malam pertama.


Malam itu ialah Malam Pertama Di Alam Kubur

Pernahkah engkau melihat kuburan?

Pernahkah engkau melihat gelapnya kuburan ?

Pernahkah engkau melihat sempit dan dalamnya liang lahat ?

Pernahkah engkau membayangkan kengerian dan kedahsyatan alam kubur ?

Sedarkah engkau bahawa kuburan itu dipersiapkan untukmu dan untuk orang-orang selain darimu ?

Bukankah telah silih berganti engkau melihat teman-teman, orang-orang tercinta dan keluarga terdekatmu diusung dari dunia fana ini ke kuburan ?

Apakah Malam Pertama Kita di Alam Kubur nanti Asyik dan Nikmat atau Penuh Derita dan Sengsara?
Wahai anak Adam, apa yang telah engkau persiapkan saat malam pertamamu nanti di alam kubur?

Tidakkah engkau tahu, bahawa ia adalah malam yang sangat mengerikan. Malam yang kerananya para ulama’ serta orang-orang yang soleh menangis dan orang-orang bijak mengeluh. Apa tidaknya, kala itu kita sedang berada di dua persimpangan dan di dunia yang amat berbeza. ”Suatu hari pasti engkau akan tinggalkan tempat tidurmu (di dunia), dan ketenangan pun menghilang darimu. Bila engkau berada di kuburmu pada malam pertama, demi Allah, fikirkanlah untung nasibmu dan apa yang akan terjadi padamu di sana?”

Hari ini kita berada di dunia yang penuh keriangan dengan anak-anak, keluarga dan sahabat handai, dunia yang diterangi dengan lampu-lampu yang pelbagai warna dan sinaran, dunia yang dihidangkan dengan pelbagai makanan yang lazat-lazat serta minuman yang pelbagai, tetapi pada keesokannya kita berada di malam pertama di dalam dunia yang kelam gelap-gelita, lilin-lilin yang menerangi dunia adalah amalan-amalan yang kita lakukan, dunia sempit yang dikelilingi tanah dan bantalnya juga tanah.

Pada saat kita mula membuka mata di malam pertama kita di alam kubur, segala-galanya amat menyedihkan, tempik raung memenuhi ruang yang sempit tapi apakan daya semuanya telah berakhir. Itukah yang kita mahukan? Pastinya tidak bukan? Oleh itu beramallah dan ingatlah sentiasa betapa kita semua akan menempuhi Malam Pertama Di Alam Kubur! Di dalam usahanya mempersiapkan diri menghadapi malam pertama tersebut, adalah diceritakan bahawa Rabi’ bin Khutsaim menggali liang kubur di rumahnya. Bila ia mendapati hatinya keras, maka ia masuk ke liang kubur tersebut.

Ia menganggap dirinya telah mati, lalu menyesal dan ingin kembali ke dunia, seraya membaca ayat: “Ya Rabbku, kembalikanlah aku semula (ke dunia), agar aku dapat berbuat amal soleh terhadap apa yang telah kutinggalkan (dahulu).” (Surah Al-Mu’minun, ayat 99-100)

Kemudian ia menjawab sendiri; “Kini engkau telah dikembalikan ke dunia wahai Rabi’..” Dan disebabkan hal tersebut, Rabi’ bin Khutsaim didapati pada hari-hari sesudahnya sentiasa dalam keadaan beribadah dan bertaqwa kepada Allah! Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kematian dan sakaratul maut yang bakal menjemputmu? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kuburan dan kengerian yang ada di dalamnya? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut akan hausnya di hari penyesalan?

Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut kepada api Neraka di Hari Kiamat nanti?
Sesungguhnya kematian pasti menghancurkan kenikmatan para penikmatnya. Oleh itu, carilah (kenikmatan) hidup yang tidak ada kematian di dalamnya. “Ya Allah, tolonglah kami ketika sakaratul maut!”

Kematian itu pasti. Ia tidak meleset meski hanya sedetik. Ia biasa datang menyerap dengan tiba-tiba. Ia misteri. Kerananya setiap orang semestinya selalu siap. Dan tentu, Husnul Khatimah harus menjadi pilihan. Untuk mencapai itu, harus melalui jalan syari’at dengan menjalankan segala perintah dan menjauhi segala larangan Allah Ta’ala. Tanpanya, husnul khatimah itu nihil. Bukankah, perahu tak akan berjalan di daratan?

Wahai orang tua yang telah bongkok punggungnya dan dekat ajalnya, apakah engkau telah bersiap-siap menghadapi malam pertama? Wahai pemuda gagah yang bergelimang harta dan sejuta asa, apakah engkau telah bersiap-siap menghadapi malam pertama? Ia adalah malam pertama dengan dua wajah, mungkin menjadi malam pertama bagi malam-malam syurga berikutnya, atau menjadi malam pertama bagi malam-malam neraka selanjutnya.

Berkat Disebalik Membaca Bismillah



Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.

Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya.

Suaminya berkata sambil mengejak, “Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah.”

Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : “Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu.”

Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, “Simpan duit ini.” Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.
Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, “Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan.”

Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca,
“Bismillahirrahmanirrahiim.”

Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.

Mulakanlah segala pekerjaan yang ingin kita lakukan dengan menyebut Bismillah dan Insyallah pekerjaan yang ingin kita lakukan itu akan diredhai dan diberkati oleh Allah S.W.T .

Ahad, 16 Oktober 2011

SOLAT ISTIKHARAH : KELEBIHAN DAN HUKUMNYA




SOLAT ISTIKHARAH : KELEBIHAN DAN HUKUMNYA

Islam adalah sebuah agama yang diredhai oleh Allah taala sebagaimana Firman-Nya :
“..hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu semua agama kamu dan Aku telah cukupkan kamu semua dengan nikmat-nikmat Ku, dan Aku meredhai bagi kamu semua Islam itu sebagai agama..” (al-Maidah : 3)
Itulah Islam, sebuah agama yang cukup sempurna. Padanya perundangan yang menyeluruh, syariat rabbani, manhaj yang waqi’e, perjalanan yang wasati, percaturan keseimbangan anatara dunia dan akhirat. Islam padanya mencakupi segenap hal dan perkara kerana ianya dari yang Maha Esa.
Dalam kepelbagaian pembelajaran yang dapat diambil daripada Islam melalui Risalah Nubuwwah Rasulullah s.a.w. antaranya adalah ISTIKHARAH.

MAKSUD ISTIKHARAH

Istikharah bermaksud : memohon dan meminta yang terbaik.
Pengenalan istikharah diajar oleh Rasulullah adalah sebagai meminta petunjuk daripada Allah taala dengan pilihan yang terbaik dalam setiap pekerjaan yang ingin kita lakukan. Sesungguhnya Allah taala adalah tempat kita mengadu dan memohon. Ianya adalah sebagai satu jalan terbaik untuk menentukan pilihan dan ikhtiar makhluk agar sentiasa dipandu dengan petunjuk dan hidayah Allah taala.

Firman Allah taala : “dan Tuhanmu menciptakan dan memilih apa yang Dia kehendaki, bagi manusia tidak ada pilihan (kecuali ianya adalah daripada pilihan dan ketentuan Allah)..” (al-Qasas : 68)
Imam ibn Hajar ada menyebutkan dalam kitabnya Fathul Bari bahawa Al-Imam Hafiz Abdul Rauf al-Munawi berkata : “Istkharah adalah meminta yang terbaik daripada Allah taala pada sesuatu perkara yang ingin dilakukan, hakikatnya adalah kita menyerahkan ikhtiar dan usaha kita hanya kepada Allah taala, ini adalah kerana hanya Dialah sahaja yang mengetahui yang terbaik kepada setiap hamba-nya, dan Dialah penentu keatas apa sahaja yang terbaik sebagai pilihan kepada hamba-Nya”.

Begitulah perihal seorang muslim disisi Tuhan-Nya, sentiasa menyerahkan setiap ceruk hidupnya hanya kepada Allah sebagai penentu setiap keputusan.

Daripada Sa’ad bahawasanya Rasulullah s.a.w. pernah bersabda : “Daripada kebahagiaan seseorang anak Adam adalah mereka yan sentiasa beristikharah kepada Allah taala, daripada kebahagiaan anak Adam juga adalah mereka yang sentiasa redha dengan setiap ketentuan Allah baginya. Adapun daripada kecelakaan anak Adam adalah meninggalkan beristikharah kepada Allah taala, dan daripada kecelakaan anak Adam juga adalah tidak berpuas hati dengan setiap ketentuan Allah baginya”. (Riwayat Imam Tarmizi)

ANCAMAN BERPEGANG SELAIN DARIPADA ALLAH

Ini bertentangan sekali dengan sifat-sifat yang dimiliki oleh orang-orang kafir dan munafiq serta mereka-mereka yang lemah imannya. Secara adatnya mereka akan menjalani kehidupan mereka tanpa memandang kepada kuasa dan ketentuan Allah taala. Bahkan mereka penuh yakin bahwa setiap ketentuan dan keadaan adalah daripada tindakan makhluk itu sendiri samada daripada usaha ikhtiar mereka, bomoh, tilik nasib, ilmu teri, ilmu nujum, dan lain-lain daripada perkara khurafat dan tahyul. Sungguh telah kufurlah mereka yang berpegang dengan perkara-perkara itu semua.

Sebagaimana daripada Abu Hurairah, bahawasanya Rasulullah s.a.w. pernah bersabda : “Sesiapa yang mendatangi ahli nujum dan bomoh lalu mempercayainya setiap apa yang diperkatakannya, maka sesungguhnya telah kufurlah dia dengan apa yang telah diturunkan oleh Muhammad s.a.w.” (Riwayat Imam Ahmad)

Semua perkara-perkara tersebut adalah bertitik tolak daripada pengamalan yang dilakukan oleh golongan-golongan jahiliah dahulu yang tidak menjadikan agama sebagai panduan dalam kehidupan mereka. Islam melaran dengan keras penggunaan perkara-perkara tersebut. Ini adalah kerana setiap ketentuan dan perkara yang ghaib itu hanyalah Allah taala sahaja yang mengetahuinya.
Firman-Nya : “Katakanlah (wahai Muhammad) : tidak ada sesuatu pun dilangit dan dibumi yang mengetahui perkara-perkara ghaib kecuali Allah, dan mereka tidak mengetahui bilakah mereka akan dibangkitkan” (al-Naml : 65)

APAKAH SEMUA PERKARA PERLU ISTIKHARAH ?

عَـنْ جَابـِـر ِ بـْـن ِ عَبْدِ اللهِ رَضِـيَ اللهُ عَـنـْهُمَا قـَالَ : كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلـَّى اللهُ عَـلـَــيْهِ وَسَلـَّمَ يُعـَـلـِّمُـنـَا الإسْـتِـخَـارَة َ فِي الأ ُمُور ِ كَـمَا يُعـَـلـِّـمُـنـَا السُّـورَة َ مِنَ الـْـقـُـرْآن ِ، يَقـُـولُ: إذ َا هَـمَّ أحَدُكُمْ بـِـالأمْر ِ فـَـلـْـيَرْكَعْ رَكْعَتـَـيْن ِ مِنْ غـَـيْر ِ الـْـفـَـر ِيضَةِ

Daripada Jabir bin Abdullah r.a. berkata : “Adapun Rasulullah s.a.w. mengajarkan kami Istikharah dalam melakukan sesuatu perkara sebagaimana baginda mengajarkan kami satu Surah daripada Al-Quran. Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda : Apabila merancang salah seorang daripada kamu dalam sesuatu perkara, maka hendaklah dia melakukan solat sunat dua rakaat..”.
(Riwayat Imam Bukhari)

Berdasarka Hadith daripada sahabat Jabir bin Abdullah diatas, maka mengertilah kita bahawa Solat Istikharah adalah umum. Namun, umumnya Solat Istikharah terkecuali daripada perkara-perkara yang wajib, sunat, haram dan makruh.

Imam ibn Hajar al-‘Asqalani dalam Fathul Bari ada menyatakan tentang Solat Istikharah : “Telah berkatalah ibn Abi Jamrah : Ianya adalah umum dan dikehendaki dengannya khusus ; Maka sesungguhnya perkara yang hukumnya Wajib dan Sunat tidak perlu dilakukan Istikharah pada mengerjakan kedua-duanya, adapun bagi perkara-perkara yang Haram dan Makruh juga tidak perlu dilakukan Istikharah dalam meningalkan kedua-duanya, maka bahwasanya Solat Istikharah hanya tertentu kepada perkara yang Harus sahaja”.

Al-Imam Syaukani juga ada menyebutkan dalam Nilul Autor : “Ianya membawa kepada dalil umumnya kepada semua perkara, bahawasanya seseorang itu tidak harus memandang hina sesuatu perkara kerana kecilnya perkara tersebut, lalu tidak mengambil berat dengannya lantas meninggalkan daripada melakukan Istikharah kepada Allah taala. Maka boleh jadi perkara tersebut ada tersembunyi sesuatu yang tidak diketahui maka menyebabkan tindakan memandang lekeh tadi mengundang kepada dharar (kemudaratan) yang besar samada kita melakukannya atau meningalkannya tanpa melakukan Istikharah kepada Allah taala. Ini kerana sebagaimana Rasulullah s.a.w. pernah bersabda : “Wajib salah seorang kamu memohon/meminta kepada Tuhannya walaupun berkenaan tali seliparnya” (Riwayat Imam Tarmizi)

WAKTU BERISTIKHARAH

Istikharah dilakukan untuk memohon Allah taala menunjukkan kita jalan samada ingin melakukan seuatu perekara atau meninggalkannya. Namun kebiasaan daripada masyarakat kita hanya melakukan Istikharah hanya ketika terdapat pertembungan antara dua perkara samada ingin memilih “A” ataupun “B”. Sedangkan walaupun tiada pertembungan, Istikharah masih perlu dilakukan sebagaimana gesaan Rasulullah kepada para sahabat sebagaimana hadith-hadith yang dinyataka sebelum ini walaupun perkara tersebut amatlah remeh.
Masa yang paling sesuai untuk melakukan Solat Istiikharah sebagaimana pendaat ulama’ adalah ketika waktu Sahur kerana ianya adalah waktu yang paling afdhal dari sudut diterimanya sesuatu amalan dan doa kita.

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. pernah bersabda : “Allah taala akan turun tiap-tiap hari kelangit dunia ketika mana 1/3 malam terakhir (waktu sahur), lalu Allah taala menyeru kepada makhluk-makhluk Nya : Sesiapa yang memohon doa kepadaku maka akan aku perkenankan doanya, sesiapa yang mengharapkan sesuatu disisiku maka akan aku berikannya, dan sesiapa yang meminta ampun daripadaku maka akan aku ampunkannya”. (Riwayat Imam Muslim)

KAIFIAT MELAKUKAN SOLAT ISTIKHARAH

Tidak terdapat secara khusus daripada hadith-hadith yang lepas bacaan-bacaan yang khusus dalam Solat Istikharah kecuali doa. Oleh itu, selepas bacaan Surah Al-Fatihah kita dibolehkan membaca apa sahaja surah daripada Al-Quran. Namun disana terdapat ijtihad daripada para ulama’ dalam menjelaskan kaifiat dan bacaan sebagai garis panduan memudahkan kita orang awam melakukannya.

Imam Nawawi berpendapat bahawa, ayat yang paling munasabah untuk dibaca pada rakaat pertama selepas Surah al-Fatihah adalah Surah al-Kafirun, manakala pada rakaat yang kedua dibaca Surah al-Ikhlas.
Beliau berpendapat kerana kedua-dua Surah tersebut mencakupi tentang usul dalam agama. Surah al-Kafirun menyentuh tentang menjauhkan diri daripada kekufuran dan ahlinya serta memisahkan perkara yang hak dan batil. Adapun Surah al-Ikhlas menyentuh tentang pengiktirafan dan pengakuan supaya mentauhidkan Allah taala pada zat, sifat dan perbuatan Allah taala. Maka sesuailah dibacakan dalam Solat Istikharah dalam tujuan memohon petunjuk daripada Allah dan memilih keputusan antara baik dan buruk.

Adapun Imam al-Qartubi dalam kitabnya al-Jamie’ Li Ahkam al-Quran menyatakan, bacaan pada rakaat pertama adalah daripada Surah al-Qasas ayat 68, manakala pada rakaat kedua daripada Surah al-Ahzab ayat 36. Beliau berpendapat bahawa kedua-dua ayat tersebut menunjukkan kebergantungan seseorang hamba yang perlu diserahkan sepenuh jiwa dan raganya hanya kepada pemilik setiap urusan dunia dan akhirat iaitu Allah taala.

Imam ibn Hajar al-‘Asqalani telah menghimpun dan menggabungkan diantara pendapat daripada Imam Nawawi dan Imam al-Qartubi. Pada rakaat pertama dibaca Surah al-Kafirun beserta Surah al-Qasas ayat 68, manakala pada rakaat kedua pula dibaca Surah al-Ikhlas beserta Surah al-Ahzab ayat 36.

DOA SOLAT ISTIKHARAH

Sambungan daripada hadith daripada sahabat Rasulullah Jabir r.a:

ثـُـمَّ لـْـيَقـُـلْ
اللَّـهُــمَّ إِنـِّـي أَسْــتـَـخِـيْـرُكَ بِعِــلـْـمِـكَ، وَأَسْــتـَـقـْــدِرُكَ بـِقـُــدْرَتـِك وَأَسْــأَلـُـــكَ مِـنْ فـَــضْــلـِــكَ الـْـعـَـظِــيـْـمِ، فـَـإِنـَّــكَ تـَـقـْــدِرُ وَلا أَقـْـدِرُ, وَ تـَـعْـلـَـمُ وَلا أَعْـلـَــمُ، وَأَنـْـتَ عَـلاَّمُ الـْـغـُـيـُـوْبِ .. الـلـَّـهُـمَّ إِنْ كـُــنـْـتَ تـَـعْــلـَـمُ أَنَّ هـَذ َا الأَمْـرَ خـَيـْـرٌ لـِــي فِــي دِيـْــنِــي وَمَعـَـاشِــي وَعَــاقِـبَـةِ أَمْـرِي، – أوْ قـَـالَ عـَـاجـِـل ِ أ َمْر ِى وَآجـِـلِهِ.. فـَـاقـْـدُرْهُ لِـي وَيَسِّـرْهُ لِــي ثـُــمَّ بَـارِكْ لِـي فـِـيْه ..وَإِنْ كـُـنـْـتَ تـَـعْـلـَـمُ أَنَّ هَـذ َا الأَمْـرَ شَـرٌّ لِــي فِي دِيـْــنِـي وَمَـعَـاشِـي وَعَـاقـِـبَـةِ أَمْـرِي، – أوْ قـَـالَ فـِـى عـَـاجـِـل ِ أ َمْر ِى وَآجـِـلِهِ فـَاصْر ِفـْـهُ عَــنـِّي وَاصْـر ِفـْنِـي عَـنـْهُ وَاقـْدُرْ لِيَ الـْخَـيْرَ حَـيْثُ كَانَ ثـُـمَّ أَرْضِـنِي بـِـهِ

"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya". (Riwayat Imam Bukhari dan Tarmizi)

APAKAH YANG PELU DILAKUKAN SELEPAS DARIPADA ISTIKHARAH ?

Imam Nawawi dalam kitabnya al-Azkaar berkata : “Maka hendaklah dia memilih perkara yang dia merasa lapang dadanya pada perkara tersebut”.
Berkata Imam Izzuddin Abdul Salam : “Lakukanlah apa yang muafakat dengan dirinya (kecenderungan hatinya)”.

Imam ibn Hajar al-‘Asqalani ada menyebut : “Apa yang muktamad adalah janganlah seseorang itu melakukan sesuatu perkara yang padanya didorong oleh hawa nafsu walaupun dia merasa lapang dadanya dengan melakukan perkara tersebut sebelum dia beristkharah”.

Benarlah pendapat yang dikemukakan oleh Imam ibn Hajar diatas kerana tiadalah faedah yang boleh diambil daripada Solat Istikharah andainya pilihan kita tidak dipandu oleh cahaya kebenaran dan masih melakukan maksiat kepada Allah taala.

Tidak menjadi syarat dan petunjuk kita mesti bermimpi setelah selesai beristikharah. Bahkan seboleh-bolehnya bagi kita sentiasalah berulang-ulang melakukan Solat Istikharah kepada Allah taala agar pilihan yang akan dilakukan dipandu dengan petunjuk-Nya dan hati serta naluri kita sentiasa merasa lapang apabila melakukan pilihan tersebut.

ADAB-ADAB BERISTIKHARAH

1. Hendaklah kepada setiap mereka yang melakukan Istikharah kepada Allah taala mengosongkan hatinya daripada mengikut hawa nafsu dalam pilihannya.

2. Mestilah menyerahkan sepenuh pilihannya kepada pilihan Allah taala, janganlah ada sedikit pun pergantungan kepada perkara-perkara lain melainkan hanya sebagai asbab musabbab dan wasilah sahaja dalam menyampaikan hajatnya.

3. Hendaklah sentiasa redha kepada Allah dengan setiap apa yang telah ditaqdirkan untuknya kerana setiap perkara itu pasti ada hikmah dan rahsia.

4. Sentiasa merasakan hasil daripada istikharah itu adalah bimbingan Allah taala kepada hambanya dalam memperbaiki diri dan mendapatkan kejayaan dunia dan akhirat.

5. Mestilah ketika beristikharah kepada Allah taala dengan hati yang penuh sedar, yaqin dan thiqah (percaya)bahawa Allah akan memaqbulkan setiap pilihan dan memberi kita yang terbaik dalam hidup.
Daripada Abdullah bin Amru bin al-Ash, bahawa Rasulullah s.a.w. berkata : “Sesungguhnya pada hati-hati manusia ada kesedaran, setengahnya merupakan kesedaran bagi setengah yang lainnya, maka apabila kamu memohon sesuatu daripada Allah maka pohonlah kepada-Nya dengan yaqin bahawa Allah akan kabulkannya, maka sesungguhnya Allah tidak akan memaqbulkan bagi seorang hamba pada doanya dalam keadaan hatinya yang lalai (tidak sedar dan yaqin dengan pemberian Allah)”. (Riwayat Imam Ahmad)

KESIMPULAN

Allah taala adalah tempat berbincang dan tempat mengadu. Andainya kita sebagai muslim dan muslimat yang benar-benar beriman kepada-Nya maka Dialah Allah sebagai tempat kita menyerahkan segala urusan dan tindakan samada besar atau kecil, penting atau tidak sesuatu perkara tersebut. Kerana disitulah kita dapat melihat adakah disana terdapat pergantungan hati seorang hamba dengan Tuhannya ataupun tidak. Kerana hanya Allah taala sahaja yang terbaik untuk menentukan hala tuju kita dalam melakukan sesuatu perkara sedangkan kita tidak mengerti apakah hikmah dan rahsia terhadap setiap perkara yang kita kerjakan.

Firman Allah taala : “…dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya”. (Surah al-Baqarah : 216)

Wallahu ‘allamul ghuyub.

Rujukan :
1. Al-Quran al-Karim
2. Sahih Bukhari
3. Sahih Muslim
4. Sahih Tarmizi
5. Musnad Imam Ahmad
6. Fathul Bari : Imam ibn Hajar al-'Asqalani
7. Al-Azkaar : Imam Nawawi
8. Solat Istikharah Fadhluha wa Ahkamuha : Dr. Ahmad Muhammad al-Syarqawi

Ahad, 18 September 2011

Qawaid Fiqhiah (Kaedah-kaedah Fikah)





Mafhum hadith: Jika Allah mengkehendaki kebaikan kepada seseorang maka dia akan diberi kefahaman dalam urusan agamanya.

Apakah sebenarnya Qawaid Fiqhiyah itu?

Ia adalah asas hukum umum yang boleh dipraktikkan ke atas masalah atau perkara-perkara cabang (juziyyah).

Terdapat lima asas kaedah fiqah menurut aliran mazhab Syafie.

1. Al-umuru bi maqasidiha -
Segala perkara itu bergantung kepada tujuan (niat). Maksudnya, setiap amalan dan tindakan seseorang sama ada perkataan atau perbuatan, hukum syaraknya adalah berbeza disebabkan berbeza tujuan (niat). Tujuan kaedah ini ialah untuk membezakan sama ada suatu amalan itu ibadat atau adat. Contohnya seseorang yang berhenti atau beriktikaf di dalam mesjid. Berhenti dalam masjid adalah adat manakala beriktikaf dalam mesjid itu adalah ibadah. Ia juga boleh digunakan untuk membezakan tingkatan ibadat sama ada wajib atau sunat.

2. Al-yaqin la yazalu bi al-syakki -
Keyakinan tidak boleh disingkirkan dengan syak. Ertinya, sesuatu yang telah diyakini tidak akan hilang dengan kedatangan syak keatasnya tetapi boleh disingkirkan oleh keyakinan juga. Contohnya ialah seseorang yang meyakini masih ada wudhu dan syak telah batal, maka dia dianggap masih berwudhu kecuali dia yakin telah batal. Seorang yang ragu-ragu dengan bilangan rakaat dalam solatnya hendaklah menunaikan bilangan yang diyakini.

3. Al-musyaqqotu tajlibu al-taisir -
Kesukaran menjadi sebab kepada keringanan. Maksudnya, sesuatu kesukaran yang melampaui had dari kebiasaannya akan melayakkan untuk mendapat keringanan. Contohnya, orang yang bermusafir dibenarkan berbuka puasa dan mengqasarkan solat. Orang yang sakit pula boleh bersolat mengikut kemampuannya (berdiri, duduk atau berbaring).

4. Al-dhuroru yuzalu -
Kemudharatan hendak lah disingkirkan. Ertinya, sesuatu yang membahayakan atau mengganggu hendaklah dielakkan. Contohnya, harus berlafaz dengan kalimah kufur dengan hati yang tetap beriman untuk menjaga nyawa. Harus memakan bangkai ketika dharurat.

5. Al-'adatu muhakkamatun -
Adat dijadikan sebagai rujukan hukum. Maknanya, adat menjadi tempat rujuk bagi mensabitkan hukum syarak jika tiada nas. Contohnya jualbeli tanpa melafazkan akad yang biasa berlaku dalam masysrakat kita. Contoh lain ialah memakai pakaian yang biasa dipakai dalam masyarakat seperti baju Melayu atau baju kurung. Namun begitu, kaedah kelima ini perlu melepasi syarat-syarat yang ketat: Pertama, adat itu tidak berlawanan dengan nas syarak; kedua, adat tersebut diamalkan oleh masyarakat secara menyeluruh; ketiga, hukum asal adat tersebut tidak berubah mengikut peredaran masa; dan keempat, tiada bantahan dalam masyarakat tentang adat yang dilaksanakan.

Jangan Bersetubuh di Dubur

Fatwa Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi

Dalam hubungannya dengan masalah persetubuhan, Allah s.w.t. menurunkan ayat yang berbunyi sebagai berikut:

“Isteri-isterimu adalah (seperti) tanah tempat kamu bercucuk tanam, maka datangilah tanah tempat bercucuk-tanammu itu bagaimana saja kamu kehendaki. Dan kerjakanlah (amal yang baik) untuk dirimu, dan bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah bahawa kamu kelak akan menemui-Nya. Dan berilah khabar gembira orang-orang yang beriman.” (al-Baqarah: 223)

Turunnya ayat ini mengandung sebab dan hikmah yang besar sebagaimana yang disebutkan oleh seorang ulama India Waliullah ad-Dahlawy: “Orang Yahudi mempersempit gaya persetubuhan tanpa dasar hukum syara’, sedang orang-orang Anshar dan berikutnya mengikuti cara-cara mereka itu. Mereka berpendapat: bahawa apabila seorang laki-laki menyetubuhi isterinya pada farajnya dari belakang, maka anaknya akan lahir juling. Kemudian turunlah ayat ini: maka datangilah ladangmu itu sesukamu, yakni dari jalan depan mahupun dari belakang selama diarahkan untuk satu tujuan, iaitu kemaluan atau faraj. Hal ini dipandang tidak apa-apa, kerana ada hubungannya dengan masalah kepentingan kebudayaan dan kecenderungan. Sedang setiap orang tahu kemaslahatan pribadinya. Oleh kerana cara-cara Yahudi di atas hanya sekadar rekaan mereka, maka patutlah kalau dihapuskan.”

Bukan menjadi tugas agama memberi batas kepada seorang laki-laki tentang gaya dan cara bersetubuh. Agama hanya mementingkan supaya si suami selalu takut kepada Allah, dan supaya dia tahu bahawa dia akan bertemu Allah. Untuk itu jauhilah dubur, sebab dubur adalah tempat yang membahayakan dan kotor. Menyetubuhi isteri pada dubur dapat dipersamakan dengan liwath (homoseks). Justeru itu sudah seharusnya agama melarangnya.

Untuk itu pula Rasulullah s.a.w, pernah bersabda: “Jangan Kamu setubuhi isterimu di duburnya.” (Riwayat Ahmad, Tarmizi, Nasa’i dan Ibnu Majah)

Dan tentang masalah menyetubuhi isteri di duburnya ini, beliau mengatakan juga: “Bahawa dia itu termasuk liwath yang kecil.” (Riwayat Ahmad dan Nasa’i)

Ada seorang perempuan Anshar bertanya kepada Nabi tentang menyetubuhi perempuan di farajnya tetapi melalui belakang, maka Nabi membacakan ayat:

“Isteri-isterimu adalah ladang buat kamu, kerana itu datangilah ladangmu itu sesukamu.” (al-Baqarah: 223) — (Riwayat Ahmad)

Umar pernah juga bertanya kepada Nabi: “Ya Rasulullah! Celaka aku. Nabi bertanya: apa yang mencelakakan kamu? Ia menjawab: tadi malam saya memutar kakiku –satu sindiran tentang bersetubuh dari belakang– maka Nabi tidak menjawab, hingga turun ayat (al-Baqarah: 223) lantas beliau berkata kepada Umar: boleh kamu bersetubuh dari depan dan boleh juga dari belakang, tetapi hindari di waktu haidh dan dubur.” (Riwayat Ahmad dan Tarmizi)

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More