Pelawat

Ahad, 18 September 2011

Keluarga Berencana

Fatwa Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi

Tidak syak lagi, bahawa tujuan pokok perkahwinan ialah demi kelangsungan jenis manusia. Sedang kelangsungan jenis manusia ini hanya mungkin dengan berlangsungnya keturunan. Islam sendiri sangat suka terhadap banyaknya keturunan dan memberkati setiap anak, baik laki-laki ataupun perempuan. Namun di balik itu Islam juga memberi perkenan (rukhshah)(keringanan) kepada setiap muslim untuk mengatur keturunannya itu apabila didorong oleh alasan yang kuat.

Cara yang masyhur yang biasa dilakukan oleh orang di zaman Nabi untuk memberhenti kehamilan atau memperkecil, iaitu azal (mengeluarkan mani di luar rahim ketika terasa akan keluar).

Para sahabat ramai yang melakukan azl ketika Nabi masih hidup dan wahyupun masih terus turun, iaitu seperti yang tersebut dalam riwayat di bawah ini:

“Dari Jabir r.a. ia berkata: kami biasa melakukan azal di masa Nabi s.a. w. sedang al-Ouran masih terus turun.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Di riwayat lain ia berkata: “Kami biasa melakukan azal di zaman Nabi s.a.w. maka setelah hal demikian itu sampai kepada Nabi, beliau tidak melarang kami.” (Riwayat Muslim)

Diriwayatkan juga, bahawa ada seorang laki-laki datang kepada Nabi lantas ia berkata: “Ya Rasulullah! Sesungguhnya saya mempunyai seorang hamba perempuan (jariyah) dan saya melakukan azal daripadanya, kerana saya tidak suka kalau dia hamil dan saya ingin seperti apa yang biasa diinginkan oleh umumnya orang laki-laki, sedang orang-orang Yahudi berceritera: bahawa azal itu sama dengan pembunuhan yang kecil. Maka bersabdalah Nabi s.a.w.: dusta orang-orang Yahudi itu! Kalau Allah berkehendak untuk menjadikannya (hamil), kamu tidak akan sanggup mengelakkannya.” (Riwayat Ashabussunan)

Yang dimaksud oleh Nabi, bahawa persetubuhan dengan azal itu, kadang-kadang ada setitis mani masuk yang menyebabkan kehamilan sedang dia tidak mengetahuinya.

Di zaman pemerintahan Umar, dalam satu majlis orang-orang banyak berbincang masafah azal. Kemudian ada salah seorang laki-laki yang berkata: bahawa orang-orang Yahudi beranggapan, azal itu bererti pembunuhan yang kecil. Kemudian Ali r.a. ber kata: “Tidak dinamakan pembunuhan, sehingga mani itu berjalan tujuh tahap, iaitu: mula-mula sari tanah, kemudian menjadi nuthfah (mani), kemudian menjadi darah yang membeku, kemudian menjadi segumpal daging, kemudian daging itu dilengkapi dengan tulang-belulang, kemudian dililiti dengan daging dan terakhir menjadi manusia.” Lantas Umar menjawab: betul engkau, ya Ali! Semoga Allah memanjangkan umurmu!


0 ulasan:

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More