Pelawat

Khamis, 2 Jun 2011

Kelebihan Surah Al-Kahfi


Menurut Ibnu Kathir dalam tafsirnya:

Hadith yang diriwayatkan dalam musnad Ahmad, Sahih al-Bukhari dan Muslim bahawa al-Bara bin `Azib menceritakan seorang sahabat yang bernama Usaid bin al-Khudair telah membaca surah ini di rumahnya, sehingga akhirnya kuda di rumahnya meronta-ronta. Lalu sahabat ini telahpun meninjau keluar rumahnya lalu didapatinya di luar rumah ada sekumpulan awan berdekatatn kudanya, lalu ditanya kepada Nabi s.a.w maka baginda telah menjelaskan itulah dia as-sakinah yang diturunkan Allah kepada orang yang mengamalkan membaca surah ini.

Nabi s.a.w amat menggalakkan umat baginda agar menghafaz surah ini. Sebagai contohnya sesiapa yang menghafaz 10 ayat yang awal daripada Surah al-Kahfi akan selamat dari gangguan Dajjal seperti yang diriwayatkan oleh Muslim, Abu Dawud, al-Nasa`ei dan al-Trimizi. Dalam riwayat al-Tirmizi:"Sesiapa yang menghafaz tiga ayat yang awal dari surrah al-Kahfi".

Hadis lain, diriwayatkan oleh al-Hakim dalam al-Mustadrak dan dianggapnya sahih isnad, maksudnya: "Sesiapa yang membaca al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya Allah akan mengurniakan baginya nur antara Jumaat tersebut hingga ke Jumaat yang seterusnya." Hadis ini dinilai sebagai hasan, kata al-Albani.

wallahu'alam....

0 ulasan:

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More