Semua kanak -kanak kecil bergaduh sekali sekala terutamanya apabila mereka bosan atau letih , Kanak-kanak lelaki biasanya lebih agresif dari kanak-kanak perempuan . Apabila pergaduhan tidak terkawal libatkan diri anada dengan segera dengan cara-cara berikut. :
*Jika anak anda bergaduh , segera asingkan daripada kawan gauhnya.
*Alihkan perhatiannya dengan memperkenalkan permainan lain atau mengalihkan perhatian kepada perkara lain.
*Jangan menyebelahi anak anda, kerana apabila kanak-kanak bergaduh kita tidak tahu siapa sebenarnya salah.
*Sekiranya anak anda mengigit kawan gaduh nya atau kanak-kanak lain , beri perhatian sepenuhnya kepada kanak-kanak yang digigit itu, kemudian alihkan anak anda ke tempat yang lebih selamat dan biarkan dia bersendirian lebih kurang 15 minit.
*Jika anak anda cenderung merampas dan merentap sesuatu apabila dia mula bermain buat pertama kali dengan kanak-kanak lain, maka ajarnya cara untuk berkongsi permainan, lebih bertolak ansur dan tidak bersikap kasar kepada temanya.
*Berikan contoh yang baik untuk di ikuti nya dengan percakapan yang baik , sentiasa lemah lembut , bersabar dan menunjukkan kasih sayang terhadapnya.
*Pastikan anda menjelaskan kepadanya , melalui tindakan anda bahawa perangainya yang anda tidak suka bukan dirinya.
*Sentiasalah libatkan diri dan hentikan tindakkan anak anda dengan serta merta apabila dia mula memukul kanak-kanak lain , Bersikap tegas tapi jangan menjerit atau bertindak agresif.
*Jangan sesekali membiarkan nya melakukan caranya sendiri dengan berkelakuan agresif atau tidak baik.Sekiranya dia berjaya dengan sikapnya dia akan cenderung bersikap demikian kelak !
*Setiap perubahan dari nakal atau agresif kepada perlakuan baik harus nya diberi ganjaran pujian sebagai pengiktirafan.

0 ulasan:
Catat Ulasan