Pelawat

10 Perkara Solat Tidak Diterima

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu petunjuk dan jalan selamat dan barang siapa yang tidak memelihara solat maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya dan juga tidak menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya”.

Lima Perkara Perosak Hati

"Dan (ingatlah) hari (ketika itu) orang yang zalim menggigit dua tangannya seraya berkata, 'Aduhai (dulu) kiranya aku mengambil jalan bersama-sama Rasul. Kecelakaan besarlah bagiku, kiranya aku (dulu) tidak menjadikan si fulan itu teman akrab(ku). Sesungguhnya dia telah menyesatkan aku dari Al-Qur'an ketika Al-Qur'an itu telah datang kepadaku." (Al-Furqan: 27-29)

Peristiwa-peristiwa Di Hari Jumaat

Hari Jumaat sangat besar di sisi Allah, bahkan lebih besar dari hari raya Aidul Fitri dan Aidul Adha, kerana di antara malam dan siangnya tersimpan masa yang paling mustajab, tidak ada tabir penghalang doa insan terhadap Ilahi

SELAWAT SYIFA' PENYEMBUH PENYAKIT

Walaupun pernah dikatakan selawat ini boleh mendatangkan syirik, tapi ianya berlaku bila selawat ini disalahertikan dalam penterjemahannya. Menurut Dato’ Dr. Haron Din, memang terdapat sedikit kekeliruan sekiranya ianya diterjemahkan terus 'ayat by ayat'. Apa yang penting adalah kita perlu ingat bahawa segala penyakit dan musibah yang datang semua dari Allah SWT dan penyembuhnya juga dari ALLAH SWT.

Kelebihan Surah Al-Kahfi

Diriwayatkan oleh al-Hakim dalam al-Mustadrak dan dianggapnya sahih isnad, maksudnya: "Sesiapa yang membaca al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya Allah akan mengurniakan baginya nur antara Jumaat tersebut hingga ke Jumaat yang seterusnya." Hadis ini dinilai sebagai hasan, kata al-Albani

Jumaat, 25 November 2011

Perkara Yang Lelaki Perlu Tahu Dan Juga Perempuan Perlu Tahu






Lelaki perlu tahu yang perempuan:

1. Sensitif : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.
2. Cerewet : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.
3. Halus : Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.
4. Ikhlas : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.
5. Korban : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.
6. Prihatin : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.
7. Manja : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum.
8. Ego : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.
9. Cinta : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.
10. Seks : SEKs bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukanmenghanyutkann ya.

“Peranan LELAKI dalam kehidupan WANITA adalah sebagai pelindung dan bukan sebagai pemusnah. WANITA diciptakan oleh ALLAH swt dari tulang rusuk kiri dan untuk dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari. Maka lelaki haruslah memahami HATI dan PERASAAN WANITA”

Perempuan juga perlu tahu yang lelaki:

1. Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin).
2. Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.
3. Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.
4. Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.
5. Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita…
6. Lelaki memang dilahirkan dgn perasaan yg kuat terhadap wanita..sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.
7. Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!
8. Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.
9. Bila lelaki cakap..”Emm. tengoklah dulu”..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.
10. Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.
11. Kebanyakan lelaki yang nampak ‘desperate’, datang dari sekolah all boys! (Macam aku kot)
12. Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.
13. Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini…
14. Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.
15. Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa…yang lain hanya kawan..:)
16. Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari…maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja….Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!
17. Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.
18. Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti…
19. Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.
20. Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.

Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!

Jumaat, 11 November 2011

6 CARA MUDAH MEMBUAT PAHALA DI FACEBOOK




Beberapa amalan MUDAH dan MAMPU dibuat oleh sesiapa sahaja untuk menjana kebaikan dan pahala melalui Facebook adalah seperti berikut:

1. UPDATE STATUS anda dengan pengisian yang bermanfaat. Contohnya, menulis di status anda beberapa potong maksud ayat al-Quran, hadith, kata-kata salaf, yang anda rasakan ia akan memberi kesan kepada orang yang membacanya. Jika anda mempunyai 1000 friends, andaikata hanya 10% yang membacanya, ada sudah dikira menyebarkan kebaikan kepada 100 orang dengan cara yang cukup mudah. Jika daripada 100 orang yang membacanya, hanya 10% yang terkesan dan mengamalkan kandungan status anda, anda sudah dikira menjadi PENYEBAB kebaikan kepada 10 orang, dengan cara yang tidak disangka-sangka.

TAPI AWAS, jangan terlalu boros dalam membuat pengisian, nanti friends anda akan boring membaca status anda, kerana sudah menjadi tabiat manusia cepat boring dan jemu dengan perkara yang berterusan dan sekata. Pilihlah pengisian yang betul-betul berkualiti dan berkesan. Dan variasikan ia samada dengan tulisan, gambar, video, dan lain-lain.

2. Jika anda terbaca status orang lain yang sangat bermanfaat dan boleh memberi kesan kepada orang lain, apa salahnya anda SEBARKAN STATUS tersebut. Gunakan kemudahan SHARE untuk tujuan perkongsian, atau COPY PASTE sahaja apa yang anda ingin kongsikan dengan friends anda. Lebih-lebih lagi, bagi pemegang akaun Facebook yang mempunyai list friends yang ramai, boleh membantu menyebarkan kebaikan yang ada pada status seseorang yang mempunyai bilangan friends yang ciput. Mudah-mudahan termasuk dalam bekerjasama dalam dakwah.

3. Anda yang mempunyai maklumat tentang program-program ilmu (yang real punya), bolehlah MENGIKHLANKAN PROGRAM tersebut di laman Facebook masing-masing dengan memberikan tajuk, nama penceramah, dan jadual pengajian. Manalah tahu, ada kalangan friends kita yang tinggal berhampiran dengan lokasi dan mempunyai kelapangan, boleh mengambil faedah dari majlis-majlis yang berkat.

4. Atas semangat silaturrahim dan atas kesedaran betapa besarnya kewajipan mengeratkan silaturrahim, alangkah baiknya jika SETIAP KELUARGA MEMPUNYAI GROUP tersendiri yang boleh menghimpunkan segala suku-sakatnya. Dalam group seperti ini, banyak kebaikan dapat dibuat, contohnya bertanya khabar antara ahli keluarga, mengupdate berita-berita keluarga, menyelesaikan permasalahan ahli keluarga secara tertutup dan macam-macam. Walaupun perkara kecil, namun siapa sangka dengan semangat silaturrahim, Allah Taala akan memberkati hidup seseorang.

5. Jika anda mempunyai KOMEN BERNAS dan bernilai terhadap sesuatu kandungan status orang lain, lakukanlah dengan penuh ADAB DAN SOPAN seolah-olah anda sedang bercakap dengannya. Mungkin anda yang berpengetahuan tinggi boleh membuat penambahan maklumat, pembetulan kesilapan, pencerahan terhadap kekeliruan, dan lain-lain. Malahan, mungkin komen-komen untuk tujuan tersebut boleh sampai ke tahap fardhu kifayah jika di sana terdapat keperluan mendesak dari sudut Syarak, dan tiada yang boleh melakukannya kecuali anda.

6. Jika mereka yang mempunyai kemusykilan agama, boleh juga menggunakaan laman Facebook sebagai TEMPAT PERBINCANGAN. Tulislah soalan anda, dan tag kan ustaz-ustaz Facebook yang dipercayai dan mempunyai masa untuk melayan soalan anda. Mudah-mudahan, ini sebagai satu cara melaksanakan arahan Tuhan supaya bertanya kepada ahli ilmu dalam perkara-perkara yang tidak diketahui.

Semoga dengan melakukan perkara-perkara kecil di atas ketika melayari Facebook, akan ada insan-insan yang beroleh kebaikan dari dakwah kita, akan ada pahala-pahala tercatat di buku amalan baik kita, akan ada dosa-dosa dihapuskan dari buku amalan jahat kita. Mudah-mudahan Facebook yang dicipta oleh seorang bukan Muslim menjadi satu sebab kebaikan kepada seseorang Muslim.

Abu Umair

Dunia Renungan : Antara Lelaki Dan Wanita




LELAKI
*********
1. Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

2. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri,dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN!!

3. Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN !!!

4. Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosayang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah olehAllah SWT.

WANITA
**********
1. Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.

2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.

3. Wanita saksinya kurang berbanding lelaki.

4. Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.

5. Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

6. Wanita wajib taat kepada suaminya.

7. Talak terletak di tangan suami bukan isteri.

8. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkan kita lihat sebaliknya? Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat.Sudah pasti intan permata tidak dibiar bersepah bukan? Itulahbandingannya dgn seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepadaibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milikperibadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelakimenerima pusaka perlu menggunakan hartanya utk menyara isteri dananak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak,tetapi setiap
saat dia didoakan oleh seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Diakhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini :

*isterinya,
*ibunya,
*anak perempuannya
*saudara perempuannya

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini :

*suaminya
*ayahnya
*anak lelakinya
*saudara lelakinya

Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui mana-mana pinta syurga yang disukainya cukup dgn 4 syarat sahaja :

*sembahyang 5 waktu
*puasa di bulan ramadhan
*taat suaminya
*menjaga kehormatannya

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan
tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah
tanpa perlu mengangkat senjata.

Khamis, 20 Oktober 2011

Malam Pertama Di Alam Kubur




Malam pertama.


Malam itu ialah Malam Pertama Di Alam Kubur

Pernahkah engkau melihat kuburan?

Pernahkah engkau melihat gelapnya kuburan ?

Pernahkah engkau melihat sempit dan dalamnya liang lahat ?

Pernahkah engkau membayangkan kengerian dan kedahsyatan alam kubur ?

Sedarkah engkau bahawa kuburan itu dipersiapkan untukmu dan untuk orang-orang selain darimu ?

Bukankah telah silih berganti engkau melihat teman-teman, orang-orang tercinta dan keluarga terdekatmu diusung dari dunia fana ini ke kuburan ?

Apakah Malam Pertama Kita di Alam Kubur nanti Asyik dan Nikmat atau Penuh Derita dan Sengsara?
Wahai anak Adam, apa yang telah engkau persiapkan saat malam pertamamu nanti di alam kubur?

Tidakkah engkau tahu, bahawa ia adalah malam yang sangat mengerikan. Malam yang kerananya para ulama’ serta orang-orang yang soleh menangis dan orang-orang bijak mengeluh. Apa tidaknya, kala itu kita sedang berada di dua persimpangan dan di dunia yang amat berbeza. ”Suatu hari pasti engkau akan tinggalkan tempat tidurmu (di dunia), dan ketenangan pun menghilang darimu. Bila engkau berada di kuburmu pada malam pertama, demi Allah, fikirkanlah untung nasibmu dan apa yang akan terjadi padamu di sana?”

Hari ini kita berada di dunia yang penuh keriangan dengan anak-anak, keluarga dan sahabat handai, dunia yang diterangi dengan lampu-lampu yang pelbagai warna dan sinaran, dunia yang dihidangkan dengan pelbagai makanan yang lazat-lazat serta minuman yang pelbagai, tetapi pada keesokannya kita berada di malam pertama di dalam dunia yang kelam gelap-gelita, lilin-lilin yang menerangi dunia adalah amalan-amalan yang kita lakukan, dunia sempit yang dikelilingi tanah dan bantalnya juga tanah.

Pada saat kita mula membuka mata di malam pertama kita di alam kubur, segala-galanya amat menyedihkan, tempik raung memenuhi ruang yang sempit tapi apakan daya semuanya telah berakhir. Itukah yang kita mahukan? Pastinya tidak bukan? Oleh itu beramallah dan ingatlah sentiasa betapa kita semua akan menempuhi Malam Pertama Di Alam Kubur! Di dalam usahanya mempersiapkan diri menghadapi malam pertama tersebut, adalah diceritakan bahawa Rabi’ bin Khutsaim menggali liang kubur di rumahnya. Bila ia mendapati hatinya keras, maka ia masuk ke liang kubur tersebut.

Ia menganggap dirinya telah mati, lalu menyesal dan ingin kembali ke dunia, seraya membaca ayat: “Ya Rabbku, kembalikanlah aku semula (ke dunia), agar aku dapat berbuat amal soleh terhadap apa yang telah kutinggalkan (dahulu).” (Surah Al-Mu’minun, ayat 99-100)

Kemudian ia menjawab sendiri; “Kini engkau telah dikembalikan ke dunia wahai Rabi’..” Dan disebabkan hal tersebut, Rabi’ bin Khutsaim didapati pada hari-hari sesudahnya sentiasa dalam keadaan beribadah dan bertaqwa kepada Allah! Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kematian dan sakaratul maut yang bakal menjemputmu? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kuburan dan kengerian yang ada di dalamnya? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut akan hausnya di hari penyesalan?

Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut kepada api Neraka di Hari Kiamat nanti?
Sesungguhnya kematian pasti menghancurkan kenikmatan para penikmatnya. Oleh itu, carilah (kenikmatan) hidup yang tidak ada kematian di dalamnya. “Ya Allah, tolonglah kami ketika sakaratul maut!”

Kematian itu pasti. Ia tidak meleset meski hanya sedetik. Ia biasa datang menyerap dengan tiba-tiba. Ia misteri. Kerananya setiap orang semestinya selalu siap. Dan tentu, Husnul Khatimah harus menjadi pilihan. Untuk mencapai itu, harus melalui jalan syari’at dengan menjalankan segala perintah dan menjauhi segala larangan Allah Ta’ala. Tanpanya, husnul khatimah itu nihil. Bukankah, perahu tak akan berjalan di daratan?

Wahai orang tua yang telah bongkok punggungnya dan dekat ajalnya, apakah engkau telah bersiap-siap menghadapi malam pertama? Wahai pemuda gagah yang bergelimang harta dan sejuta asa, apakah engkau telah bersiap-siap menghadapi malam pertama? Ia adalah malam pertama dengan dua wajah, mungkin menjadi malam pertama bagi malam-malam syurga berikutnya, atau menjadi malam pertama bagi malam-malam neraka selanjutnya.

Berkat Disebalik Membaca Bismillah



Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.

Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya.

Suaminya berkata sambil mengejak, “Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah.”

Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : “Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu.”

Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, “Simpan duit ini.” Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.
Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, “Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan.”

Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca,
“Bismillahirrahmanirrahiim.”

Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.

Mulakanlah segala pekerjaan yang ingin kita lakukan dengan menyebut Bismillah dan Insyallah pekerjaan yang ingin kita lakukan itu akan diredhai dan diberkati oleh Allah S.W.T .

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More